📍 Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Rantau Abang merupakan lokasi ikonik di Terengganu yang terkenal dengan sejarah pendaratan penyu, khususnya penyu belimbing. Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati suasana pantai yang tenang, malah berpeluang mengenali lebih dekat kehidupan penyu melalui pameran, informasi konservasi dan aktiviti pelepasan anak penyu pada musim tertentu.
“Rasa macam pengalaman rare yang tak semua orang dapat. Tengok anak penyu dilepaskan ke laut, sambil belajar tentang kehidupan penyu yang penuh keajaiban.”







































