Ingin lari dari kesibukan di bandar dan nikmati suasana alam yang mendamaikan, tetapi masih mahukan keselesaan seperti hotel? Di negeri Terengganu yang kaya dengan pantai, pulau dan budaya, terdapat banyak lokasi tapak perkhemahan yang menawarkan pemandangan yang indah.
Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 tempat glamping menarik di Terengganu yang popular dan paling mendapat pujian pelawat. Sesuai untuk anda yang sukakan alam semula jadi tanpa perlu berkompromi soal keselesaan.
Glamping ialah singkatan daripada perkataan “glamorous camping” iaitu cara berkhemah moden yang menggabungkan suasana alam semula jadi dengan keselesaan seperti hotel. Berbeza dengan camping tradisional yang memerlukan anda pacak khemah sendiri, tidur atas tikar dan kongsi tandas awam. Glamorous camping ini menyediakan khemah mewah siap pasang dengan:
Katil sebenar dan bantal empuk
Kipas atau penyaman udara
Bilik air persendirian atau kongsi yang bersih
Lampu, plug point, dan kadangkala WiFi
Kemudahan BBQ, kelengkapan hammock, kolam renang dan banyak lagi
Dengan adanya aktiviti perkhemahan berkonsepkan moden ini, anda masih boleh menikmati keindahan pantai, bukit atau hutan tetapi tanpa perlu mengorbankan keselesaan. Ramai orang di Malaysia kini memilih aktiviti ini kerana ia sesuai untuk seisi keluarga, perjumpaan reunion, dan juga individu yang ingin merehatkan minda tanpa perlu bersusah payah.

📍 Pantai PIR, Pulau Perhentian Besar, Besut
Juita Glamping adalah pilihan paling popular bagi mereka yang ingin merasai pengalaman tidur di tepi pantai tropika dengan pemandangan laut biru jernih. Khemah di sini lengkap dengan katil empuk, kipas, hammock, dan sarapan pagi disediakan. Terletak di hujung Pantai PIR, suasana damai sangat sesuai untuk bulan madu atau keluarga kecil.
✅ Aktiviti utama: Snorkeling, jungle trekking, hammock santai, berenang, island hopping
⭐ Rating: 9.2/10 (Booking.com)
💰 Harga anggaran: RM180/malam (2 pax)
“Tempat ini memang cantik seperti laut depan mata, staf peramah dan makanan sedap!”

📍 Kg. Mangkuk, Penarik, Setiu
Glamping mewah tepi pantai dengan kelengkapan moden seperti penyaman udara, bilik air dalam khemah, tab mandi terbuka, TV pintar, dan dapur mini. Rembulan Escape terkenal dengan suasana aman dan pengalaman ‘healing’ sebenar. Lokasinya juga berhampiran gerai Ikan Celup Tepung (ICT) terkenal di Penarik!
✅ Aktiviti utama: BBQ, bersantai di pantai, lawatan ke kampung nelayan, memancing
⭐ Rating: 9.0/10 (Booking.com)
💰 Harga anggaran: RM500/malam (muat 4 orang)
“Macam tinggal dalam hotel, tapi menghadap laut sebenar. Private, sunyi, terbaik untuk tenangkan jiwa.”

📍 Kg. Mangkuk, Setiu (antara sungai & laut)
Satu-satunya lokasi glamping yang menghadap kedua-dua pemandangan laut dan muara sungai. Khemah berhawa dingin, bilik mandi peribadi, kolam renang dan akses ke pantai persendirian menjadikannya pilihan terbaik untuk percutian keluarga. Juga menawarkan aktiviti snorkelling di Redang dan cruise menyusuri Sungai Setiu.
✅ Aktiviti utama: Berenang, snorkeling, stargazing, boat ride, sukan pantai
⭐ Rating: 8.1/10 (Google/Booking)
💰 Harga anggaran: RM350–400/malam (2-3 pax)
“Healing di dua pemandangan sekali gus — sunrise di laut, sunset di sungai. Pengalaman luar biasa!”

📍 Pantai Merchang, Marang
Lokasi unik yang memerlukan anda menaiki bot 5 minit untuk sampai ke tapak glamping persendirian yang dikelilingi laut dan sungai. Sesuai untuk pencinta alam yang mahukan pengalaman ‘camping sebenar’ dengan bajet rendah tapi selesa. Terdapat bell tent dengan kipas dan katil, serta kemudahan asas lengkap seperti tandas, surau dan dapur.
✅ Aktiviti utama: BBQ, memancing, stargazing, sunrise & sunset, hammock
⭐ Rating: 4.2/5 (Google)
💰 Harga anggaran: RM30/pax (tapak) atau RM150/malam (bell tent)
“RM30 pun dah boleh bermalam di tempat secantik ini! Tenang, bersih dan sangat memuaskan hati.”

📍 Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu
Untuk anda yang mencari glamping bajet di tepi pantai tetapi masih berhampiran bandar, TW Campstay adalah tempat sesuai. Terletak hanya 15 minit dari bandar Kuala Terengganu, lokasi ini mesra keluarga, selamat dan lengkap dengan kemudahan asas. Anda boleh bawa khemah sendiri atau sewa.
✅ Aktiviti utama: BBQ, kayaking, camping, mandi pantai, aktiviti keluarga
⭐ Rating: 4.0/5 (Facebook/Google)
💰 Harga anggaran: RM25/pax
“Port camping bajet terbaik – kemudahan cukup, view cantik, sesuai bawa anak-anak.”
Negeri Terengganu menawarkan pelbagai lokasi tapak perkhemahan yang dikelilingi alam semula jadi seperti Pulau Perhentian, hingga ke pantai indah seperti Penarik dan Marang. Berikut antara sebab kenapa glamping di Terengganu menjadi pilihan orang ramai:





Bila sebut pasal bercuti di tengah alam semula jadi, dua perkataan pasti muncul iaitu “camping” dan “glamping”. Tiada yang lebih baik antara camping atau glamping kerana ia bergantung kepada gaya hidup anda. Jika anda mahukan pengalaman lebih semula jadi dan kasar, camping mungkin sesuai. Tapi jika anda mahukan ketenangan, keselesaan dan gaya, glamping adalah jawapan terbaik. Berikut merupakan perbezaan ringkas bagi clamping dan glamping.
| Aspek | Camping | Glamping |
|---|---|---|
| Tempat Tidur | Tikar, sleeping bag | Katil empuk, kipas/aircond |
| Khemah | Pacak sendiri | Sedia pasang, hiasan cantik |
| Tandas | Kongsi awam / tiada | Peribadi / kongsi bersih |
| Kemudahan Elektrik | Biasanya tiada | Ada plug, lampu, WiFi |
| Makanan | Masak sendiri / BBQ | Dapur lengkap disediakan |
| Aktiviti | Hiking, jungle trekking | Santai, hammock, fotografi |
| Kos | Lebih murah | Lebih mahal tapi selesa |
| Sasaran | Outdoor lovers, survival | Keluarga, pasangan, beginner |
Pastikan cuaca baik sebelum bertolak. Bawa pakaian sesuai seperti jaket, raincoat dan kasut tahan basah.
Cuti sekolah dan hujung minggu biasanya cepat penuh. Tempah awal untuk mendapatkan lokasi perkhemahan terbaik.
Sesetengah lokasi tiada elektrik siang hari. Bawa powerbank dan headlamp untuk kegunaan malam.
Rancang menu dan bawa bahan siap perap. Makanan sedap menjadikan mood ceria sepanjang glamping.
menawarkan pengalaman percutian yang unik, menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan keselesaan moden. Dari pantai tropika di Pulau Perhentian hingga ke kampung nelayan di Setiu dan Merchang, pelancong boleh menikmati penginapan selesa seperti khemah berhawa dingin, pemandangan laut, serta aktiviti santai seperti snorkeling, BBQ dan stargazing. Ia sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun pencinta alam yang mahukan percutian damai tanpa mengorbankan keselesaan.

Berkhemah mewah di tepi perahu,
Angin lembut menyapa kedamaian.
Glamping di Terengganu tak pernah jemu,
Alam indah, hatipun tenang.