Warisan Kemanusiaan 1978Jejak Pelarian: Pahit Manis Pulau Bersejarah
Pulau ini bukan sekadar destinasi indah tetapi lembaran hidup yang menyimpan kisah perjuangan manusia. Pada tahun 1978, pulau ini menjadi tempat perlindungan kepada ribuan pelarian Vietnam yang melarikan diri dari pergolakan selepas perang. Ketika itu, pulau kecil ini menerima lebih daripada empat puluh ribu pelarian, menjadikannya antara kem pelarian terbesar di Asia Tenggara di bawah seliaan UNHCR dan kerajaan Malaysia.
Setiap sudut pulau menyimpan kenangan yang menyentuh hati. Di celah kehijauan hutan dan pantai sunyi masih berdiri sisa-sisa binaan konkrit, papan tanda Vietnam serta tangga batu menuju ke kawasan perkampungan lama.
Ia menjadi saksi bisu kepada jerih payah dan semangat hidup insan yang pernah menumpang di bumi asing demi mencari harapan baru.