LOGO KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU DISCOVERY TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Pintu Masuk Kampung Budaya Terengganu

Menyelami Warisan & Budaya Negeri Terengganu

Kampung Budaya Terengganu,

Merupakan salah satu tarikan pelancongan terbaharu di negeri ini yang terletak di dalam Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Losong, Kuala Terengganu. Ia berfungsi sebagai sebuah “muzium hidup” yang mempamerkan pelbagai aspek kebudayaan, kesenian, dan warisan tradisional masyarakat Melayu di Terengganu. Perkampungan ini dibuka kepada orang ramai pada September 2020 dan menjadi salah satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong yang ingin mendalami sejarah dan budaya Terengganu.

Konsep "Muzium Hidup"

Kampung Budaya Terengganu

berbeza daripada muzium konvensional kerana ia menampilkan pengalaman interaktif yang memfokuskan kepada kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu. Pengunjung boleh melihat demonstrasi seni anyaman. Selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan seperti silat, gamelan yang memeriahkan suasana. Kampung Budaya ini menggabungkan elemen seni bina, tradisi, dan budaya dari semua lapan daerah di Terengganu.

Rumah Tradisional di Kampung Budaya

Salah satu tarikan utama Kampung Budaya Terengganu ialah koleksi rumah tradisional Melayu yang dipindahkan dan dibina semula di kawasan ini. Antaranya termasuk Istana Tengku Long, Rumah Tele, Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang Berkembar, dan Rumah Bujang berserambi Selasar. Setiap rumah ini mempunyai keunikan tersendiri yang mencerminkan seni bina dan budaya masyarakat Terengganu. Di samping itu, pengunjung juga dapat menyaksikan keindahan seni bina rumah-rumah tradisional yang asli dan merasai pengalaman seolah-olah berada pada zaman dahulu kala. Pengunjung juga dapat menyaksikan persembahan kebudayaan yang dipersembahkan mengikut jadual di Laman Warisan.

Aktiviti & Demonstrasi

Seni Ukiran Kayu

Demonstrasi ukiran kayu juga dipamerkan, memberikan gambaran betapa halusnya seni warisan Melayu.

Permainan Tradisional

Permainan tradisional seperti gasing turut ditunjukkan, membawa nostalgia bagi generasi lama​

Tujuan Pendidikan

Kampung Budaya Terengganu (KBT)

juga berfungsi sebagai pusat pendidikan budaya dan warisan. Ia menjadi lokasi utama untuk pelbagai program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai sejarah serta tradisi negeri Terengganu. Program lawatan sambil belajar sering dianjurkan bagi pelajar sekolah dan institusi pendidikan tinggi yang ingin mendalami pengetahuan mengenai warisan budaya tempatan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada generasi muda untuk memahami dan menghayati nilai budaya, tetapi juga memupuk semangat cintakan warisan dan kesedaran tentang kepentingan memeliharanya untuk generasi akan datang.

Budaya dan Festival

Kampung Budaya Terengganu

sering menjadi pusat utama bagi pelbagai aktiviti kebudayaan dan festival yang dianjurkan sepanjang tahun. Pengunjung dapat merasai pengalaman budaya yang dinamik dan penuh warna-warni, merangkumi pertunjukan tarian tradisional, muzik rakyat, serta pelbagai persembahan seni yang menggambarkan keindahan warisan negeri Terengganu. Festival seni dan budaya tempatan yang diadakan di sini bukan sahaja menarik perhatian pelancong tetapi juga berfungsi sebagai medium pemerkasaan budaya dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, ia menjadi platform bagi para penggiat seni untuk mempamerkan bakat mereka dalam bidang seni tari, muzik tradisional, teater, serta demonstrasi kraftangan tempatan.

Destinasi Wajib di Kampung Budaya Terengganu

Kampung Budaya Terengganu

ialah satu destinasi yang menarik bagi sesiapa yang ingin menyelami warisan budaya negeri ini. Dengan gabungan seni bina tradisional, demonstrasi seni kraftangan, dan persembahan kebudayaan, tempat ini menyediakan pengalaman menyeluruh tentang kehidupan dan budaya masyarakat Melayu Terengganu. Sebagai sebuah “muzium hidup,” ia memainkan peranan penting dalam memelihara dan memperkenalkan khazanah budaya negeri ini kepada generasi masa kini dan akan datang.

Fun-Map-Kampung-Budaya-Terengganu-Discovery-Terengganu

Aktiviti Permainan Di Setiap Check Point

Hentian 1

Perahu Besar & Galeri Pelayaran

Apa aktiviti di check point ini?

• Pameran Rempas Ratus • Galeri Pelayaran - Kompas, Bahan² Pembuatan Perahu dan Dll • Bergambar View Sungai Terengganu

Hentian 2

Rumah Nelayan

Apa aktiviti di check point ini?

• Demontrasi Goreng Kerepok Mengunakan Pasir • Replika Rumah Nelayan • Pelbagai Jenis Perahu • Geleri Perikanan (Bubu,Mata kail, Joran dan dll )

Hentian 3

Rumah Bujang Berserambi Selasar

Apa aktiviti di check point ini?

• Demonstrasi Ukiran Kayu • Memanah • Jualan Kraf Kayu • Bergambar di Rumah Tradisional

Hentian 4

Rumah Bujang Berpeleh / Berkembar

Apa aktiviti di check point ini?

• Demontrasi Anyaman Bertulang • Pemeran Bahan² Pembuatan Anyaman • Bergambar

Hentian 5

Rumah Limas Belanda

Apa aktiviti di check point ini?

• Permainan Tradisional • Permainan Gasing dan Kaki Hantu • Bermain Congkak

Hentian 6

Rumah Tele

Apa aktiviti di check point ini?

• Pakaian Busana Lelaki & Perempuan • Pelamin Gergasi • Persembahan Seni Telepuk • Bergambar dengan Pakaian Busana

Hentian 7

Laman Singgahsana

Apa aktiviti di check point ini?

• Pertandingan Permainan Tradisional • Persembahan Kebudayaan • Jualan Makanan Tradisional • Bergambar View Kampung Budaya Terengganu

Hentian 8

Istana Tengku Long

Apa aktiviti di check point ini?

• Mengenal Permainan Alat Muzik Gamelan • Pameran Keris & Tombak • Mengambil gambar Istana

Blog Berkaitan Muzium dan Kampung Budaya