Pulau Bidong Icon

Kisah Pulau Bidong: Sejarah Pelarian Vietnam

Pengenalan Pulau Bersejarah di Terengganu

Pulau Bidong

pada asalnya merupakan sebuah pulau yang sunyi dan tidak berpenghuni.Β Pulau ini terletak di pesisir Kuala Nerus, Terengganu, kira-kira 45 kilometer dari pantai Kuala Terengganu dan Merang.Β Ia mempunyai keluasan sekitar 203 hektar dan terpisah dari tanah besar oleh Laut China Selatan, dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit menaiki bot. Sebahagian besar kawasan pulau ini terdiri daripada tanah tinggi berbukit, manakala hanya sekitar 12 hektar sahaja merupakan tanah rata yang beralun. Keadaan muka bumi ini menjadikan Pulau Bidong sebagai lokasi pilihan para nelayan untuk berlindung daripada tiupan angin monsun.

Tinggalan Sejarah yang Masih Terpelihara

Pulau ini tidak lagi berfungsi sebagai penempatan pelarian, sebaliknya telah diberi nafas baharu sebagai destinasi yang bernilai tinggi dari segi pelancongan, pendidikan dan warisan sejarah. Kawasan pulau kini berada di bawah jagaan Lembaga Muzium Negeri Terengganu, yang berperanan memelihara serta memulihara tinggalan sejarah untuk tatapan generasi akan datang. Ia juga menjadi tapak penyelidikan dan kajian marin, khususnya diΒ Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kini, ia menjadi tapak warisan sejarah dan destinasi pelancongan.

Kenapa Vietnam Memilih Pulau Bidong?

Sumber YouTube: Amir Farid

Permulaan Sejarah: Krisis Pelarian Vietnam (1975)

Pulau Bidong

Keharmonian pulau ini mula berubah selepas kejatuhan Kerajaan Demokratik Vietnam Selatan (KDVS) yang disokong Amerika kepada Kerajaan Komunis Vietnam Utara (KKVU) pada tahun 1975. Peristiwa ini mencetuskan gelombang pelarian yang dikenali sebagaiΒ 

β€œBoat People” atau Orang Hanyut Vietnam (OHV),

yang tiba bertali arus di persisiran pantai Semenanjung Malaysia, khususnya di Negeri Terengganu. Mereka melarikan diri menggunakan bot kecil merentasi laut dalam keadaan berbahaya demi mencari perlindungan di negara lain.

Sumber Gambar: Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Pulau Bidong Diwartakan Sebagai Kem Pelarian (1978)

Pada 1 Ogos 1978, kerajaan Malaysia dengan kerjasama UNHCR telah mengisytiharkan pulau ini sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Pelarian pertama seramai 121 orang tiba pada 8 Ogos 1978.

Sejak itu:

  • Pulau ini menjadi kawasan larangan
  • Nelayan tidak dibenarkan menghampiri pulau itu dari jarak 200 ela walaupun untuk berlindung
  • Infrastruktur dibina secara besar-besaran
Sumber NSTP: Pusat penempatan sementara pelarian Vietnam di antara tahun 1978 hingga 1990
Sumber NSTP: Kepadatan Pelarian Vietnam Ke Pulau

Peranan Antarabangsa & Penempatan Semula

Pulau ini berubah sepenuhnya daripada pulau sunyi kepada penempatan manusia yang padat. Sepanjang 16 tahun beroperasi, kawasan pulau ini menjadi tempat perlindungan kepada kira-kira 252,390 pelarian. Pulau ini mula dikenali di peringkat antarabangsa dan Malaysia menerima pujian atas layanan kemanusiaan yang diberikan.Β Disebabkan kepadatan penduduk dan pelbagai aktiviti yang berlaku, Pulau Bidong turut dikenali sebagai β€œMini Saigon”.

Bukti Malaysia Pernah Jadi Harapan Ribuan Pelarian Dunia

Kedatangan pelarian ini turut mendapat perhatian dan sokongan negara luar, terutamanya Amerika Syarikat, yang menggesa Malaysia memberi layanan sewajarnya kepada OHV. Atas dasar kemanusiaan sejagat, kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif dengan menyediakan penempatan khas bagi memudahkan kawalan keselamatan serta penyaluran bantuan kepada pelarian.

Pernah Menjadi Penempatan Paling Padat Di Dunia

Sumber Gambar: Iluminasi
Kapal Hai Hong yang membawa kira-kira 2,400 pelarian Vietnam berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor pada tahun 1978. β€” Foto NSTP

Sejak itu sehingga tahun 1991, kawasan pulau ini menjadi tempat perlindungan utama bagi pelarian yang melarikan diri daripada pemerintahan komunis di Vietnam. Salah satu peristiwa penting dalam sejarah ini ialah ketibaan kapal pelarian Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 yang membawa kira-kira 2,400 orang pelarian.

Jumlah pelarian meningkat dengan sangat pantas:
  • Januari 1979: sekitar 18,000 pelarian
  • Jun 1979: mencecah sehingga 40,000 pelarian pada satu-satu masa

Keadaan ini menjadikan pulau ini sebagai antara penempatan pelarian paling padat di dunia ketika itu. Selain pelarian Vietnam, pulau ini juga menempatkan pelarian dari Kemboja pada penghujung tahun 1970-an yang melarikan diri daripada kekejaman rejim Khmer Rouge.

Kehidupan Pelarian & Cabaran

Sumber: Muzium Negeri Terengganu

Pelarian hidup dalam keadaan yang sangat mencabar:

  • Ruang tempat tinggal sempit dan sesak
  • Kekurangan bekalan asas
  • Risiko penyakit dan kebersihan
Pelarian Vietnam menggunakan bot kecil untuk memasuki Malaysia dalam keadaan penuh risiko. (Gambar NSTP)

Perjalanan mereka ke Malaysia juga penuh bahaya:

  • Bot kecil dan tidak selamat
  • Ancaman lanun di laut
  • Ramai menjadi mangsa rompakan, keganasan dan kematian

Malaysia memainkan peranan penting atas dasar kemanusiaan dengan menyediakan perlindungan sementara kepada pelarian.

Pelbagai pihak turut membantu:

  • UNHCR (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
  • NGO antarabangsa
  • Sukarelawan

Penutupan & Warisan Sejarah

Sepanjang tempoh operasinya, pulau ini berfungsi sebagai pusat transit sebelum pelarian dipindahkan ke negara ketiga. Dianggarkan kira-kira 250,000 pelarian pernah melalui kem ini, sebelum ditempatkan semula di negara seperti:

  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • Australia
  • Perancis

Kem pelarian ini akhirnya ditutup secara rasmi pada tahun 1991 dan diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada 30 November 1991. Selepas penutupan, sebahagian pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam, manakala yang lain berjaya membina kehidupan baharu di negara-negara penerima.

Penutupan Pulau Bidong

sebagai kem pelarian meninggalkan pelbagai kenangan dan nilai sejarah yang signifikan. Namun begitu, akibat kekurangan usaha pemeliharaan pada peringkat awal, sebahagian besar tinggalan sejarah di pulau ini telah mengalami kerosakan dan kemusnahan. Walaupun demikian, pulau ini masih menjadi destinasi ziarah bagi bekas pelarian dan waris mereka untuk menziarahi tanah perkuburan serta mengimbau kembali detik-detik kehidupan yang pernah dilalui di sini.

Potensi Histo-Tourism Pulau Bidong

Lawatan Discovery Terengganu ke Pulau Bidong

Seiring dengan nilai sejarah yang tinggi, pulau bersejarah ini wajar dibangunkan sebagai destinasi “Histo-Tourism”, iaitu pelancongan berasaskan sejarah. Gabungan tinggalan sejarah dan keindahan semula jadi menjadikan pulau ini berpotensi besar sebagai produk pelancongan unik di Terengganu. Hari ini, Pulau Bidong kekal sebagai warisan sejarah yang wajar dikenang dan dihargai oleh generasi akan datang.

Terokai Aktiviti Menarik Di Pulau Bidong

Pulau Bersejarah Terengganu

🌴 Jom Jelajah Ke Pulau Bidong

Alami sendiri sejarah Pulau Bidong sambil menikmati panorama alam semula jadi yang menenangkan.

πŸš€ Tempah Sekarang
🀿

Snorkeling & Scuba Diving

Terumbu karang & ikan tropika

πŸ“Έ

Fotografi & Drone View

Pantai, laut & hutan

πŸ–οΈ

Berkhemah & Picnic

Aktiviti keluarga & reunion

πŸ›οΈ

Lawatan β€œLittle Saigon”

Sejarah pelarian Vietnam

🎣

Memancing & Lepak Santai

Aktiviti santai di jeti

🚀

Island Hopping

Boat tour dari Jeti Merang

Ringkasan Sejarah Pulau Bidong

Peta Minda Ringkasan Sejarah Pulau Bidong
Tarikh / TahunPeristiwa Penting
Sebelum 1975Pulau Bidong ialah pulau sunyi yang menjadi tempat nelayan berlindung daripada monsun.
1975Kejatuhan Vietnam Selatan mencetuskan krisis pelarian β€œBoat People”.
1 Ogos 1978Pulau Bidong diwartakan sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam.
8 Ogos 1978Kumpulan pertama seramai 121 pelarian tiba di Pulau Bidong.
Jun 1979Populasi meningkat hingga sekitar 40,000 orang dan menjadi antara kawasan paling padat di dunia.
1978 – 1991Lebih 250,000 pelarian pernah ditempatkan di sini sebelum dipindahkan ke negara ketiga.
30 Nov 1991Pulau Bidong ditutup secara rasmi sebagai kem pelarian.
KiniPulau Bidong menjadi lokasi kajian marin dan berpotensi sebagai destinasi pelancongan sejarah.
Pulau Bidong Icon

Kecantikan Pulau Bidong, Terengganu

@ganuonthego Keindahan dasar laut dan daratan di Pulau Bidong ni memang menjadi tumpuan untuk para diver dan freediver . Pulau yang memiliki sejarah tersendiri . Diver dan freediver cuba kumpul sini 🀍 #fyp #foryou #foryoumalaysia #cuticutimalaysia #terengganudaruliman ♬ suara asli - Love Music

Pergi ke Merang menaiki perahu,
Air jernih tenang memikat hati,
Pulau Bidong menyimpan sejarah pilu,
Kini indah jadi memori abadi.

Add a Comment

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda