Kuala Berang, Hulu Terengganu
1. Air Terjun Sekayu
Air Terjun Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu
Air Terjun Sekayu adalah antara tarikan alam paling popular di Terengganu, terletak di Hutan Lipur Sekayu. Menawarkan tujuh tingkat air terjun yang cantik, kolam semula jadi yang jernih, serta suasana hutan tropika yang mendamaikan. Kawasan ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pondok rehat, taman bunga, tapak perkhemahan, tandas awam, surau, dan chalet untuk penginapan.
- Kelebihan utama: Tujuh tingkat air terjun, kolam mandi semula jadi, kemudahan lengkap, sesuai untuk keluarga & berkhemah
- Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (setiap hari)
- Harga masuk: RM2 hingga RM3 (dewasa), RM1 (kanak kanak)
- Parking: Disediakan berhampiran pintu masuk, percuma untuk pengunjung
"Airnya sejuk, tempatnya tenang, sesuai untuk seisi keluarga berehat sambil menikmati alam."Klik Disini Untuk Ketahui Lebih Lanjut

















