YouTube: azuansulaiman

Taman Rekreasi Lubuk Kain

Taman Rekreasi Lubuk Kain

Pengenalan

Taman Rekreasi Lubuk Kain

Terletak di Kampung Shukur, Dungun, Terengganu, adalah destinasi pelancongan alam semula jadi yang semakin popular. Kawasan ini dikenali dengan kejernihan air terjun bak kristal dan suasana alam yang mendamaikan. Sememangnya tempat ini menarik perhatian pengunjung yang ingin menikmati ketenangan serta keindahan hutan tropika. Di samping itu, taman ini dikendalikan oleh Koperasi Shukur Membangun Dungun Berhad, yang memastikan fasiliti dan pengurusan tempat ini berada dalam keadaan baik. Tambahan pula, kawasan ini dikelilingi oleh hutan simpan Pasir Raja Selatan seluas 8 hektar, taman ini menawarkan pengalaman rekreasi yang unik dan menenangkan.

Bagaimana Untuk Ke Sini?

Untuk sampai ke taman reakreasi ini dari Kuala Dungun, pengunjung perlu menempuh perjalanan sejauh 77km yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 12 minit. Bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur, mereka perlu melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sebelum mengambil jalan alternatif ke Pasir Raja, Dungun. Jalan menuju ke destinasi ini agak mencabar tetapi keindahan yang menanti pasti berbaloi. Tambahan pula, taman ini ditutup kepada pengunjung semasa musim tengkujuh, iaitu dari bulan November hingga Februari, bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Waktu Operasi dan Yuran Masuk

Taman Rekreasi Lubuk Kain

beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2.00, manakala kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah boleh masuk secara percuma. Oleh itu, harga yang berpatutan ini menjadikan tempat ini sebagai lokasi pilihan utama bagi keluarga, pencinta alam, dan mereka yang gemar beraktiviti luar.

Kemudahan Disediakan

Bagi keselesaan pengunjung, taman ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan asas. Contohnya gerai makanan dan minuman, tandas awam, dan surau. Hakikatnya, ini membolehkan pengunjung menghabiskan masa dengan lebih selesa tanpa perlu keluar dari kawasan rekreasi untuk mendapatkan keperluan asas. Selain itu, terdapat beberapa kawasan yang sesuai untuk berkelah, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Keindahan Alam dan Langkah Keselamatan

Air Terjun Lubuk Kain

Salah satu tarikan utama Taman Rekreasi Lubuk Kain adalah air terjunnya yang jernih bak kristal, mengalir melalui formasi batuan semula jadi yang menawan. Apa yang lebih penting, kejernihan air dan suasana hutan yang tenang menjadikannya lokasi ideal untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, dan fotografi alam. Walau bagaimanapun, bagi keluarga yang membawa anak kecil, mereka dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Hal ini bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Rumusan

Taman Rekreasi Lubuk Kain

adalah destinasi yang sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dan menikmati keindahan alam semula jadi. Sama ada untuk berkelah, bermandi-manda, atau sekadar menikmati keindahan alam, taman rekreasi ini pasti memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.