Percutian Bajet Terengganu : RM100 Sehari Dah Cukup!

Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk

Melancong ke Terengganu tidak semestinya memerlukan bajet besar. Dengan perancangan yang bijak, anda masih boleh menikmati keindahan pantai, makanan tradisional yang sedap, serta aktiviti menarik di setiap daerah tanpa membebankan poket. Percutian bajet ini sesuai untuk solo traveler, pasangan, mahupun keluarga kecil yang ingin merasai pengalaman autentik di negeri Darul Iman.

RM100 seorang

sehari sudah cukup untuk menikmati sarapan nasi dagang, makan tengahari lauk kampung, serta bersantai di lokasi ikonik seperti Masjid Kristal, Pasar Payang, Drawbridge, atau pantai yang indah. Anda juga boleh berjalan santai di kampung tradisional, singgah ke muzium, atau merakam memori di mural bandar tanpa perlu risau tentang kos tinggi. Ringkasnya, dengan bajet minima ini, percutian anda ke Terengganu tetap lengkap, puas hati, dan penuh kenangan manis.

Percutian Bajet RM100 Sehari di Terengganu

Percutian Di Besut

Jambatan di Pantai Bukit Keluang, Besut
Jambatan di Pantai Bukit Keluang, Besut
Tempat Menarik Besut – Bajet RM100

Senarai Tempat Menarik di Besut & Anggaran Harga

TempatAnggaran Harga
Pantai Bukit KeluangPercuma
Pantai Air TawarPercuma
Pulau Rhu / Kuala Besut WaterfrontPercuma
Masjid Ulul Albab, Seberang JertihPercuma
Masjid 8 Kubah, JertehPercuma
Kolam Air Panas La (La Hot Spring)RM5 – RM10
Taman Eko-Rimba Lata TembakahRM2 – RM5
Lata Kolam Air Deru EcoparkRM2 – RM5
Taman Eko-Rimba Lata BelatanRM2 – RM5

Jika anda ke Besut dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan berbaloi:

  • Sarapan di Pasar Jertih, cuba nasi kerabu atau laksam (±RM8).

  • Singgah bergambar di Masjid Ulul Albab dan Masjid 8 Kubah, dua mercu tanda ikonik (percuma).

  • Teruskan ke Kolam Air Panas La (La Hot Spring) untuk berendam dan bersantai (±RM10).

  • Nikmati alam semula jadi di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah atau Lata Kolam Air Deru Ecopark (±RM5).

  • Balik ke kawasan pesisir untuk lunch di Kuala Besut, cuba lauk kampung atau ikan segar (±RM20).

  • Santai petang di Pantai Bukit Keluang, berjalan di laluan kayu dengan pemandangan laut (percuma).

  • Akhiri hari di Pantai Air Tawar sambil menikmati suasana pantai dan matahari terbenam (percuma).

  • Bajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah Besut) – ±RM25.

Jumlah Anggaran: ± RM95–100 seorang.

Percutian Di Setiu

Suasana Santai di Pantai Penarik, Setiu
Suasana Santai di Pantai Penarik, Setiu
Tempat Menarik Setiu – Bajet RM100

Senarai Tempat Menarik di Setiu & Anggaran Harga

TempatAnggaran Harga
Pantai PenarikPercuma
Setiu Wetlands± RM30 (River Cruise)
Rumah BotolPercuma
Pasar Permaisuri± RM6 – RM8 (Sarapan)
Pantai BariPercuma
Pantai Rhu SepuluhPercuma
Lata Payung± RM2 – RM5
Lata Ulu Kasar± RM2 – RM5
Lata Cangkah± RM2 – RM5
Surau Kayu Unik Langgar RinduPercuma

Jika anda melancong ke Setiu dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan berbaloi:

  • Sarapan di Pasar Permaisuri, cuba nasi dagang atau kuih tradisional (±RM8).

  • Singgah ke Surau Kayu Unik Langgar Rindu, kagumi seni bina kayu klasik (percuma).

  • Teruskan ke Pantai Penarik untuk bergambar dengan deretan bot nelayan (percuma).

  • Lawat Rumah Botol, galeri unik hasil kitar semula botol kaca (percuma).

  • Tengahari isi perut dengan lauk kampung sekitar Bandar Permaisuri (±RM15–20).

  • Petang sertai aktiviti River Cruise di Setiu Wetlands untuk melihat ekosistem paya bakau (±RM30).

  • Jika masih ada masa, mandi-manda di salah satu air terjun – Lata Payung, Lata Ulu Kasar, atau Lata Cangkah (±RM5).

  • Bajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah Setiu) – ±RM25.

Jumlah Anggaran: ± RM95–100 seorang.

Percutian Di Kuala Terengganu

8 Masjid Ikonik Terengganu Masjid Kristal
Masjid Kristal
Tempat Menarik Kuala Terengganu – Bajet RM100

Senarai Tempat Menarik di Kuala Terengganu & Anggaran Harga

TempatAnggaran Harga
Pasar Payang± RM6 – RM10 (Sarapan)
Bukit Puteri± RM2
Kampung Cina (Chinatown)Percuma
Masjid KristalPercuma
Masjid TerapungPercuma
Taman Tamadun Islam± RM15
Kota Lama DuyongPercuma
Drawbridge Kuala TerengganuPercuma (luar) / ± RM10 (pelantar)
Muzium Negeri Terengganu± RM15
Pantai Batu BurukPercuma
Pulau WarisanPercuma
Kampung Budaya Terengganu± RM10
Payang WalkPercuma

Kalau anda bercuti sehari di Kuala Terengganu dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan mudah diikuti:

  • Sarapan di Pasar Payang sambil beli kuih tradisional atau cenderamata (±RM10).

  • Naik ke Bukit Puteri untuk lihat panorama bandar (±RM2).

  • Jalan kaki ke Kampung Cina (Chinatown), bergambar mural & lorong budaya (percuma).

  • Bergerak ke Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam (TTI) untuk seni bina Islam yang unik (±RM15).

  • Tengahari isi perut dengan lauk kampung di Losong (±RM20).

  • Lawat Muzium Negeri Terengganu, muzium terbesar di Malaysia (±RM15).

  • Petang santai di Pantai Batu Buruk atau jalan-jalan di Pulau Warisan (percuma).

  • Bergambar di Drawbridge Kuala Terengganu – naik pelantar jika mahu (±RM10).

  • Akhiri malam di Payang Walk atau Kampung Budaya Terengganu (±RM10).

  • Bajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar bandar) – ±RM20.

Jumlah Anggaran: ± RM95–100 seorang.

Percutian Di Kuala Nerus

Pantai Tok Jembal
Tempat Menarik Kuala Nerus – Bajet RM100

Senarai Tempat Menarik di Kuala Nerus & Anggaran Harga

TempatAnggaran Harga
Pantai Teluk KetapangPercuma
Bukit MarasPercuma
Pantai Tok JembalPercuma
Pantai Seberang TakirPercuma
Kincir Angin UMTPercuma
Masjid Kampung Seberang TakirPercuma
Tasik Bandar Baru Kuala NerusPercuma
Tasik Kompleks Sukan Gong BadakPercuma

Kalau anda bercuti sehari di Kuala Nerus dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan jimat masa:

  • Sarapan di gerai sekitar Pantai Teluk Ketapang, cuba nasi dagang atau roti canai (±RM8).

  • Jalan santai & bergambar di Pantai Teluk Ketapang (percuma).

  • Teruskan ke Pantai Tok Jembal, pantai popular dengan suasana keluarga & pelajar UMT (percuma).

  • Singgah bergambar di Kincir Angin UMT, mercu tanda unik tenaga angin (percuma).

  • Ziarah dan solat di Masjid Kampung Seberang Takir (percuma).

  • Tengahari boleh makan di warung sekitar Tok Jembal atau Seberang Takir (±RM20).

  • Lepas lunch, buat aktiviti hiking ringan di Bukit Maras untuk panorama Kuala Nerus (percuma).

  • Akhiri hari dengan santai di Tasik Kompleks Gong Badak atau Tasik Bandar Baru Kuala Nerus (percuma).

  • Bajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah) – ±RM25.

Jumlah Anggaran: ±RM95–100 seorang.

Percutian Di Marang

Pantai Pulau Kekabu, Marang 11121304
Pantai Pulau Kekabu, Marang
Tempat Menarik Marang – Bajet RM100

Senarai Tempat Menarik di Marang & Anggaran Harga

TempatAnggaran Harga
Pantai KelulutPercuma
Dataran Batu PutihPercuma
Pine Hill's Garden± RM5 – RM10
Pantai Pulau KekabuPercuma
Kampung Jambu BongkokPercuma
Kampung JenangPercuma (lawatan) / ± RM5 jika beli produk
Lembah Nisang± RM5 – RM10
Masjid RusilaPercuma
Pasar Marang± RM6 – RM10 (Sarapan / beli makanan)
Jeti MarangPercuma
Merchang LestariPercuma

Kalau anda bercuti sehari di Marang dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan berbaloi:

  • Sarapan di Pasar Marang, cuba nasi dagang atau kuih tradisional (±RM8).

  • Jalan santai di Pantai Kelulut sambil nikmati suasana pagi (percuma).

  • Bergambar di Dataran Batu Putih, mercu tanda ikonik daerah (percuma).

  • Singgah ke Masjid Rusila, masjid bersejarah yang menjadi simbol Marang (percuma).

  • Tengahari isi perut dengan lauk kampung sekitar pekan Marang (±RM20).

  • Lawat Kampung Jenang untuk lihat hasil kraftangan dan makanan tradisi (±RM5 jika beli produk).

  • Teruskan ke Lembah Nisang atau Pine Hill’s Garden untuk rekreasi alam & bergambar (±RM10).

  • Balik semula ke pekan, singgah di Pantai Pulau Kekabu (percuma).

  • Akhiri hari di Jeti Marang sambil lihat matahari terbenam & suasana nelayan (percuma).

  • Bajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar Marang) – ±RM25.

Jumlah Anggaran: ± RM95–100 seorang.

Percutian Di Hulu Terengganu

Memorial Batu Bersurat Terengganu
Memorial Batu Bersurat Terengganu
Tempat Menarik Hulu Terengganu – Bajet RM100

Senarai Tempat Menarik di Hulu Terengganu & Anggaran Harga

TempatAnggaran Harga
Tasik Kenyir± RM30–50 (pakej bot ringkas)
Air Terjun Sekayu± RM2–5
Memorial Batu BersuratPercuma / ± RM5
Rimba Razia± RM5–10
Little Amazon (Sungai Berang)± RM10–20
Warung Kari Kepala Ikan± RM20–30 (makan)
Masjid Kampung DusunPercuma
Makam Tok GajahPercuma
Makam Pahlawan Padang KachungPercuma
Taman Rekreasi Kuala BerangPercuma
Pasar Kuala Berang± RM6–10 (sarapan / beli makanan)
Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)± RM25

Kalau anda bercuti sehari di Hulu Terengganu dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan laluan yang lebih efisien dan berbaloi:

  • Sarapan di Pasar Kuala Berang, cuba nasi dagang atau kuih tradisional (±RM8).

  • Singgah ke Memorial Batu Bersurat untuk melihat sejarah Islam di Terengganu (percuma / ±RM5).

  • Teruskan ke Tasik Kenyir, boleh naik bot ringkas keliling pulau atau lawat taman herba (±RM30).

  • Seterusnya, ke Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) untuk melihat gajah jinak & aktiviti konservasi (±RM25).

  • Balik semula ke pekan untuk makan tengahari di Warung Kari Kepala Ikan (±RM20).

  • Petang boleh mandi-manda di Air Terjun Sekayu (±RM5).

  • Akhiri hari dengan santai di Taman Rekreasi Kuala Berang (percuma).

  • Bajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah Hulu Terengganu) – ±RM10–15.

Jumlah Anggaran: ± RM95–100 seorang.

Percutian Di Dungun

Tasik Puteri Bukit Besi
Tasik Puteri Bukit Besi
Tempat Menarik Dungun – Bajet RM100

Senarai Tempat Menarik di Dungun & Anggaran Harga

TempatAnggaran Harga
Tasik Puteri, Bukit BesiPercuma / ± RM5
Pantai Teluk BidaraPercuma
Taman Rekreasi Lubuk Kain± RM2 – RM5
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu± RM5 – RM10
Pantai Batu PelandukPercuma
Bukit Tebuk, Kampung NibongPercuma
Muzium Bukit BesiPercuma / ± RM5
Muzium DungunPercuma / ± RM5
Kampung Che LijahPercuma / ± RM5 jika beli keropok
Pasar Besar Dungun± RM6 – RM10 (Sarapan / makanan)
Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah (Masjid Dungun)Percuma
Bukit BaukPercuma
Jeti Kuala DungunPercuma

Kalau anda bercuti sehari di Dungun dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini antara aktiviti mudah dan berbaloi untuk dimasukkan dalam itinerari anda:

  • Sarapan di Pasar Besar Dungun – ±RM8

  • Bergambar di Pantai Teluk Bidara & Pantai Batu Pelanduk – Percuma

  • Lawat Muzium Bukit Besi – ±RM5

  • Makan tengahari lauk kampung sekitar bandar – ±RM20

  • Jalan santai di Jeti Kuala Dungun & singgah ke Kg Che Lijah – ±RM5 jika beli keropok

  • Nikmati suasana tenang di Tasik Puteri, Bukit Besi – ±RM5

  • Akhiri hari di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah & Bukit Bauk – Percuma

  • Bajet pengangkutan sekitar daerah – ±RM25

Jumlah Anggaran: ±RM95–100 seorang

Percutian Di Kemaman

Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah 22121704
Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah
Tempat Menarik Kemaman – Bajet RM100

Senarai Tempat Menarik di Kemaman & Anggaran Harga

TempatAnggaran Harga
Pusat Santuari Penyu Ma’DaerahPercuma / ± RM5
Masjid Jambi (Masjid Engku Haji Mahmud)Percuma
Zoo Kemaman± RM10–15
Pantai PenunjukPercuma
Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)Percuma
Bukit Mak DayangPercuma
Bukit MentokPercuma
Bukit Harimau MenangisPercuma
Muzium Kemaman± RM5
Pasar Besar Chukai± RM6–10 (sarapan / makanan tradisional)
Kuala Kemaman Fishing VillagePercuma

Kalau anda bercuti sehari di Kemaman dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan berbaloi:

  • Sarapan di Pasar Besar Chukai, cuba nasi dagang atau kuih tradisional (±RM8).

  • Singgah ke Muzium Kemaman untuk kenali sejarah daerah (±RM5).

  • Teruskan ke Zoo Kemaman untuk melihat haiwan bersama keluarga (±RM15).

  • Nikmati suasana pantai di Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay), terkenal dengan ICT dan gerai tepi laut (percuma).

  • Lunch lauk kampung atau ikan bakar sekitar Kuala Kemaman (±RM20).

  • Jalan santai di Kuala Kemaman Fishing Village, pekan nelayan dengan suasana klasik (percuma).

  • Petang bergambar di Pantai Penunjuk, pantai indah dengan formasi batu ikonik (percuma).

  • Kalau minat hiking, boleh pilih satu bukit berdekatan seperti Bukit Mak Dayang, Bukit Mentok, atau Bukit Harimau Menangis (percuma).

  • Akhiri hari dengan singgah di Masjid Jambi yang ikonik dengan seni bina unik (percuma).

  • Bajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah Kemaman) – ±RM25.

Jumlah Anggaran: ± RM95–100 seorang.

Tips Bijak Travel Bajet RM100 di Terengganu

1. Pilih Tempat Percuma atau Murah

Fokus pada pantai, air terjun, masjid ikonik dan street art yang kebanyakannya percuma atau caj minima.

2. Sarapan & Lunch di Pasar / Warung Tempatan

Makanan di pasar pagi dan warung kampung jauh lebih murah, sedap, dan cukup untuk tenaga seharian.

3. Rancang Laluan Ikut Zon

Susun destinasi ikut kawasan (contoh: Bandar → Pantai → Air Terjun) supaya tak ulang-alik jauh dan jimat minyak.

4. Elakkan Shopping Berlebihan

Beli cenderamata kecil sebagai kenangan, tapi fokus bajet pada pengalaman, makanan, dan aktiviti.

Percutian Bajet RM100: Simple Tapi Bermakna

Percutian bajet di Terengganu

menawarkan pengalaman yang penuh kepelbagaian tanpa perlu berbelanja besar. Dengan hanya RM100 seorang, anda sudah boleh menikmati sarapan di pasar tempatan, melawat pantai yang cantik, merasai segarnya air terjun, dan singgah ke masjid atau muzium ikonik. Setiap lokasi bukan sahaja percuma atau murah malah memberi peluang merakam kenangan berharga seperti panorama laut biru, suasana kampung nelayan dan pemandangan alam semula jadi yang memikat. Walaupun dengan bajet kecil, anda tetap dapat merasai identiti Terengganu yang kaya dengan tradisi, alam semula jadi serta keramahan masyarakat setempat.

Sarapan pagi nasi dagang terasa,
Pantai indah tenang berseri,
Bajet kecil cukup sahaja,
Kenangan di Terengganu kekal di hati.

Tambah Komen

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Prev
Next
ms_MY