Pulau Redang Terengganu air laut jernih sempena Hari Pelancongan Sedunia 2025
Drawbridge Kuala Terengganu mercu tanda pelancongan Terengganu
Keindahan alam semula jadi Terengganu destinasi pelancongan mampan
Tarikan pelancongan Terengganu bagi pelancong dalam dan luar negara
Pelita Raya Terengganu warisan budaya unik negeri Terengganu

Hari Pelancongan Sedunia 2025: Terokai Pelancongan Terengganu

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Insya-Allah Orangnya Baik-Baik.

World Tourism Day 2025

Sambutan Hari Pelancongan Seluruh Dunia

Setiap tahun pada 27 September, dunia menyambut Hari Pelancongan Sedunia bagi meningkatkan kesedaran global tentang peranan penting pelancongan dalam aspek sosial, budaya, politik dan ekonomi. Bersempena sambutan ini, marilah kita menoleh ke arah Negeri Terengganu, sebuah negeri di Pantai Timur yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, budaya unik, makanan tradisional, serta keramahan rakyatnya yang istimewa.

Poster Hari Pelancongan Sedunia 2025 Terokai Pelancongan Terengganu Tema 2025 · Tourism and Sustainable Transformation
Tonton

Terengganu Dalam Satu Tayangan

Rasai suasana negeri Terengganu sebelum anda menjejakkan kaki ke bumi Darul Iman.

Video pelancongan Terengganu sempena Hari Pelancongan Sedunia
Sorotan Rasmi

Kata Mereka Tentang Pelancongan Terengganu

Jabatan Perangkaan Malaysia
Memuatkan siaran Facebook…
Dr Ahmad Samsuri
Memuatkan siaran Facebook…
Latar Belakang

Pengenalan Hari Pelancongan Sedunia

Hari Pelancongan Sedunia

mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) pada tahun 1980. Tarikh 27 September dipilih kerana ia bertepatan dengan hari pengisytiharan Statut UNWTO pada tahun 1970, yang menjadi asas kepada perkembangan industri pelancongan global. Sejak awal, setiap tahun sambutan disertai dengan tema khusus yang selari dengan isu semasa dunia pelancongan.

Objektif Hari Pelancongan Sedunia

Tujuan utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran global tentang kepentingan pelancongan dalam aspek ekonomi, sosial, budaya, politik dan kelestarian alam sekitar. Setiap tahun, UNWTO menetapkan tema khas yang selari dengan cabaran dan keperluan semasa dunia pelancongan. Pada tahun 2025, tema yang dipilih ialah “Tourism and Sustainable Transformation” sempena sambutan rasmi peringkat dunia.

Ikon penyu Awang Discovery Terengganu

Terengganu: Negeri Cantik, Budaya Menarik

Apabila berbicara tentang pelancongan mampan di Malaysia, Terengganu sering disebut sebagai negeri yang lengkap dengan keindahan alam semula jadi, warisan budaya unik, pelbagai acara setiap tahun serta hospitaliti rakyatnya yang luar biasa. Inilah yang menjadikan Terengganu destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara dengan kepelbagaian fasiliti lengkap bagi para pelancong.

Portal Discovery Terengganu

Mula Terokai Terengganu Dari Sini

Lima pintu masuk utama untuk merancang percutian anda di negeri Terengganu.

Empat Tarikan

Antara Tarikan Utama Pelancongan Terengganu

Pulau Perhentian Kecil pantai pasir putih Terengganu 1

1. Pantai & Pulau

Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pantai Penarik terkenal dengan pasir putih halus dan air laut yang jernih kebiruan.

Air terjun dan hutan lipur alam semula jadi Terengganu 2

2. Alam Semula Jadi

Air Terjun Chemerong, Bukit Keluang serta hutan lipur yang mempesona, sesuai untuk aktiviti hutan dan ekopelancongan.

Warisan dan budaya Terengganu seni ukiran kayu tradisional 3

3. Warisan & Budaya

Batik, songket, permainan tradisional serta seni ukiran kayu yang masih dipelihara hingga kini.

Laksam makanan tradisional Terengganu kegemaran pelancong 4

4. Makanan Tradisional

Nasi dagang, keropok lekor, satar dan otak-otak yang menjadi kegemaran pelancong.

Namun, semua keindahan ini tidak akan bermakna tanpa rakyat Terengganu yang sentiasa menyambut tetamu dengan senyuman mesra, keikhlasan dan budi bahasa. Inilah kekuatan sebenar negeri ini dalam membentuk sebuah destinasi pelancongan yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga indah dirasai melalui keramahan rakyatnya.

Ikon Awang Terengganu simbol hospitaliti rakyat Terengganu

Hospitaliti: Kekuatan Terengganu yang Sebenar

Perarakan Bot Merdeka Terengganu semangat komuniti tempatan
Perhimpunan komuniti RXZ Members 2025 di Terengganu
Keramahan masyarakat Terengganu menyambut pelancong
Kopi Nisang di Lembah Nisang pengalaman autentik Terengganu
Pelita Raya Terengganu tradisi masyarakat tempatan
Lensa Kembara Bandaraya Kuala Terengganu bersama komuniti
Sambutan Pelita Raya Terengganu 2025 warisan budaya
Suasana Pelita Raya Terengganu 2025 pada waktu malam

Ramai pelancong berkongsi pengalaman indah mereka tentang keramahan orang Terengganu. Mereka bukan sahaja disambut dengan senyuman, malah sering dibantu tanpa diminta sama ada dalam memberi arah jalan, menerangkan budaya tempatan atau sekadar menyapa dengan mesra. Inilah kekuatan sebenar Terengganu: rakyat yang berhati mulia, berjiwa besar, dan ikhlas menyambut tetamu.

Tidak kira siapa kita:

  • Pemandu pelancong,
  • Pengusaha chalet,
  • Penjaja kecil,
  • Penggiat seni budaya,
  • Nelayan yang membawa pelancong ke laut,
  • Atau sekadar warga biasa yang menyapa mesra,

Kita semua adalah duta kecil negeri Terengganu.

Sustainable Transformation

Pelancongan & Transformasi Mampan di Terengganu

Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025

mengingatkan kita bahawa pelancongan bukan hanya tentang tempat indah, tetapi tentang bagaimana kita memelihara dan mengurusnya dengan bijak. Keindahan yang kita nikmati hari ini harus dijaga dengan penuh amanah supaya generasi akan datang juga dapat merasai pengalaman yang sama.

Di Terengganu, usaha ke arah pelancongan mampan boleh dilihat melalui:

Pemeliharaan Ekosistem

Program konservasi penyu di Rantau Abang untuk memelihara laut & pantai.

Penglibatan Komuniti

Kampung tradisional & homestay tawarkan pengalaman autentik pelancongan.

Produk Warisan

Batik, songket & makanan tradisional yang menyokong ekonomi setempat.

Awang dan Mek Ara maskot menjemput pelancong ke Terengganu
Jemputan

Jemput Berkunjung ke Terengganu

Kepada para pelancong, jemputlah datang dan alami sendiri keunikan pelancongan Terengganu. Negeri ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadi, pantai mempesona dan pulau tropika, tetapi juga diperkaya dengan warisan budaya yang menarik. Lebih daripada itu, Terengganu dihidupkan oleh keramahan rakyatnya yang baik-baik, menjadikan setiap kunjungan lebih bermakna. Semoga pengalaman indah di bumi Darul Iman ini menjadi kenangan manis yang kekal sepanjang hayat.

Terengganu menanti anda Negeri Cantik, Budaya Menarik, Insya-Allah Orangnya Baik-Baik.
Gambar utama Hari Pelancongan Sedunia 2025 Terokai Pelancongan Terengganu

Terengganu menanti anda
Negeri Cantik, Budaya Menarik, Insya-Allah
Orangnya Baik-Baik.

Afiq Hanif September 29, 2025 3:33 pm No Comments

Terima kasih kerana membantu menyebarkan cerita pelancongan Terengganu.

Seterusnya

Cerita Terengganu Yang Menanti Anda