Sumber YouTube: Explore Malaysia
Pengenalan Pantai di Kuala Nerus
Pantai Teluk Ketapang,
terletak di Kampung Teluk Ketapang serta berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan MahmudΒ di Kuala Nerus. Destinasi pantai ini sempurna bagi pencinta pantai dan makanan. Kawasan ini dikenali dengan kecantikan semula jadinya dan pelbagai kemudahan yang ditawarkan. Oleh itu, pantai ini telah menjadi pilihan utama bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam serta citarasa makanan tempatan,Β sesuai untuk anda yang mahu βbeach + foodβ dalam satu lawatan.
Asal-Usul Nama dan Permukiman
Pantai Teluk Ketapang
Nama βTeluk Ketapangβ dipercayai berasal dari satu teluk atau lekukan pantai di kawasan itu, manakala βKetapangβ merujuk kepada pokok ketapang yang tumbuh berhampiran pesisir pantai. Permukiman di kawasan kampung Teluk Ketapang diasaskan oleh komuniti nelayan. Kajian menyebut bahawa kampung tersebut juga dibuka oleh kaum Bugis dari Kepulauan Riau yang singgah di kawasan itu ketika pelayaran.Β
Destinasi Santai Waktu Petang
Salah satu pemandangan yang paling indah di Terengganu adalah bahawa kebanyakan pantai-pantai memanjang berbatu-batu tanpa bukit atau tanjung untuk memecahkan kesinambungan. Terengganu mempunyai pesisir pantai terpanjang di MalaysiaΒ yang berpanjangan hinggaΒ 244 km. Pantai ini juga bersebelahan dengan Pantai Seberang Takir serta laluan ini juga boleh terus ke lokasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
Destinasi Snek Petang di Terengganu
Pantai Teluk Ketapang
terkenal sebagai destinasi wajib bagi penggemar ICT (Ikan Celup Tepung) iaituΒ hidangan ikonik Terengganu yang digoreng rangup dan dinikmati bersama sos cili, terutama pada waktu petang. Selain ICT, deretan warung di kawasan ini turut menawarkan pelbagai hidangan laut goreng, keropok lekor, keropok keping, dan kuih tradisional Terengganu, menjadikannya lokasi santai yang ideal untuk bersantai sambil menjamu selera.
Kemudahan Dan Aktiviti Rekreasi
Pantai Teluk Ketapang
Selain taman permainan, pantai ini turut dilengkapi dengan banyak pondok rehat yang sesuai untuk pengunjung berehat dan berkelah bersama keluarga. Terdapat juga kemudahan rumah penginapan dengan kadar harga berpatutan bagi mereka yang ingin bermalam di kawasan pantai. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini termasuk menunggang kuda, berkelah, serta bermain layang-layang sambil menikmati suasana angin laut yang mendamaikan.
Destinasi Santai Waktu Hujung Minggu
Pantai Teluk Ketapang
merupakan destinasi pelancongan santai yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan keenakan makanan tempatan. Dengan suasana yang tenang, deretan warung ICT yang terkenal, serta kemudahan lengkap seperti pondok rehat, taman permainan dan penginapan, pantai ini menjadi pilihan ideal untuk percutian keluarga mahupun lawatan singkat. Keaslian budaya Terengganu yang masih terpelihara menjadikan Pantai Teluk Ketapang bukan sekadar tempat bersantai, tetapi juga ruang menikmati warisan citarasa dan kehidupan pesisir pantai yang unik.














