Pulau Redang & Kuala Terengganu bukan sekadar pintu masuk ke pulau-pulau indah Pantai Timur, tetapi gabungan lautan jernih, Taman Laut memukau dan juga warisan budaya. Bagi keluarga dengan masa terhad, percutian 3 hari 2 malam sudah memadai untuk snorkeling di Redang, santai di Long Beach, dan meneroka mercu tanda ikonik di Kuala Terengganu.
Rancang Itinerari Percutian Keluarga Anda
Dalam panduan ini, kami menyusun jadual perjalanan 3 Hari 2 Malam yang padat, teratur dan mesra kanak-kanak agar setiap detik menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
Rasai Sendiri Pesona Terengganu
Sebelum melangkah lebih jauh dalam itinerari, saksikan keindahan Pulau Redang dan bandar Kuala Terengganu menerusi lensa kami.
Apa Itinerari Percutian?
Maksud Itinerari Percutian
Itinerari percutian ialah satu rancangan perjalanan yang disusun mengikut urutan masa dan aktiviti semasa bercuti. Ia mengandungi maklumat terperinci seperti:
- Tarikh & masa aktiviti
- Lokasi yang akan dilawati
- Cadangan tempat makan
- Aktiviti yang boleh dilakukan
- Masa rehat atau perjalanan antara lokasi
Tujuan itinerari adalah untuk membimbing pelancong supaya perjalanan lebih tersusun, tidak membuang masa, dan memastikan semua tempat menarik dapat dilawati dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Percutian 3H2M Di Pulau Redang dan Kuala Terengganu
Ramai tidak tahu sebenarnya anda boleh ke pulau Redang dengan menaiki bot di jeti Pulau Warisan dan jeti Taman Tamadun Islam (TTI). Kedua-dua jeti tersebut menyediakan tempat letak kenderaan yang luas serta berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu. Pulau Redang dan Kuala Terengganu mempunyai banyak tempat yang menarik. Disini kami senaraikan beberapa aktiviti yang ada boleh lakukan semasa berkunjung:

Pulau Redang
Laut biru kristal dan pasir putih halus dengan kawasan pantai yang landai. Taman Laut (Marine Park) kaya hidupan, terbaik untuk snorkeling dan skuba. Resort tepi pantai sediakan pelbagai pakej menarik memudahkan pelancong merancang ativiti yang ingin dirasai. Suasananya tenang dan berfokus kepada alam semula jadi menjadikan destinasi percutian keluarga.
- 🏄♀️ Aktiviti: Snorkeling, island hopping, kayak, jungle trekking, BBQ pantai, movie night (anjuran resort).
- 🛥 Waktu Bot Operasi: Berlepas (8:00am, 9:30am, 10:30am, 1:00pm, 3:00pm), Pulang (9:00am, 11:00am, 2:00pm, 4:00pm). Jadual berubah mengikut musim/operator.

Bandar Kuala Terengganu
Kuala Terengganu memikat dengan warisan dan gaya setempat. Jejaki Kampung Cina, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal, kemudian nikmati senja di Jambatan Angkat. Jalan-jalan makan nasi dagang, keropok lekor, satar, ICT sekitar Seberang Takir. Beli batik dan songket di Pasar Kedai Payang, santai di Pantai Batu Burok bersama keluarga.
- 🛍 Aktiviti: Beli-belah, River Cruise, lawatan sambil belajar, pasar malam, berkelah dan riadah.
- 📍 Lokasi: Taman Tamadun Islam, Mayang Mall, Shahbandar Waterfront, Payang Walk, Kampung Cina, Keropok Lekor Losong dan Pasar Malam Pulau Warisan.
Cadangan 1 : Pantai dan Santai Percutian 3H2M
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 8:30 pagi | Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu — Urus tiket feri & beg (persediaan berlepas). |
| 9:00 pagi | Feri ke Pulau Redang — Perjalanan 1-1.5 jam. Nikmati pemandangan Laut China Selatan sepanjang perjalanan. |
| 10:30 pagi | Pulau Redang — Daftar masuk resort (atau tinggalkan bagasi) & sesi taklimat ringkas resort. |
| 12:00 tengah hari | Resort — Makan tengah hari & rehat sebelum aktiviti petang. |
| 3:00 petang | Snorkeling petang — Trip snorkel anjuran resort ke kawasan terumbu berdekatan (ikan tropika & coral). Alternatif: mandi laut / berehat di pantai. |
| 5:00 petang | Resort — Minum petang (hi-tea) & aktiviti bebas: bola tampar pantai, berenang, bina istana pasir. |
| 7:00 malam | Resort — Makan malam (buffet/BBQ makanan laut segar). |
| 8:30 malam | Pantai Redang — Santai keluarga (stargazing, bunyi ombak) atau aktiviti malam resort (tayangan filem, permainan keluarga). |
| 10:30 malam | Resort — Rehat awal untuk aktiviti esok. |
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 7:00 pagi | Resort Pulau Redang — Sarapan pagi. Kemas barang & siap sedia daftar keluar selepas snorkeling. Simpan beg di lobi resort. |
| 9:00 pagi | Taman Laut Pulau Redang (Pulau Pinang Kecil) — Bertolak dengan bot untuk aktiviti snorkeling. Lokasi popular & mesra keluarga untuk sesi snorkel pertama kali. |
| 12:00 tengah hari | Resort Pulau Redang — Kembali, mandi & tukar pakaian. Daftar keluar resort; makan tengah hari sebelum bertolak. |
| 1:00 petang | Feri ke Jeti Shahbandar — Naik feri pulang ke Kuala Terengganu. Nikmati pemandangan pulau kali terakhir. |
| 3:00 petang | Kuala Terengganu — Tiba di Jeti Shahbandar. Daftar masuk hotel bandar & rehat ringkas. |
| 5:30 petang | Pantai Batu Buruk — Santai petang; taman permainan, kuda pusingan, jagung bakar & keropok lekor. |
| 8:00 malam | Bandar Kuala Terengganu — Makan malam: ikan bakar atau sotong celup tepung. |
| 9:00 malam | Jambatan Angkat & sekitar — Aktiviti malam: bergambar di jambatan, menyusuri Pulau Warisan. Balik ke hotel & rehat. |
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 8:00 pagi | Hotel Bandar KT — Sarapan & daftar keluar. Tinggalkan bagasi di kaunter untuk memudahkan pergerakan. |
| 9:00 pagi | Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam — Lawatan & sesi bergambar seni bina kaca/keluli. (Jika sempat, singgah monumen dunia Islam bersebelahan.) |
| 10:30 pagi | Muzium Negeri Terengganu — Jelajah pameran sejarah maritim, artifak Islam & budaya tempatan. |
| 12:30 tengah hari | Bandar Kuala Terengganu — Makan tengah hari: pilihan menu tempatan (Mee Champa/Laksa Terengganu, dsb.). |
| 1:45 petang | Pasar Payang — Beli ole-ole terakhir: batik, songket, keropok & cenderamata. |
| 2:45 petang | Kampung Cina (Chinatown) — Berjalan santai, lorong mural & rumah kedai warisan. OOTD: foto bertema mural & tanglung merah. |
| 3:30 petang | Hotel → Pulang — Ambil bagasi & bergerak pulang. Tamat itinerari. |
Cadangan 2 : Warisan dan Beli-Belah Percutian 3H2M
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 8:30 pagi | Tiba di Kuala Terengganu — Sarapan tempatan (nasi dagang/roti canai). Daftar masuk awal atau simpan beg di hotel. |
| 10:00 pagi | Pasar Payang — Beli batik, songket, keropok & cenderamata. Jalan kaki ke tebing sungai untuk foto. |
| 12:30 tgh hari | Makan tengah hari — Cuba lauk tradisional Terengganu (ikan bakar/mee kampung). |
| 2:00 petang | Muzium Negeri atau Masjid Kristal & TTI — Lawatan budaya/seni bina. Rehat di kafe berdekatan. |
| 4:00 petang | Kampung Cina (Chinatown) — Heritage walk, lorong mural, kedai kopi lama. OOTD & street photography. |
| 6:30 petang | Pulau Warisan — Santai senja; permainan anak, jagung bakar & keropok lekor. |
| 8:00 malam | Makan malam — Nikmati makan malam seperti ikan bakar atau kafe tempatan yang menyediakan pelbagai juadah istimewa. |
| 9:00 malam | Jambatan Angkat — Foto malam dengan lampu LED; lepak tepi sungai/gerai kuih. Balik hotel & rehat. |
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 7:30 pagi | Hotel KT — Sarapan & daftar keluar. Bergerak ke Jeti TTI (datang awal untuk tebus tiket & tagging beg). |
| 9:00–9:30 pagi* | Jeti TTI → Pulau Redang — Naik feri (±1.5–2 jam, bergantung cuaca). Nikmati pemandangan Laut China Selatan. |
| 11:00–11:30 pagi | Tiba di Pulau Redang — Hantar beg/daftar masuk resort (jika bilik belum siap, simpankan beg). Taklimat keselamatan & aktiviti. |
| 12:30 tgh hari | Makan tengah hari di resort — Rehat seketika. |
| 2:30–4:30 petang | Snorkeling Pengenalan — House reef/spot berdekatan (ikan tropika, terumbu). Alternatif: kayak/SUP atau mandi pantai. |
| 5:00 petang | Hi-tea & free & easy — Santai, bina istana pasir, bola tampar pantai, foto golden hour. |
| 7:00 malam | Makan malam resort — Buffet/BBQ makanan laut. |
| Malam | Aktiviti malam — Stargazing di pantai, jalan malam; jika resort sedia: live acoustic / movie night. |
| Hari & Masa | Lokasi / Aktiviti |
|---|---|
| 7:00 pagi | Resort Redang — Sarapan. Kemas & siap sedia daftar keluar selepas aktiviti pagi. |
| 9:00–11:30 pagi | Taman Laut Pulau Redang (Pulau Pinang Kecil) — Trip snorkeling ke Marine Park Centre (mesra keluarga, air tenang). |
| 12:00 tgh hari | Resort — Mandi, tukar pakaian & daftar keluar. Makan tengah hari ringkas / bungkus. |
| 12:30–1:00 tgh hari* | Pulau Redang → Jeti TTI — Feri pulang (anggarkan ketibaan di TTI sekitar 2:00–2:30 petang bergantung jadual/laut). |
| 2:30 petang (±) | Tiba di TTI / Tamat — Ambil kenderaan & bergerak pulang. Jika ada masa, singgah beli kudapan/ole-ole terakhir di bandar. |
* Waktu feri tertakluk kepada operator & musim. Sila semak jadual terkini semasa tempahan.
Galeri Pulau Redang & Kuala Terengganu
Tips Sebelum Bercuti 3H2M Pulau Redang & Kuala Terengganu
1. Rancang Itinerari Awal
Pastikan susun jadual perjalanan dengan jelas. Ini mengelakkan masa terbuang dan membantu menikmati lebih banyak destinasi.
2. Tempah Penginapan Awal
Tempahan awal memastikan anda dapat lokasi strategik berdekatan pusat bandar atau pantai dengan harga yang berpatutan.
3. Periksa Cuaca & Pakaian Sesuai
Cuaca di Terengganu boleh panas terik atau hujan tiba-tiba terutamanya jika merancang aktiviti pantai atau lawatan luar.
4. Kenal Lokasi Parkir & Jalan Alternatif
Jika memandu, ambil tahu kawasan parkir berdekatan destinasi popular. Elakkan waktu puncak dan sediakan jalan alternatif.
Memori yang Panjang
Itinerari Percutian di Pulau Redang dan Kuala Terengganu
Walaupun 2 hari 1 malam itu singkat, tetap cukup untuk menikmati keindahan pantai, merasai juadah tempatan yang sedap, dan menjelajah warisan budaya negeri ini. Dengan itinerari yang terancang, anda boleh padatkan masa dengan aktiviti menarik tanpa terburu-buru. Kuala Terengganu memang sesuai untuk semua. Pendek kata, walaupun sekejap, memori yang dibawa pulang pasti panjang.















