Cafe terbaik di Terengganu
10 cafe best di Terengganu, port santai Instagrammable
Jomo Eatery, cafe terbaik di Kuala Nerus
Nusuk Cafe, Kuala Nerus
Chibana Cafe, Kuala Terengganu
PastelMonoMY, Kuala Terengganu
Yan Beach Cafe, Marang
Santai Treats, Setiu
Izz's Garden Cafe, Besut
Aurora Coffee House, Dungun
Cafe 10 Gram, Kemaman
Dinung Cafe, Hulu Terengganu

Discovery Terengganu · Panduan Cafe

10 Cafe Terbaik

Terengganu

Panduan 10 cafe terbaik di Terengganu untuk foodie dan coffee lover.

Panduan Cafe · Terengganu

Senarai 10 Cafe Terbaik di Terengganu: Wajib Singgah untuk Foodie & Coffee Lover

Arif Ghani 1:34 pm 9 minit bacaan
10 cafe terbaik di terengganu
Menikmati Foodie and Coffee di suasana yang Cozy

Mencari port lepak santai dengan kopi padu dan suasana Instagrammable di Terengganu?

Artikel ini menyenaraikan 10 cafe terbaik yang wajib anda singgah. Selain terkenal dengan pantai indah dan makanan tradisional seperti keropok lekor dan nasi dagang, Terengganu kini penuh dengan cafe moden yang jadi pilihan foodie dan coffee lover. Dari gaya hipster hingga konsep minimalis, setiap cafe menawarkan pengalaman unik untuk lepak, buat kerja atau sekadar menikmati secawan kopi.

10Cafe pilihan
8Daerah diliputi
4.7Purata rating Google

Video

Antara 10 Cafe Terbaik Di Terengganu

“Pendedahan ringkas mengenai 10 Cafe Terbaik di Terengganu.”

[Video ini telah dirakam oleh The Nelang Cafe, dan kami kongsikan di sini bagi memberi gambaran suasana tempat 10 Cafe Terbaik di Terengganu.]

Kredit video: The Nelang Cafe
Sumber: Youtube (Port Makan Paling Best di Terengganu | The Nelang Cafe)

Senarai Cafe

10 Cafe. 8 Daerah.
1. Jomo EateryKuala Nerus

1. Jomo Eatery

Terkenal dengan suasana cozy minimalis dan menu kreatif yang menggabungkan cita rasa Barat dengan sentuhan tempatan. Kopi mereka memang padu, sementara pilihan makanan seperti Chicken Roulade, pasta, croissant cube dan aneka dessert menjadikannya tempat ideal untuk santai, melepak bersama kawan dan keluarga. Dengan ruang yang selesa dan minimalist dengan lampu yang cantik, JOMO Eatery sering disebut antara kafe terbaik di Kuala Nerus.

No. Telefon
017 228 5089
Waktu Operasi
Sabtu hingga Khamis 10.00am hingga 7.30pm, 8.00pm hingga 11.00pmJumaat Tutup
Rating Google
★★★★☆ (4.6/5)
Ke Google Maps / Waze
2. Nusuk CafeKuala Nerus

2. Nusuk Cafe

Kafe ini membawa European vibes dengan sentuhan hiasan moden yang elegan serta menu kopi premium yang memikat. Selain menawarkan pelbagai pilihan minuman berkualiti, mereka juga terkenal dengan kek homemade yang bukan sahaja cantik dipandang malah penuh dengan rasa yang enak. Bagi penggemar media sosial, dekorasi kafe yang instagrammable dan sajian yang estetik sememangnya sesuai dijadikan konten menarik untuk feed dan story anda.

No. Telefon
018 900 3117
Waktu Operasi
Khamis hingga Selasa 4.00pm hingga 11.00pmRabu Tutup
Rating Google
★★★★☆ (4.7/5)
Ke Google Maps / Waze
4. PastelMonoMYKuala Terengganu

4. PastelMonoMY

Bagi yang suka suasana tenang dan dekor pastel, PastelMonoMY memang healing spot terbaik. Menu kopi seperti cappuccino dan flat white digabungkan dengan pilihan kek yang cantik dan sedap. Ruang yang cerah sesuai untuk ambil gambar atau baca buku.

No. Telefon
011 1122 6153
Waktu Operasi
Khamis hingga Selasa 11.00am hingga 8.15pmJumaat 9.00am hingga 12.30pm, 3.00pm hingga 8.15pmRabu Tutup
Rating Google
★★★★☆ (4.7/5)
Ke Google Maps / Waze
5. Yan Beach CafeMarang

5. Yan Beach Cafe

Pemandangan suasana santai yang menenangkan jiwa. Di sini, pengunjung boleh menikmati pilihan kopi premium, kek homemade yang enak, serta hidangan ringan. Setiap sajian terasa lebih istimewa apabila dinikmati sambil menghirup angin laut yang segar dan melihat ombak beralun perlahan. Kafe ini menjadi destinasi yang sempurna untuk melepak bersama rakan, atau sekadar mencari ketenangan sambil menikmati panorama indah tepi pantai.

No. Telefon
013 921 5424
Waktu Operasi
Selasa hingga Ahad 11.00am hingga 7.00pmIsnin Tutup
Rating Google
★★★★☆ (4.5/5)
Ke Google Maps / Waze
6. Santai TreatsSetiu

6. Santai Treats

Port lepak tepi pantai yang sempurna untuk meluangkan masa sambil menikmati kopi sedap dan pemandangan laut yang menenangkan. Dengan suasana santai, angin sepoi sepoi bahasa dan aroma kopi yang harum, ia sesuai untuk sesi minum petang, berborak bersama kawan atau sekadar ‘me time’ menikmati keindahan pesisir pantai Terengganu.

No. Telefon
017 875 0316
Waktu Operasi
Rabu hingga Isnin 3.00pm hingga 11.00pmSelasa Tutup
Rating Google
★★★★☆ (4.6/5)
Ke Google Maps / Waze
7. Izz's Garden CafeBesut

7. Izz's Garden Cafe

Kafe ini menawarkan suasana santai ala taman yang dipenuhi dekorasi hijau menyegarkan. Hidangan kopi premium dan dessert yang cantik serta instagrammable pula menambahkan tarikan, sesuai untuk anda yang gemar merakam gambar menarik untuk media sosial. Kafe ini juga dikenali sebagai port lepak terbaik di kawasan ini untuk berkumpul bersama rakan atau keluarga. Pilihan sempurna bagi mereka yang ingin menikmati masa bersendirian sambil membaca, bekerja, atau sekadar berehat dari kesibukan harian.

No. Telefon
011 3336 6915
Waktu Operasi
Selasa hingga Ahad 12.00pm hingga 11.00pmJumaat 3.00pm hingga 11.00pmIsnin Tutup
Rating Google
★★★★☆ (4.5/5)
Ke Google Maps / Waze
8. Aurora Coffee HouseDungun

8. Aurora Coffee House

Destinasi santai yang menawarkan gabungan suasana moden dan nyaman, sesuai untuk melepak bersama rakan atau keluarga. Menu di sini menampilkan pelbagai pilihan makanan Barat dan tempatan, termasuk ayam goreng rangup, pasta, burger, kek homemade serta kopi yang dibru segar. Kelebihan Aurora Coffee House terletak pada dekorasi yang Instagrammable, layanan mesra, dan lokasi strategik yang mudah diakses, menjadikannya pilihan tepat untuk bersantai sambil menikmati hidangan berkualiti.

No. Telefon
019 767 7682
Waktu Operasi
Khamis hingga Selasa 9.00am hingga 7.00pmRabu Tutup
Rating Google
★★★★☆ (4.5/5)
Ke Google Maps / Waze
9. Cafe 10 GramKemaman

9. Cafe 10 Gram

Kafe moden hipster ini sering disebut sebagai antara port terbaik di Kemaman terkenal dengan suasana santai, kopi yang kreatif, dan menu menarik seperti pizza serta kopi ‘fotogenik’. Konsep hipster moden, menu kekal segar (pizza & kopi), waktu lepak fleksibel sesuai sebagai port santai atau tempat content sosial media

No. Telefon
010 455 3984
Waktu Operasi
Sabtu hingga Khamis 8.30am hingga 11.00pmJumaat 3.00pm hingga 11.00pm
Rating Google
★★★★☆ (4.5/5)
Ke Google Maps / Waze
10. Dinung CafeHulu Terengganu

10. Dinung Cafe

Kafe estetik yang terletak berhampiran pejabat TNB Kuala Berang. Istimewa kerana menyajikan mee rebus Terengganu, kombinasi unik antara menu tempatan dengan suasana santai ala kafe. Ia merupakan tempat untuk seronok dan lepak sambil bungkus mood kampung urban.

No. Telefon
014 753 8040
Waktu Operasi
Sabtu hingga Khamis 4.00pm hingga 11.00pmJumaat Tutup
Rating Google
★★★★★ (5/5)
Ke Google Maps / Waze

Kesimpulan

Kesimpulan 10 Cafe Terbaik di Terengganu

Cafe pilihan ini bukan sahaja menawarkan menu sedap dan pelbagai, tetapi juga suasana unik untuk bersantai bersama keluarga atau rakan. Setiap lokasi mempunyai identiti tersendiri, daripada pemandangan laut, dekorasi moden, sentuhan rustik hingga tema kreatif yang mesra kamera. Sama ada di tepi pantai, di bandar atau di kawasan kampung yang tenang, semuanya memberi pengalaman lengkap menikmati hidangan enak.

Burung camar terbang melayang,Hinggap sebentar di pohon cemara,Cafe Terengganu tempat tersayang,Secawan kopi nikmat tiada tara.

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Dari Blog Kami

Cerita Lain Dari Terengganu

Jeti Kuala Besut: Parking Bermalam, Harga Bot & Jadual

Jeti Kuala Besut: Parking Bermalam, Harga Bot & Jadual

Baca artikel
Pulau Terengganu Tutup Bulan Berapa? Panduan 2026/27

Pulau Terengganu Tutup Bulan Berapa? Panduan 2026/27

Baca artikel
Cuaca Terengganu Ikut Bulan & Bila Musim Tengkujuh

Cuaca Terengganu Ikut Bulan & Bila Musim Tengkujuh

Baca artikel
Resort Tepi Pantai di Terengganu: Pilihan Ikut Bajet

Resort Tepi Pantai di Terengganu: Pilihan Ikut Bajet

Baca artikel
Tak Pandai Berenang, Boleh Snorkeling? Panduan Pemula

Tak Pandai Berenang, Boleh Snorkeling? Panduan Pemula

Baca artikel
Belanjawan 2027 Terengganu: Setiu, Kenyir, Tenggol & Bidong

Belanjawan 2027 Terengganu: Setiu, Kenyir, Tenggol & Bidong

Baca artikel
10 Kedai Nasi Dagang Terengganu Paling Sedap & Popular

10 Kedai Nasi Dagang Terengganu Paling Sedap & Popular

Baca artikel
3H2M Pulau Redang & Kuala Terengganu untuk Keluarga

3H2M Pulau Redang & Kuala Terengganu untuk Keluarga

Baca artikel
Naga Pelangi: Kapal Tradisional Terengganu Yang Mendunia

Naga Pelangi: Kapal Tradisional Terengganu Yang Mendunia

Baca artikel
Nak Tengok Penyu Bertelur? Ini Spot Terbaik di Terengganu

Nak Tengok Penyu Bertelur? Ini Spot Terbaik di Terengganu

Baca artikel
Kisah Pulau Bidong: Sejarah Pelarian Vietnam

Kisah Pulau Bidong: Sejarah Pelarian Vietnam

Baca artikel
Sekolah Tertua di Terengganu? Senarai Sekolah yang Menyimpan Sejarah

Sekolah Tertua di Terengganu? Senarai Sekolah yang Menyimpan Sejarah

Baca artikel
Pior Ganu: Aroma Kampung & Rasa Klasik Terengganu

Pior Ganu: Aroma Kampung & Rasa Klasik Terengganu

Baca artikel
Sambung belajar di Terengganu? Senarai Universiti di Terengganu

Sambung belajar di Terengganu? Senarai Universiti di Terengganu

Baca artikel
Pulau Perhentian : Keajaiban Alam di Pantai Timur Malaysia

Pulau Perhentian : Keajaiban Alam di Pantai Timur Malaysia

Baca artikel
Pulau Bidong : Lautan Biru yang Menyimpan Seribu Satu Cerita

Pulau Bidong : Lautan Biru yang Menyimpan Seribu Satu Cerita

Baca artikel
Pulau Kapas: Destinasi ‘Healing’ Terbaik di Pantai Timur

Pulau Kapas: Destinasi ‘Healing’ Terbaik di Pantai Timur

Baca artikel
5 Lokasi Percutian Keluarga di Terengganu Paling Popular

5 Lokasi Percutian Keluarga di Terengganu Paling Popular

Baca artikel
7 Lokasi Air Terjun Terbaik di Terengganu

7 Lokasi Air Terjun Terbaik di Terengganu

Baca artikel
6 Pulau Menarik Di Terengganu Selain Redang Dan Perhentian

6 Pulau Menarik Di Terengganu Selain Redang Dan Perhentian

Baca artikel
7 Port Healing Terbaik di Terengganu untuk Tenangkan Jiwa

7 Port Healing Terbaik di Terengganu untuk Tenangkan Jiwa

Baca artikel
6 Tempat Makan Paling Cantik di Terengganu

6 Tempat Makan Paling Cantik di Terengganu

Baca artikel
Nasi Lemak Ikan Tongkol
Kuih Loklik: Kuih Tradisi Terengganu yang Wajib Anda Cuba

Kuih Loklik: Kuih Tradisi Terengganu yang Wajib Anda Cuba

Baca artikel
Rumah Tradisional Terengganu: Warisan Seni Bina Melayu

Rumah Tradisional Terengganu: Warisan Seni Bina Melayu

Baca artikel
Bot Tradisional Terengganu: Warisan Budaya dan Simbol Kehidupan Nelayan

Bot Tradisional Terengganu: Warisan Budaya dan Simbol Kehidupan Nelayan

Baca artikel
Gamelan Melayu: Sejarah dan Keindahan Irama Tradisional

Gamelan Melayu: Sejarah dan Keindahan Irama Tradisional

Baca artikel
Roti Paung Terengganu
Songket Terengganu: Seni Tenunan Tradisional Melayu yang Unik

Songket Terengganu: Seni Tenunan Tradisional Melayu yang Unik

Baca artikel
Laksa Terengganu: Laksa Kuah Putih & Merah

Laksa Terengganu: Laksa Kuah Putih & Merah

Baca artikel
01/ 30