Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir

Perkampungan Konservasi Gajah di Kenyir (KECV)

Pengenalan KECV

Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir

Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ialah salah satu destinasi ekopelancongan menarik di Tasik Kenyir, Terengganu. Ditubuhkan pada tahun 2012, kawasan seluas 256 hektar bersamaan 600 ekar ini memelihara 90% daripada tanahnya sebagai hutan asli, menyediakan perlindungan untuk gajah yatim piatu yang diselamatkan daripada ancaman seperti kehilangan habitat, pemburuan haram, dan konflik manusia-hidupan liar. Pembangunan hanya meliputi 10% kawasan ini, manakala selebihnya dibiarkan kekal sebagai habitat semula jadi. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 1 jam dengan kereta dari bandar Kuala Terengganu.

 


Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV) dan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) bekerjasama dalam usaha pemuliharaan gajah di Malaysia. Kolaborasi ini termasuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti Program Anak Gajah Angkat, di mana YDSM bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) mengambil inisiatif menjadikan seekor gajah di KECV sebagai gajah angkat mereka.

Kenapa perlu melawat Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir ?

Walaupun harga tiket mungkin dianggap mahal, perlu diingat kos penjagaan gajah adalah sangat tinggi. Setiap ekor memerlukan sehingga makanan sebanyak 150-200 kg makanan dan 40 liter air dalam sehari ! Lawatan anda secara langsung menyokong kebajikan gajah ini dan usaha pemuliharaan pusat ini.

Matlamat KECV

Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV),  

Matlamat utama KECV adalah untuk mendidik masyarakat tentang habitat dan tingkah laku gajah sambil memperkenalkan suasana alam semula jadi yang segar kepada pengunjung. Salah satu daya tarikan utama di sini ialah Laluan Kanopi, yang memberikan pengalaman pengembaraan yang unik dengan pelbagai sudut pandangan habitat gajah dan pemandangan indah hutan semula jadi. Secara keseluruhannya, KECV bukan sekadar destinasi yang menawarkan ketenangan dan keindahan alam. Ia juga memberikan peluang kepada pelancong untuk berinteraksi secara langsung dengan gajah dan menikmati pengembaraan ekopelancongan yang menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Aktiviti di KECV

Jambatan Gantung di KECV

Jambatan Gantung

Nikmati pengalaman berjalan di atas jambatan gantung sepanjang 600 meter sambil menikmati pemandangan indah hutan hujan semula jadi dan habitat gajah dari sudut pandang yang menarik.

Pertunjukkan Pendidikan Gajah (2)

Pertunjukan Pendidikan Gajah

Saksikan persembahan menarik yang memperkenalkan tingkah laku, kebijaksanaan, dan kemahiran gajah sambil mempelajari tentang usaha pemuliharaan mereka.

Memberi Makan Kepada Gajah Asia

Beri Makan kepada Gajah

Rasai pengalaman menyeronokkan memberi makan gajah dengan tebu atau buah-buahan segar sambil berinteraksi secara dekat dengan haiwan ini.

Gajah Mandi di KECV

Tengok Gajah Mandi

Lihat gajah-gajah mandi di sungai dalam suasana yang ceria dan santai. Aktiviti semula jadi yang memberi ketenangan dan hiburan kepada pengunjung.

Kenali Penduduk KECV

Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir, 

KECV adalah rumah kepada 18 ekor gajah tempatan yang menerima penjagaan rapi daripada doktor haiwan profesional dan Mahut (penjaga gajah) yang berdedikasi. Ada yang terpisah dari kawanan mereka di hutan, ada yang menjadi mangsa perdagangan gading, dan ada juga yang ditangkap penduduk kampung kerana merosakkan tanaman. Di KEVC, gajah-gajah ini mendapat penjagaan rapi daripada pakar veterinar dan penjaga gajah yang berdedikasi.

Rutin Harian Gajah

Penjagaan Gajah di Kenyir

Setiap hari di KEVC dipenuhi dengan rutin khas untuk setiap gajah. Penjaga gajah, atau Mahut, memandikan mereka kira-kira 5 hingga 6 kali sehari, bergantung pada cuaca. Walaupun gajah boleh mengawal suhu badan melalui telinga mereka, mandi kerap diperlukan untuk memastikan mereka kekal sejuk dan selesa, terutamanya semasa cuaca panas. Fakta yang menarik adalah gajah tidak berpeluh seperti manusia. Mereka mempunyai kelenjar peluh yang sangat sedikit dan tidak berfungsi dengan efektif untuk mengawal suhu badan.

Aktiviti Petang Gajah

Pada sebelah petang, gajah-gajah di KECV bebas berkeliaran dan bermain di hutan terkawal seluas 300 ekar, menikmati persekitaran semula jadi yang selamat dan terpelihara. Rutin harian mereka termasuk mandian berkala, bersenam di kawasan hutan, dan menikmati makanan yang berkhasiat bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental terjaga. Pengunjung berpeluang bertemu dengan gajah dari pelbagai peringkat umur, seperti anak gajah aktif berusia dua tahun sehingga “nenek” kumpulan ini, Teh, yang berusia lebih 30 tahun.

Peranan Pemuliharaan

Impak Komuniti daripada Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV)

KECV memainkan peranan penting dalam melindungi gajah yang terancam sambil mendidik masyarakat tentang pemuliharaan. Dengan melawat, anda bukan sahaja menyokong operasi pusat ini tetapi juga membantu misi mereka untuk melestarikan hidupan liar. Dengan usaha dan dedikasi yang berterusan, Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KEVC) telah menjadi tempat perlindungan utama bagi gajah di Malaysia. KEVC bukan sahaja menarik pelancong dari seluruh dunia, tetapi juga memainkan peranan penting dalam usaha pemuliharaan dan perlindungan global, memastikan gajah dapat hidup dalam persekitaran yang selamat dan harmoni.

Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV)

Bagi pencinta alam dan keluarga yang mencari pengembaraan eko, KECV adalah destinasi wajib dikunjungi. Terletak di kawasan Tasik Kenyir yang indah, anda boleh menggabungkan lawatan ke sini dengan aktiviti lain di Tasik Kenyir atau bandar Kuala Terengganu. KECV menjanjikan pengalaman mendidik dan tidak dapat dilupakan, menjadikannya tambahan yang berbaloi dalam rancangan percutian anda di Malaysia.

Tempah pengembaraan anda hari ini dan sertai usaha pemuliharaan sambil menikmati pengalaman yang luar biasa!