Hari Pelancongan Sedunia 2025: Terokai Pelancongan Terengganu

Sambutan Hari Pelancongan Seluruh Dunia

Setiap tahun pada 27 September, dunia menyambut Hari Pelancongan Sedunia bagi meningkatkan kesedaran global tentang peranan penting pelancongan dalam aspek sosial, budaya, politik dan ekonomi. Bersempena sambutan ini, marilah kita menoleh ke arah Negeri Terengganu, sebuah negeri di Pantai Timur yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, budaya unik, makanan tradisional, serta keramahan rakyatnya yang istimewa.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkongsi maklumat dan poster rasmi sempena Hari Pelancongan Sedunia 2025 di Facebook.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkongsi ucapan penghargaan sempena Hari Pelancongan Sedunia 2025 di halaman Facebook beliau.

Pengenalan Hari Pelancongan Sedunia

Taman Tamadun Islam, Taman Monumen
Taman Tamadun Islam, Taman Monumen

Hari Pelancongan Sedunia

mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) pada tahun 1980. Tarikh 27 September dipilih kerana ia bertepatan dengan hari pengisytiharan Statut UNWTO pada tahun 1970, yang menjadi asas kepada perkembangan industri pelancongan global. Sejak awal, setiap tahun sambutan disertai dengan tema khusus yang selari dengan isu semasa dunia pelancongan.

Aktiviti Kayak di Pulau Perhentian
Pakej Day Trip Pulau Perhentian

Objektif Hari Pelancongan Sedunia

 Tujuan utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran global tentang kepentingan pelancongan dalam aspek ekonomi, sosial, budaya, politik dan kelestarian alam sekitar. Setiap tahun, UNWTO menetapkan tema khas yang selari dengan cabaran dan keperluan semasa dunia pelancongan. Pada tahun 2025, tema yang dipilih ialah “Tourism and Sustainable Transformation” sempena sambutan rasmi peringkat dunia.

Penyu Awang Ambil Gambar

Terengganu: Negeri Cantik, Budaya Menarik

Apabila berbicara tentang pelancongan mampan di Malaysia, Terengganu sering disebut sebagai negeri yang lengkap dengan keindahan alam semula jadi, warisan budaya unik, pelbagai acara setiap tahun serta hospitaliti rakyatnya yang luar biasa. Inilah yang menjadikan Terengganu destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara dengan kepelbagaian fasiliti lengkap bagi para pelancong.

Antara Tarikan Utama Pelancongan Terengganu

Pulau Perhentian Kecil

1. Pantai & Pulau

Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pantai Penarik terkenal dengan pasir putih halus dan air laut yang jernih kebiruan.

Taman Eko Rimba Chemerong 5 Trail hiking 30111000

2. Alam Semula Jadi

Air Terjun Chemerong, Bukit Keluang serta hutan lipur yang mempesona, sesuai untuk aktiviti hutan dan ekopelancongan.

Warisan dan Budaya Terengganu di Lambo Sari 30111651

3. Warisan & Budaya

Batik, songket, permainan tradisional serta seni ukiran kayu yang masih dipelihara hingga kini.

4. Makanan Tradisional

Nasi dagang, keropok lekor, satar dan otak-otak yang menjadi kegemaran pelancong.

Namun, semua keindahan ini tidak akan bermakna tanpa rakyat Terengganu yang sentiasa menyambut tetamu dengan senyuman mesra, keikhlasan dan budi bahasa. Inilah kekuatan sebenar negeri ini dalam membentuk sebuah destinasi pelancongan yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga indah dirasai melalui keramahan rakyatnya.

Awang Nelang Terengganu

Hospitaliti: Kekuatan Terengganu yang Sebenar

Ramai pelancong berkongsi pengalaman indah mereka tentang keramahan orang Terengganu. Mereka bukan sahaja disambut dengan senyuman, malah sering dibantu tanpa diminta sama ada dalam memberi arah jalan, menerangkan budaya tempatan atau sekadar menyapa dengan mesra. Inilah kekuatan sebenar Terengganu: rakyat yang berhati mulia, berjiwa besar, dan ikhlas menyambut tetamu.

Tidak kira siapa kita:

  • Pemandu pelancong,

  • Pengusaha chalet,

  • Penjaja kecil,

  • Penggiat seni budaya,

  • Nelayan yang membawa pelancong ke laut,

  • Atau sekadar warga biasa yang menyapa mesra,

Kita semua adalah duta kecil negeri Terengganu.

Pelancongan & Transformasi Mampan di Terengganu

Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025

mengingatkan kita bahawa pelancongan bukan hanya tentang tempat indah, tetapi tentang bagaimana kita memelihara dan mengurusnya dengan bijak. Keindahan yang kita nikmati hari ini harus dijaga dengan penuh amanah supaya generasi akan datang juga dapat merasai pengalaman yang sama.

Di Terengganu, usaha ke arah pelancongan mampan boleh dilihat melalui:

Card Info Hover
Pemeliharaan Ekosistem

Program konservasi penyu di Rantau Abang untuk memelihara laut & pantai.

Penglibatan Komuniti

Kampung tradisional & homestay tawarkan pengalaman autentik pelancongan.

Produk Warisan

Batik, songket & makanan tradisional yang menyokong ekonomi setempat.

Jemput Berkunjung ke Terengganu

Kepada para pelancong, jemputlah datang dan alami sendiri keunikan pelancongan Terengganu. Negeri ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadi, pantai mempesona dan pulau tropika, tetapi juga diperkaya dengan warisan budaya yang menarik. Lebih daripada itu, Terengganu dihidupkan oleh keramahan rakyatnya yang baik-baik, menjadikan setiap kunjungan lebih bermakna. Semoga pengalaman indah di bumi Darul Iman ini menjadi kenangan manis yang kekal sepanjang hayat.

Terengganu menanti anda

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Insya-Allah Orangnya Baik-Baik.

Add a Comment

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda