Bas My

BAS.MY TERENGGANU

Dahulu dikenali sebagai myBas


Nak ke mana? Pilih laluan BAS.MY Terengganu

BAS.MY – Intro + Ciri Premium (Combined)
BAS.MY Terengganu

Memudahkan Perjalanan Anda di Negeri Terengganu

Pengangkutan awam yang efisien memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran mobiliti harian masyarakat, khususnya di kawasan bandar dan luar bandar. Di Terengganu, BAS.MY Terengganu menjadi penyelesaian utama, menghubungkan penduduk luar bandar ke bandar serta memudahkan perjalanan pelancong dan pekerja.

Perkhidmatan ini direka khas untuk menghubungkan penduduk di luar bandar dengan pusat bandar, membolehkan mereka mendapatkan akses lebih mudah kepada pelbagai keperluan harian seperti pekerjaan, pendidikan, dan kemudahan kesihatan.

Pekerjaan Pendidikan Kesihatan
Tonton Video
YouTube: APADchannel
Kenapa Pilih BAS.MY

Pengalaman Menaiki Bas Yang Lebih Baik

Setiap perjalanan direka untuk keselesaan, keselamatan dan kemudahan anda — dari bayaran sampai ke destinasi.

01

Pembayaran Mudah

Bayar guna tunai, kad, QR atau e-wallet dengan pantas tanpa leceh.

02

Paparan LED

Info nombor & destinasi bas yang jelas, terang dan mudah dibaca.

03

Akses Mesra OKU

Lantai rendah dan ramp khas untuk kemudahan kerusi roda.

04

Mesra Alam

Teknologi enjin Euro 5 & bas elektrik rendah emisi karbon.

05

Ciri Keselamatan

Dilengkapi CCTV depan & belakang demi keselamatan penumpang.

06

Pas Khas

Nikmati diskaun kad konsesi & pas perjalanan tanpa had 30 hari.

07

Aplikasi Pintar

Rancang & jejak perjalanan anda secara langsung dengan app BAS.MY.

08

Info Online

Semak jadual & laluan terkini di laman web rasmi kami bila-bila masa.

Gesek untuk lihat lagi
Peta Laluan BAS.MY Terengganu – Power Redesign
Peta & Laluan

Peta Laluan BAS.MY Terengganu

Peta penuh bagi semua laluan BAS.MY Kuala Terengganu kini tersedia dalam format PDF. Anda boleh melihat atau mencetak dokumen tersebut dengan klik butang di sebelah.

T10

Kuala Terengganu Jeti Merang

T11A

Kuala Terengganu Batu Rakit

Pagi

T11B

Kuala Terengganu Batu Rakit

Petang

T100

Bandaraya Kuala Terengganu

Laluan dalam bandar

T20

Kuala Terengganu Bukit Payong

via Pasir Panjang

T21

Kuala Terengganu Bukit Payong

via Sungai Rengas

T22

Kuala Terengganu Kuala Berang

T30

Kuala Terengganu Marang

via Chendering (UiTM)

T31

Kuala Terengganu Marang

via Kedai Buluh

Peta Laluan dan Jadual Perjalanan BAS.MY Terengganu

Cara Bayar & Langgan

Cara Pembayaran BAS.MY

Pilih pas perjalanan yang sesuai dengan anda — Kad 30 Hari tanpa had, atau Kad Konsesi tambang percuma untuk golongan layak.

Kad 30 Hari

RM30/ 30 hari

Pas perjalanan bernilai RM30 untuk penggunaan perkhidmatan BAS.MY tanpa had selama 30 hari. Khas untuk warganegara Malaysia yang mahukan perjalanan harian lebih menjimatkan.

Warganegara Malaysia

Terbuka kepada semua warganegara tanpa syarat tambahan.

Semua Golongan Umur

Tiada had umur untuk memohon kad ini.

Pengguna Harian

Digalakkan kepada mereka yang menggunakan BAS.MY setiap hari.

Tanpa Had

Naik sebanyak mana kali pun dalam tempoh 30 hari.

Cara Memohon

Bawa dokumen berikut ke kaunter/kiosk BAS.MY terdekat:

MyKad / MyTentera diterima
  • MyKad / MyTentera

Harga dan syarat tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk kaunter/portal rasmi BAS.MY untuk pengesahan terkini.

Kad Konsesi BAS.MY (hadapan & belakang)

Kad Konsesi

PERCUMAgolongan layak

Pas perjalanan tambang percuma BAS.MY untuk pelajar, warga emas, OKU & mahasiswa.

Pelajar 7–17 Tahun

Kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah/menengah termasuk pelajar tingkatan 6.

OKU (JKM)

Orang Kelainan Upaya berdaftar dengan JKM.

Pelajar IPT

Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, Matrikulasi, Institut Latihan & IPG.

Warga Emas

Berumur 60 tahun ke atas.

Cara Memohon

Bawa dokumen berikut ke kaunter/kiosk BAS.MY terdekat:

  • MyKad / MyKid / MyTentera
  • Kad OKU (JKM) yang masih sah laku
  • Kad pelajar yang masih sah laku

Kaunter Pendaftaran BAS.MY

Mohon Kad 30 Hari atau Kad Konsesi anda terus di kaunter rasmi di bawah.

Lokasi Kaunter
Terminal MBKT, Kuala Terengganu
Pengendali
MARA Liner Sdn Bhd

Jangan lupa bawa dokumen berkaitan: MyKad / MyTentera / Kad OKU / Kad Pelajar.

Bayar Tambang Ikut Pilihan Anda

Pilih cara pembayaran paling sesuai — sama ada tunai, kad debit/kredit, atau kod QR. Perjalanan anda kini lebih lancar dan mesra pengguna.

Wang Tunai

Ringgit Malaysia

Kad 30 Hari / Konsesi

Tap kad di mesin

Kad Debit / Kredit

Contactless payment

Kod QR DuitNow

Imbas & bayar

Kadar Tambang Bas Henti-Henti

Selain Kad 30 Hari dan Kad Konsesi, pengguna juga boleh membayar tambang secara sehala bagi setiap perjalanan. Kadar ini berdasarkan tambang bas berhenti-henti berhawa dingin di Semenanjung Malaysia mengikut pekeliling rasmi LPKP.

Kadar Tambang

RM0.94bagi 2 kilometer pertama
RM0.094bagi setiap atau sebahagian kilometer berikutnya

Percuma & Separuh Harga

Percuma
  • Kanak-kanak bawah 7 tahun
½ Separuh Harga
  • Pelajar beruniform sekolah
  • Warga emas 60 tahun ke atas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)

Perhatian! Jadual tambang bagi setiap laluan BAS.MY boleh dirujuk dalam bas. Pastikan anda meminta resit pembayaran setiap kali bayaran dibuat.

Bas BAS.MY Kuala Terengganu BAS.MY Kuala Terengganu

Pengangkutan Awam Untuk Semua

BAS.MY Terengganu ialah perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) yang dikendalikan oleh MARA Liner Sdn Bhd. Inisiatif ini menawarkan pengangkutan awam yang lebih efisien, selesa dan boleh diharap dengan tambang berpatutan — menyokong mobiliti harian rakyat Terengganu dan meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat.

Pematuhan Perkhidmatan

Tepat Pada Waktu

Bas dijadualkan rapi untuk berlepas dan tiba mengikut masa.

Laluan Dijamin

Semua perjalanan ikut laluan rasmi tanpa perubahan tidak sah.

27 Buah Bas

Terdiri daripada bas mini low floor mesra OKU.

Kekerapan Tinggi

30–60 minit waktu puncak, 90 minit luar waktu puncak.

Kelebihan BAS.MY

Kenapa BAS.MY (myBAS) Terengganu jadi pilihan ramai untuk perjalanan harian.

Akses mudah BAS.MY Terengganu

1. Akses Mudah ke Bandar & Luar Bandar

BAS.MY (myBAS) Terengganu memudahkan perjalanan dari kawasan luar bandar ke pusat bandar dan sebaliknya, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan sendiri.

Tambang berpatutan BAS.MY Terengganu

2. Tambang Berpatutan

Perkhidmatan BAS.MY (myBAS) Terengganu menawarkan tambang yang berpatutan, menjadikannya pilihan terbaik dan alternatif bagi mereka yang ingin berjimat dalam perbelanjaan harian.

Keselesaan penumpang BAS.MY Terengganu

3. Keselesaan dan Keselamatan Terjamin

Bas yang digunakan dalam perkhidmatan ini direka untuk memberikan keselesaan kepada penumpang, selain memastikan keselamatan dalam setiap perjalanan.

Mesra alam BAS.MY Terengganu

4. Mesra Alam

Penggunaan pengangkutan awam seperti BAS.MY (myBAS) membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta pencemaran udara, menjadikannya pilihan yang lebih mesra alam.

Tips Sebelum Naik BAS.MY

Tiga langkah mudah untuk perjalanan yang lancar.

1. Semak Jadual dan Laluan

Pengguna boleh menyemak laluan dan jadual perjalanan melalui laman web rasmi BAS.MY atau aplikasi yang disediakan.

2. Naik Bas di Hentian yang Disediakan

Terdapat hentian bas khas bagi setiap laluan, memastikan penumpang dapat menaiki dan turun dari bas dengan mudah.

3. Bayaran Tambang

Penumpang boleh membuat bayaran menggunakan tunai atau kaedah pembayaran elektronik bergantung kepada kemudahan yang disediakan oleh pengendali.

Gesek untuk lihat lagi
BAS.MY Kuala Terengganu
Pusat Jualan Pas

Boleh Buat Belian Pas Perjalanan Anda Sekarang!

Senarai kaunter pendaftaran BAS.MY. Jangan lupa bawa dokumen berkaitan seperti MyKad / MyTentera / Kad OKU / Kad Pelajar.

1

Jangan Lupa Bawa

MyKad / MyKid / MyTentera / Kad OKU / Kad Pelajar semasa proses pembelian pas perjalanan BAS.MY.

2

Jualan Setiap Hari Khamis

Kaunter jualan pas perjalanan dibuka setiap hari Khamis untuk Kad 30 Hari atau Kad Konsesi.

3

Sila Datang Terus Ke

Terminal Bas MBKT dan terus masuk ke dalam BAS.MY khas untuk membuat pembelian Kad 30 Hari atau Kad Konsesi.

Pembelian Selain Hari Khamis

Sila ke MARA Liner HQ Chendering untuk membuat pembelian pas perjalanan.

Jenama Perkhidmatan

Dikenali dengan jenama perkhidmatan myBAS sebelum ini, perkhidmatan bas di bawah program SBST dijenamakan semula mulai tahun 2024 sebagai BAS.MY sempena pengenalan reka corak bas berwarna merah jambu yang ceria dan menarik.

2015 – 2023 Reka bentuk lama myBAS myBAS Kuala Terengganu

Rekabentuk Lama myBAS

Reka bentuk asal yang digunakan dari 2015 hingga 2023 — myBAS Kuala Terengganu.

VS
Mulai 2024 Reka bentuk baru BAS.MY BAS.MY baru yang lebih ceria

Rekabentuk Baru BAS.MY

Warna merah jambu yang lebih ceria dan menarik — BAS.MY baru bermula 2024.

Terminal Bas Kuala Terengganu (MBKT)

Terminal Bas Kuala Terengganu (MBKT)

Kemudahan: Terminal Bas Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penumpang, termasuk tandas, surau, kawasan menunggu berbumbung, dan kaunter tiket. Terdapat juga medan selera berhampiran terminal untuk kemudahan penumpang.

Pilihan Pengangkutan ke Terminal MBKT

Penumpang boleh menggunakan perkhidmatan BAS.MY Terengganu untuk ke Terminal MBKT melalui laluan seperti T100 (Kuala Terengganu City Feeder), T10, T11, T20, T21, T22, T30 dan T31. Selain itu, perkhidmatan teksi dan e-hailing seperti GrabCar juga tersedia untuk kemudahan penumpang.

Lokasi Hentian BAS.MY

Cari hentian BAS.MY di Kuala Terengganu dengan mudah melalui Google Maps.

Hentian BAS.MY Kuala Terengganu

Tekan butang di bawah untuk navigasi terus.

Lihat di Google Maps

Maklumat Tambahan

Perkhidmatan BAS.MY Terengganu dikendalikan dengan kerjasama pihak berikut.

Hubungi Operator

Perkhidmatan BAS.MY Terengganu dikendalikan oleh MARA Liner Sdn Bhd. Sebarang pertanyaan mengenai pas perjalanan, kaunter pendaftaran atau aduan — kami sedia membantu.

Soalan Lazim

Soalan Lazim BAS.MY Terengganu

Semua yang anda perlu tahu tentang perkhidmatan BAS.MY Terengganu — laluan, tambang, pas perjalanan dan cara hubungi.

Umum

BAS.MY Terengganu ialah perkhidmatan bas henti-henti awam yang beroperasi di kawasan Kuala Terengganu dan beberapa laluan utama sekitarnya. Perkhidmatan ini membantu orang ramai bergerak dengan lebih mudah menggunakan pengangkutan awam.

BAS.MY Terengganu sering dikenali sebagai Bas Pink kerana bas ini menggunakan warna merah jambu/pink yang mudah dikenali oleh pengguna jalan raya dan penumpang.

Pengendali BAS.MY Terengganu ialah MARA Liner Sdn. Bhd.

Laluan & Destinasi

BAS.MY Kuala Terengganu mempunyai 8 laluan utama yang meliputi 4 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam paparan laluan, sesetengah laluan seperti Batu Rakit dipecahkan kepada T11A dan T11B mengikut waktu operasi pagi dan petang.

Laluan BAS.MY Terengganu merangkumi:

T10Kuala Terengganu – Jeti Merang
T11AKuala Terengganu – Batu Rakit (Pagi)
T11BKuala Terengganu – Batu Rakit (Petang)
T20Kuala Terengganu – Bukit Payong melalui Pasir Panjang
T21Kuala Terengganu – Bukit Payong melalui Sungai Rengas
T22Kuala Terengganu – Kuala Berang
T30Kuala Terengganu – Marang melalui Chendering / UiTM
T31Kuala Terengganu – Marang melalui Kedai Buluh
T100Loop Bandaraya Kuala Terengganu

Ya. Pengguna boleh menggunakan laluan T10 Kuala Terengganu – Jeti Merang untuk ke kawasan Jeti Merang.

Ya. Laluan ke Batu Rakit disediakan melalui T11A pada waktu pagi dan T11B pada waktu petang.

Ya. Laluan T22 menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Berang.

Ya. Terdapat dua laluan ke Marang iaitu T30 melalui Chendering / UiTM dan T31 melalui Kedai Buluh.

Ya. Laluan T100 ialah laluan loop Bandaraya Kuala Terengganu yang sesuai untuk pergerakan dalam kawasan bandar.

Operasi & Bas

Kekerapan bas adalah sekitar 30 hingga 60 minit pada waktu puncak dan sekitar 90 minit pada waktu luar puncak. Pengguna digalakkan menyemak jadual semasa sebelum memulakan perjalanan.

BAS.MY Terengganu menggunakan 27 buah bas mini low floor bagi menyokong operasi laluan di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya.

Perkhidmatan BAS.MY Terengganu menggunakan bas mini low floor yang lebih mudah dinaiki, terutama untuk pengguna harian, warga emas dan komuniti setempat.

Tambang & Pas

Pengguna boleh membayar tambang menggunakan wang tunai, Kad 30 Hari, Kad Konsesi, kad debit/kredit atau kod QR DuitNow, bergantung kepada kemudahan yang tersedia.

Kad 30 Hari ialah pas perjalanan bernilai RM30 yang membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan BAS.MY tanpa had selama 30 hari.

Kad 30 Hari terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa had umur. Kad ini sesuai untuk pengguna harian yang kerap menggunakan BAS.MY.

Pengguna perlu membawa MyKad atau MyTentera ke kaunter atau kiosk BAS.MY terdekat untuk tujuan permohonan Kad 30 Hari.

Kad Konsesi BAS.MY ialah pas perjalanan tambang percuma untuk golongan tertentu seperti pelajar, warga emas, OKU dan mahasiswa yang layak.

Kad Konsesi BAS.MY terbuka kepada pelajar berumur 7 hingga 17 tahun, OKU berdaftar dengan JKM, pelajar IPT, dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Hubungi

Untuk pertanyaan berkaitan perkhidmatan BAS.MY Terengganu, pengguna boleh menghubungi MARA Liner Sdn. Bhd. di talian 019-217 9072 atau emel [email protected].

Tiada soalan yang sepadan. Cuba kata kunci lain.

Masih ada soalan?

Hubungi operator BAS.MY, MARA Liner Sdn. Bhd. — kami sedia membantu.