Semak Bantuan Terengganu

Semak 127 bantuan dalam 2 minit tanpa IC: zakat MAIDAM, Yayasan Terengganu, STR, SARA, JKM dan lain-lain. Siap dengan sebab layak, had kifayah, dokumen dan pautan mohon rasmi.

Zakat MAIDAM (43)

Negeri Terengganu (32)

Persekutuan (52)

Soalan lazim

Adakah Semak Bantuan Terengganu laman rasmi kerajaan?

Tidak. Ia alat bebas oleh Discovery Terengganu. Permohonan dibuat terus di laman rasmi agensi, dan pautan disediakan pada setiap bantuan.

Adakah jawapan saya disimpan atau dihantar?

Tidak. Padanan dikira dalam pelayar anda. Tiada nama atau nombor IC ditanya, dan jawapan hilang bila tab ditutup.

Bagaimana had kifayah MAIDAM dikira?

Pendapatan kasar isi rumah ditolak jumlah keperluan asas setiap ahli ikut kadar rasmi MAIDAM (Buku Garis Panduan Agihan Zakat 2024), berbeza bagi bandar dan luar bandar. Jika kurang, anda mungkin asnaf fakir atau miskin; keputusan muktamad ikut siasatan MAIDAM.

Adakah keputusan semakan ini jaminan kelulusan?

Tidak. Ia panduan berdasarkan syarat yang diterbitkan agensi. Kelulusan ditentukan oleh agensi berkenaan.

Berapa kerap maklumat bantuan dikemas kini?

Setiap bantuan ada tarikh semakan dan pautan sumber rasmi. Kemas kini terakhir: 12 November 2026.