Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2024
Negeri cantik,budaya menarik
Lagu Tema Halaman Ini
Syafiq Farhain
Lagu akan berkumandang sebaik anda menyentuh atau klik mana-mana bahagian halaman. Kawal main dan henti bila-bila masa melalui butang ini atau pemain kecil di penjuru skrin. Sumber: Spotify.
01 Discovery Terengganu
Terengganu dinobat negeri paling bahagia dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2024
Terengganu sekali lagi membuktikan keistimewaannya apabila dinobatkan sebagai negeri paling bahagia di Malaysia berdasarkan laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Melalui skor indeks 8.64, Terengganu berjaya mengatasi negeri-negeri lain dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi bukan sahaja indah untuk dilawati, malah selesa untuk didiami.
02 Berita
Kredit video: Astro AWANITonton di YouTube
03 Indeks Kebahagiaan 2024

Buat julung kalinya, laporan MHI diterbitkan secara terperinci di peringkat negeri dan daerah pentadbiran. Sebanyak 16 laporan negeri disediakan dengan Terengganu (8.64), Johor (8.08) dan Negeri Sembilan (8.01) dikategorikan sebagai negeri sangat bahagia.
Apa yang menjadikan Terengganu unggul ialah keseimbangan antara pembangunan ekonomi, kekuatan budaya dan agama, serta gaya hidup masyarakat yang harmoni.
Selain itu, pengiktirafan Terengganu sebagai negeri paling bahagia bukan sahaja melambangkan kesejahteraan hidup rakyatnya, malah turut mengangkat negeri ini sebagai destinasi pelancongan pilihan yang menarik. Negeri Terengganu juga menawarkan pengalaman unik melalui keindahan alam, kekayaan warisan budaya, serta keramahan masyarakat yang membuatkan setiap pelancong berasa seperti berada di rumah sendiri.

04 Laporan Nasional

Malaysia Happiness Index (MHI) 2024 yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan skor keseluruhan 7.60, menempatkan Malaysia dalam kategori "Bahagia".
Di samping itu, laporan ini mengukur tahap kesejahteraan sosial rakyat berdasarkan pelbagai dimensi penting yang mencerminkan kualiti hidup masyarakat.
Berdasarkan 94 indikator yang dibahagikan kepada 13 komponen utama seperti kerohanian, keluarga, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan budaya.
05 Peringkat Daerah

Tradisi kuat, masyarakat nelayan masih mengamalkan gotong-royong.
Keindahan ekosistem Setiu Wetlands memberi keseimbangan hidup, mengurangkan stres.
Pusat pendidikan (UMT, UNISZA) dengan komuniti pelajar yang aktif.
Peluang pekerjaan dan ekonomi stabil melalui industri minyak & gas.
06 Direktori
07 Komponen Tertinggi





08 Makna Kejayaan
Kejayaan ini bukan sekadar angka tetapi cerminan gaya hidup masyarakat Terengganu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi.
Alam semula jadi yang masih terpelihara, budaya gotong-royong yang kuat, serta kekayaan warisan menjadikan negeri ini bukan hanya destinasi pelancongan, malah contoh masyarakat yang sejahtera.

Sebagai negeri yang terkenal dengan pantai indah, pulau tropika menawan serta kekayaan warisan dan budaya tempatan, pengiktirafan ini semakin mengukuhkan daya tarikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan, pendidikan dan tempat terbaik untuk menikmati keindahan alam.
Bagi para pelancong, percutian ke Terengganu bukan sekadar melihat panorama mempesona, tetapi juga merasai kehangatan masyarakatnya yang penuh nilai kebersamaan, keramahan dan keprihatinan.

Baca Lagi