1. Dataran Batu Putih & Lembah Nisang

Dataran Batu Putih
Lokasi tepi laut yang menjadi pilihan santai penduduk tempatan dan pelancong. Di sini anda boleh menikmati pemandangan indah Selat Pulau Kapas sambil menjamu selera di gerai-gerai yang menawarkan makanan laut segar, keropok lekor dan pelbagai hidangan tempatan. Terletak di laluan utama Marang, tempat ini mudah diakses dan sesuai untuk singgahan santai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lihat Dataran Batu Putih
Lembah Nisang
Terletak bersebelahan Dataran Batu Putih, Lembah Nisang terkenal dengan Kopi Nisang Asli by Cikna yang unik berperisa kampung dan sering tular di media sosial. Dikelilingi suasana kampung yang tenang dan kehijauan, tempat ini sesuai untuk berehat, menikmati kopi, bergambar atau meluangkan masa santai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Lihat Lembah Nisang
































































