Muzium Negeri Terengganu
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
YouTube: Mohd Faizal Mohd Rashid
Muzium Negeri Terengganu
“Destinasi Sejarah dan Budaya di Asia Tenggara”
Pengenalan
Kompleks Muzium Negeri Terengganu, terletak di Kampung Bukit Losong, adalah muzium terbesar di Asia Tenggara. Ditubuhkan pada tahun 1976 dan berkuatkuasa pada 1 November 1977, sebagai usaha untuk memelihara dan mempamerkan warisan sejarah dan budaya negeri Terengganu. Penubuhan muzium ini adalah hasil daripada inisiatif kerajaan negeri Terengganu untuk mendokumentasikan dan memulihara artifak serta warisan kebudayaan negeri yang kaya. Muzium ini menempatkan Batu Bersurat asli yang dijumpai pada tahun 1303 di Kampung Buluh, Hulu Terengganu, yang menjadi bukti bahawa Terengganu merupakan salah satu negeri pertama yang mengamalkan undang-undang Islam. Menjejaki Sejarah Muzium ini merupakan pengalaman yang menarik bagi mereka yang gemar tentang sejarah budaya dan warisan Terengganu.
Sejarah PenubuhanMuzium
Fasa Pertama
Kerja-kerja pembinaan Kompleks Muzium baru bermula pada tahun 1985 dalam lima fasa. Fasa 1 melibatkan kerja-kerja infrastruktur seperti penyediaan jalan-jalan masuk utama, longkang-longkang, pembinaan jambatan, dan tempat letak kereta. Penyediaan dan pembaikan tanah juga dilakukan untuk menstabilkan lereng bukit.
Fasa Kedua
Pada tahun 1986, Fasa II dilaksanakan dengan kerja-kerja seni taman seperti penanaman pokok hiasan, pembinaan ‘retaining wall’ dan laluan pejalan kaki. Pemindahan dan penempatan semula empat rumah tradisional, iaitu Istana Tengku Long, Rumah Tele, Rumah Bujang Berpeleh, dan Rumah Hajjah Ngah Aishah turut dilakukan.
Fasa Ketiga
Pada tahun 1988, Fasa III melibatkan pembinaan Muzium Maritim I (Galeri Pelayaran dan Perdagangan) serta penempatan semula dua perahu besar, Sabar dan Kemajuan.
Fasa Keempat
Fasa Kelima
Fasa V menyaksikan pembinaan Muzium Maritim II. Bermula dengan tiga kakitangan pada 1979 dan Kurator sebagai Pengarah pada 1981, muzium ini dibuka pada 20 April 1996 oleh Sultan Mahmud. Kini, Muzium Negeri dengan hampir 200 kakitangan terus berperanan penting dalam pembangunan negeri.
Tentang Muzium
Muzium Negeri Terengganu secara rasmi dibuka kepada umum pada 20 April 1996 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu yang ke-17 pada masa itu. Pembukaan muzium ini menandakan satu pencapaian besar dalam usaha pemuliharaan dan pendidikan warisan budaya negeri Terengganu.
Pada peringkat awal penubuhannya, Muzium Negeri menumpang di satu sudut bekas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, yang pada masa itu telah menjadi Pejabat Ketengah, di atas Bukit Che Long di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu. Pengambilan kakitangan bermula pada tahun 1976 dan ditadbir oleh seorang pegawai dari Bahagian Pentadbiran Am, Pejabat Setiausaha Kerajaan yang bertindak sebagai Setiausaha Lembaga Muzium Negeri. Muzium ini mula berdiri dengan identiti tersendiri setelah pelantikan seorang Kurator pada September 1981, yang kemudiannya dikenali sebagai Pengarah pada tahun 1985.
Sejak itu, operasi muzium semakin terserlah dan aktif, terutama dalam pengumpulan koleksi dan kerja-kerja penyelidikan. Muzium ini telah membuka dua galeri di bangunan lama ini dan dibuka kepada orang ramai setiap hari pada waktu pejabat. Walaupun keadaan fizikal bangunan kurang sesuai, prestasi muzium yang cemerlang telah menyedarkan Kerajaan Negeri bahawa institusi ini perlu diberi perhatian serius. Hasilnya, pada awal tahun 1980an, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyediakan peruntukan bagi pembinaan Kompleks Muzium baru di atas tapak seluas 27 hektar (67 ekar) di Kampung Bukit Losong, Mukim Paloh, Kuala Terengganu. Kawasan ini terdiri daripada muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat buah rumah tradisional, serta taman botani dan taman ulam.
Muzium ini adalah berdasarkan saranan UNESCO yang menetapkan beberapa kriteria tertentu untuk pembinaan muzium
Tempat yang tenteram dan nyaman ini memberikan suasana harmoni yang sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan.
Keadaan ini memberi ruang untuk pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan permuziuman.
Ruang yang luas dan sesuai adalah penting untuk sebuah muzium, memudahkan perancangan untuk menjadikannya lengkap dan menarik.
Konsep & Reka Bentuk Muzium
Konsep reka bentuk awal yang dipilih ialah Rumah Tele atau Rumah Bujang Berserambi, dengan ciri utama ‘fascia’ hadapannya dikenali sebagai pemeleh dan panel dinding berukir. Bangunan ini direka untuk kelihatan seperti berdiri di atas tiang dengan ruang masuk melalui tangga terangkat, menyerupai rumah tradisional kampung. Bahan serta ukiran kayu digunakan untuk menambah keaslian dan estetika.
Perancangan susun atur ruang bagi bangunan utama ini mengandungi 4 blok yang bersambung dengan ruang communal sebagai laman pameran. Rangkaian bangunan ini menggambarkan satu keluarga besar yang berkembang dari blok utama, menunjukkan suasana akrab antara ahli keluarga. Jambatan penghubung antara blok melambangkan hubungan erat antara ibu bapa dan anak-anak. Susun atur ini juga diharapkan memberikan laluan menarik dan selesa kepada pengunjung, membolehkan mereka bergerak antara blok. Di dalam bangunan, pengunjung menikmati suasana mekanikal, manakala di jambatan penghubung, mereka menikmati suasana segar dan nyaman.
Bangunan ini dibina menghadap sungai dalam paksi Timur Barat, berdasarkan konsep pengangkutan tradisional menggunakan jalan air. Jeti dibina untuk pengunjung datang melalui sungai. Sebuah lagun buatan sebagai kolam bayangan “fantasy pool” dibina berhampiran tebing sungai, mengurangkan konsep ukuran bangunan kepada ukuran kemanusiaan.
PerkembanganPembinaan Kompleks Baru
Menyedari keperluan untuk ruang yang lebih besar dan lebih baik untuk menempatkan koleksi yang semakin bertambah, kerajaan negeri memutuskan untuk membina sebuah kompleks muzium yang baru dan lebih moden. Pada tahun 1994, pembinaan muzium di Bukit Losong bermula. Kompleks baru ini dirasmikan pada tahun 1996 dan direka dengan seni bina tradisional Melayu yang mengagumkan. Ia terdiri daripada beberapa bangunan yang dihubungkan oleh jambatan kayu, mencerminkan keindahan dan keunikan seni bina Melayu tradisional.
Galeri Muzium
Galeri Islam
Menampilkan artifak dan manuskrip yang berkaitan dengan sejarah perkembangan Islam di Terengganu.
Galeri Sejarah
Saksikan pelbagai artifak arkeologi dan pertembungan budaya di Galeri Sejarah Terengganu.
Galeri DiRaja
Menampilkan koleksi kain songket, batik, dan tekstil tradisional yang menjadi kebanggaan Terengganu.
Galeri Petronas
Memaparkan asal-usul minyak dan gas, model kilang, pelantar minyak, dan kehidupan pekerja, serta menyediakan dewan teater video industri.
Galeri Tekstil
Menampilkan koleksi kain songket, batik, dan tekstil tradisional yang menjadi kebanggaan Terengganu.
Galeri Kraf
Menawarkan kegemilangan industri kraftangan tradisional dengan teknologi dan kemahiran bermutu tinggi.
Kepelbagaian Aktiviti,Pameran
Muzium maritim dan muzium perikanan memberikan wawasan mendalam tentang sejarah maritim dan kekayaan laut Terengganu. Kompleks ini juga dikelilingi oleh landskap taman yang menawan, memaparkan kegemilangan Terengganu dengan sejarah budayanya yang kaya. Pameran tentang tradisi anyaman hingga seni ukiran kayu yang halus menonjolkan kepelbagaian warisan seni dan kraf negeri ini.
Muzium Negeri Terengganu aktif mengadakan pelbagai aktiviti dan program seperti pameran seni lukis, bengkel penyediaan kotak koleksi perhiasan diri, dan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti PETRONAS Pantai Timur. Acara ‘Bermalam di Muzium’ menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung, menjadikan muzium ini lebih daripada sekadar tempat pameran.
Penggunaan Ruang
Bangunan Muzium Utama merangkumi empat blok bangunan utama yang diilhamkan oleh Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah. Ia terdiri daripada empat blok iaitu Blok A, B, C, dan D. Keluasan keseluruhan lantai adalah 75,750 meter persegi, manakala keluasan lantai ruang pameran ialah 27,272 meter persegi.
Blok yang tertinggi dan juga merupakan blok utama, terdiri daripada lima tingkat. Sebahagian daripada ruang Blok A, iaitu di tingkat dua, tiga, dan empat menempatkan galeri pameran tetap. Tingkat satu digunakan untuk ruang kuratorial, perpustakaan, dan surau, manakala tingkat bawah dikhaskan untuk ruang stor koleksi dan makmal fotografi. Pintu masuk utama pelawat terletak di tingkat dua blok ini.
Kawasan blok ini digunakan sepenuhnya untuk ruang pameran, menempatkan tiga galeri pameran tetap.
Terdiri daripada empat tingkat dan digunakan untuk pelbagai fungsi seperti
- Ruang pameran sementara
- Sebuah galeri pameran tetap
- Bilik pentadbiran
- Bilik mesyuarat
- Makmal sumber alam
- Makmal pemuliharaan
- Bilik persidangan
- Bengkel ketukangan.
Terletak di bahagian paling belakang menyediakan ruang untuk Dewan Teater yang boleh memuatkan seramai 220 orang pada satu-satu masa.
Reka bentuknya menampilkan seni bina rumah tradisional Melayu dengan panel dinding berukir dan tiang-tiang. Kompleks ini juga menghadap sungai untuk memudahkan akses melalui jalan air. Terdapat sebanyak sebelas buah galeri pameran di bangunan utama. Antaranya termasuklah Galeri Tekstil, Kraf, Sejarah dan Pra-Sejarah, DiRaja, Islam, Sumber Alam dan Ekonomi, Pameran Sementara, Petroleum, Menteri Besar, Galeri Perikanan dan Taman Laut, serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan. Selain itu, di kawasan Kompleks Muzium juga terdapat lima buah rumah tradisional dan taman ubat-ubatan yang boleh dilawati dan dikunjungi oleh pelawat.
Cara Ke Sana
Muzium ini mudah diakses dengan kereta dan terdapat banyak tempat letak kereta disediakan untuk pelawat. Pengangkutan awam seprti bas dan teksi juga boleh digunakan untuk ke muzium ini. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu menjadikannya mudah diakses oleh pelancong dan penduduk tempatan.
Kemudahan Kepada Pengunjung
Untuk kemudahan pengunjung, muzium ini dilengkapi dengan kafe yang menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan, kedai cenderamata yang menjual barangan kenangan, dan kawasan rehat yang nyaman. Terdapat juga kemudahan tempat letak kereta yang luas, menjadikan lawatan ke muzium ini lebih selesa dan mudah. Bagi kemudahan pelawat, tempat seperti wakaf, bangku-bangku tempat duduk, dan surau turut disediakan.
Destinasi Wajib Dikunjungi di Muzium Negeri Terengganu
Muzium Negeri Terengganu adalah bukti komitmen negeri Terengganu dalam memlihara dan mempromosikan warisan budaya dan sejarahnya. Sejak penubuhannya, muzium ini telah berkembang menjadi salah satu muzium paling penting di Malaysia, menarik pelawat dari dalam dan luar negara. Dengan koleksi yang kaya dan program pendidikan yang berterusan, Muzium Negeri Terengganu terus memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan penyebaran warisan budaya di Terengganu.
Blog Tempat Bersejarah
“Terokai Sejarah & Warisan Terengganu”
Kisah Pulau Bidong: Sejarah Pelarian Vietnam
Tempat Menarik di Kuala Terengganu untuk Lawatan Sehari
Menjejaki Sejarah di Muzium Negeri Terengganu
Sejarah Muzium Kemaman
Jelajah Arkeologi Gua Bewah
Menggali Khazanah Pulau Duyong
Senarai Kemudahan
- Gerai Jualan
- Internet Tersedia
- Kamera Keselamatan
- Parkir Motorsikal
- Sistem Penggera
- Surau
- Tandas Awam
- Tempat Duduk Luaran
- Tempat Letak Kereta