Nikmati Maidah Al Barakah Ramadan 2026 di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu dengan tema “Selera Tradisi Citarasa Asli” yang menampilkan variasi menu berbeza sepanjang Ramadan sama ada di Restoran Roselle @ Eleven atau Banquet Hall. Tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa seperti Nasi Mandi, Nasi Briyani, aneka sajian kambing, makanan laut, sup gear box, tomyam, bubur lambuk serta pilihan BBQ Whole Lamb dan live cooking terpilih, lengkap dengan aneka sambal, salad, kuih tradisional dan pencuci mulut dalam suasana elegan dan selesa di tengah bandar Kuala Terengganu.
















































