Terengganu di peringkat global
Menjadi platform pelancongan utama untuk mempromosikan keindahan, budaya, dan warisan Terengganu di peringkat global.





Panduan komprehensif yang membawa keindahan, budaya dan warisan Terengganu terus ke mata dunia.
Selamat datang ke Discovery Terengganu, destinasi utama anda untuk semua maklumat pelancongan di negeri Terengganu. Laman web kami direka khas untuk membantu para pelancong mencari tempat menarik yang tersebar di seluruh negeri yang indah ini.
Negeri Terengganu terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budayanya, menawarkan pelbagai pengalaman unik yang pasti memikat hati setiap pengunjung.










Menjadi platform pelancongan utama untuk mempromosikan keindahan, budaya, dan warisan Terengganu di peringkat global.
Meningkatkan kesedaran mengenai destinasi menarik di Terengganu, menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, serta menggalakkan pelancongan lestari yang memberi manfaat kepada komuniti tempatan.
Menyampaikan pengalaman yang asli dan tulen kepada pelancong, menonjolkan budaya, warisan, dan tradisi Terengganu.
Berusaha mencari cara baharu dan mudah untuk memperkaya pengalaman pelancong dengan teknologi yang mesra pengguna.
Mengutamakan hubungan mesra dan kolaborasi yang bermanfaat dengan komuniti tempatan.

Melancarkan kempen iklan berbayar di Facebook, Instagram, dan Google.

Sesi perjumpaan eksklusif bersama hotel dan agensi tempatan.

Menyediakan slot iklan istimewa di laman Discovery Terengganu.

Pasang papan iklan di lokasi tumpuan tempat pelancongan.

Program komuniti Kenali Terengganu untuk melibatkan penduduk tempatan.

Cabaran mingguan menggunakan hashtag unik mempromosikan Discovery Terengganu.

Sistem soal selidik automatik dalam aplikasi dan website untuk kumpul maklum balas.

Tawaran diskaun atau hadiah dengan rakan kongsi bagi muat turun aplikasi.

Pelancaran rasmi Awang AI Chat Bot dan Web untuk kegunaan umum. (Beta)
Kami mempunyai sokongan pelanggan yang membantu tentang perjalanan anda dengan bantuan Robot Awang Intelligent.
Website ini telah dioptimumkan dengan carian SEO yang bagus dan lengkap supaya mudah ditemui secara dalam talian.

Koperasi yang ditubuhkan pada 31 Januari 2023 di Terengganu, terdiri daripada 25 ahli berdaftar dengan motto Bersinergi untuk kejayaan bersama. KOHAYAT berusaha memajukan ekonomi melalui inisiatif proaktif, dan yakin dengan potensi ahli yang memiliki pelbagai kemahiran. Website Discovery Terengganu kini dikuasakan oleh KOHAYAT, mewakili keterlibatan koperasi dalam mempromosikan pelancongan dan ekonomi digital. Bersama, KOHAYAT dan Discovery Terengganu berusaha untuk mengangkat Terengganu sebagai destinasi pilihan yang menyajikan budaya dan kecantikan alam semula jadi yang luar biasa.

DCM adalah syarikat kreatif tempatan yang memegang peranan penting dalam penyediaan gambar dan video untuk projek pelancongan Discovery Terengganu. Di bawah kepakaran Farid Rahim, seorang jurugambar, videografer, dan pereka berpengalaman dalam perisian Adobe Photoshop dan Illustrator, DCM menawarkan visual yang memukau dan berkesan untuk menonjolkan keindahan Terengganu. Sebagai pemilik dan pakar utama di DCM, beliau memastikan setiap karya visual bukan sahaja menarik minat tetapi juga memancarkan keaslian dan keunikan negeri Terengganu.
Bersama, kita semarakkan kebanggaan negeri.







Poster rasmi pengambilan pelajar praktikal kami. Klik untuk paparan penuh.

PT 33847, Tingkat 1, Dataran Tembesu Perdana, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman. Masa kerja 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Elaun disediakan. Tempat tinggal tidak disediakan. Minimum tempoh praktikal 5 bulan dan ke atas.