Menerajui Mobiliti Masa Hadapan
Menghubungkan Komuniti, Budaya dan Perniagaan
Selepas berdekad-dekad hanya bergantung pada jalan raya, Terengganu akhirnya dapat 6 stesen kereta api. Gombak ke Kuala Terengganu cuma 2 jam 54 minit dengan Ekspres, tambang bermula RM95. Ini panduan lengkap — harga tiket, jadual perjalanan, stesen mana untuk destinasi mana, apa yang dah disahkan, dan apa yang masih belum.
Kiraan ke 12 Disember 2026 — tarikh operasi komersial Gombak – Kota Bharu, diumumkan Menteri Pengangkutan (20 Oktober 2026). Diskaun 30% Kelas Ekonomi sepanjang sebulan pertama.

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan sekadar projek kereta api — ia antara pelaburan infrastruktur terbesar dalam sejarah negara. Dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Republik Rakyat China di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), ECRL menghubungkan Pantai Timur terus ke nadi ekonomi Pantai Barat.
Di sebalik projek ini: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) selaku pemilik aset, dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) selaku kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).
Lebih daripada sekadar landasan 665 km, ECRL ialah komponen penting strategi kelestarian negara di bawah Rangka Kerja Sukuk SDG — bukti komitmen Malaysia membina masa hadapan yang mampan, dari pantai ke pantai.
Video: ECRL Site Progress as of August 2026 · Malaysia Rail Link
Terminal Bersepadu Gombak
Kota Bharu
KotaSAS
Kuala TerengganuKemudahan stesen — kaunter tiket, ruang menunggu, ruang niaga dan parkir — lihat bahagian Kemudahan Stesen & Dalam Tren.
Imej & video: mrl.com.my · ecrl.com.my · Infografik: Discovery Terengganu
Klik mana-mana stesen untuk lihat lokasi sebenar dan destinasi berdekatan. Tukar ke Seluruh Laluan untuk lihat kesemua 20 stesen dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang.
Peta Terengganu: kedudukan stesen berdasarkan lokasi tapak yang diumumkan · Seluruh Laluan: rajah skematik (bukan ikut skala) berdasarkan banner rasmi EOSB · jarak adalah anggaran jalan raya. Sahkan di Google Maps sebelum bertolak.
Pilih destinasi — kami tunjuk stesen terdekat, jarak, masa memandu dan jenis tren yang berhenti di situ.
Ini bahagian yang paling ramai orang silap. Nama stesen tak semestinya sama dengan lokasi stesen. Kami senaraikan lokasi sebenar supaya anda boleh rancang pengangkutan lanjutan dari awal.
ECRL akan menawarkan dua jenis perkhidmatan penumpang. Beza dia besar, terutamanya kalau anda nak turun di Jerteh, Dungun atau Chukai.
Jadual ECRL (schedule) rasmi: 12 perjalanan sehari (Isnin–Khamis) dan 16 perjalanan sehari (Jumaat–Ahad), dibahagi sama rata bagi setiap arah. Waktu bertolak tepat setiap tren belum diterbitkan.
Masa perjalanan rasmi bagi perkhidmatan Ekspres (henti di 4 stesen utama sahaja) dan Transit (henti di semua stesen), menurut ECRL Operation Sdn Bhd.

Infografik ecrl.com.my — masa perkhidmatan Ekspres. Angka jadual di bawah dari slaid rasmi EOSB (Oktober 2026).
| Laluan | Ekspres | Transit | Jalan raya |
|---|---|---|---|
| Gombak ↔ Kuala Terengganu | 2 jam 54 min | 3 jam 51 min | 6–7 jam |
| Gombak ↔ Kota Bharu | 4 jam | sehingga 5 jam | ~7 jam |
| Gombak ↔ KotaSAS (Kuantan) | 1 jam 27 min | 2 jam 5 min | ~3 jam |
Menurut EOSB, ECRL bersambung dengan KTM ETS / Intercity, KTM Komuter dan LRT Laluan Kelana Jaya. Perincian laluan pejalan kaki antara stesen belum diumumkan.
Tren penumpang ECRL menawarkan tiga kelas. Klik setiap kelas untuk lihat kemudahan dan bilangan tempat duduk.
Gambar sebenar · EOSB
Gambar sebenar · EOSB
Gambar sebenar · EOSBSumber: slaid rasmi ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) — “Set 1” (Kelas Perniagaan + Ekonomi Premium & Ekonomi). Set EMU 6 gerabak yang keseluruhannya kelas ekonomi memuatkan 425 penumpang. Konfigurasi tempat duduk: 2+2 (Perniagaan) dan 3+2 (Ekonomi Premium & Ekonomi). Tambang Kelas Ekonomi dah diumumkan — lihat di bawah; tambang Perniagaan & Ekonomi Premium belum.
Bukan render — ini gambar sebenar tren dan stesen ECRL yang dikongsi ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) dalam jelajah rasmi Oktober 2026.








Krew EOSB membantu dari platform hingga ke tempat duduk — termasuk bantuan menaiki tren dan layanan dalam perjalanan.
Kadar tambang Kelas Ekonomi sehala, seperti dibentangkan ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB). Harga ditunjuk sebagai “bermula serendah” kerana ECRL guna mekanisma tambang dinamik.
Sehala · bermula serendah
Bulan pertama: ~RM66.50 / ~RM77 (diskaun 30%)
Sehala · bermula serendah
Sehala · bermula serendah
Contoh: tiket Transit Gombak – Kuala Terengganu RM95 → ~RM47.50 untuk kanak-kanak, ~RM57 untuk pelajar. Tertakluk terma dan syarat.
Sumber: slaid rasmi ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB), Jelajah Usahawan & Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL, Oktober 2026. Sahkan harga terkini di ecrl.com.my sebelum menempah. Halaman ini bukan laman rasmi ECRL.
Kemajuan setakat kenyataan terkini MRL (18 September 2026), EOSB (Oktober 2026), Menteri Pengangkutan dan exco negeri.
Harga tiket dah keluar, tapi kami tak nak jual mimpi. Ini isu sebenar yang masih terbuka setakat Oktober 2026.
Operasi komersial Gombak – Kota Bharu bermula 12 Disember 2026, seperti diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 20 Oktober 2026 — lebih awal daripada sasaran asal Januari 2027. Sebelum itu, Fault-Free Run bermula 23 Oktober, operasi percubaan awal November dan jualan tiket dibuka pertengahan November 2026. Sempena pelancaran, tiket Kelas Ekonomi didiskaun 30% untuk sebulan pertama.
Tambang Kelas Ekonomi sehala (Transit) dari Gombak bermula serendah: Jerteh RM114, Bandar Permaisuri RM107, Kuala Terengganu RM95, Dungun RM82, Kemasik RM75 dan Chukai RM69. Ke Kota Bharu RM125 dan KotaSAS RM60. Untuk Ekspres: Kuala Terengganu RM110, Kota Bharu RM147, KotaSAS RM68. Kadar sama untuk perjalanan pulang; ECRL guna tambang dinamik, jadi harga sebenar boleh lebih tinggi. Sumber: slaid rasmi EOSB, Oktober 2026.
Dari Gombak ke Kota Bharu, tambang Kelas Ekonomi sehala bermula RM125 (Transit) atau RM147 (Ekspres), masa perjalanan 4 jam dengan Ekspres atau sehingga 5 jam dengan Transit. Ke Kuantan, stesen henti Ekspres ialah KotaSAS: RM60 (Transit) atau RM68 (Ekspres), 1 jam 27 minit dengan Ekspres. Stesen Kuantan Port City pula RM62 (Transit sahaja). Harga ini “bermula serendah” kerana tambang dinamik.
Belum diumumkan secara rasmi. Slaid rasmi EOSB setakat Oktober 2026 hanya menyenaraikan tambang dari Gombak ke setiap stesen. Jadual “anggaran tambang dari semua stesen” yang tular di media sosial ialah kiraan orang awam (beza tambang dari Gombak), bukan kadar rasmi. Sahkan di www.ecrl.com.my apabila jualan tiket dibuka pertengahan November 2026.
Jualan tiket rasmi dibuka pertengahan November 2026 melalui tiga saluran: Aplikasi ECRL, laman web www.ecrl.com.my dan kaunter tiket di stesen ECRL. Tambang dinamik — tempah awal untuk peluang harga terendah.
Ada, untuk Kelas Ekonomi. Promosi pelancaran: diskaun 30% untuk sebulan pertama operasi bermula 12 Disember 2026, bagi orang awam tanpa tambang konsesi (tidak boleh digabung dengan diskaun lain). Diskaun konsesi tetap: 50% untuk kanak-kanak (2–12 tahun), warga emas warganegara Malaysia (60 tahun ke atas), pemegang kad OKU dan pesara kerajaan; 40% untuk pelajar berumur 13–24 tahun. Tertakluk terma dan syarat.
Waktu bertolak setiap tren (jadual penuh) belum diterbitkan setakat Oktober 2026 — semak Aplikasi ECRL atau www.ecrl.com.my apabila jualan tiket dibuka pertengahan November. Yang dah disahkan: 12 perjalanan sehari pada Isnin hingga Khamis (6 setiap arah) dan 16 perjalanan sehari pada Jumaat hingga Ahad (8 setiap arah). Sekitar 2.2 juta tempat duduk disediakan sepanjang 2027.
Dari Stesen Kuala Terengganu (Kg Durian Guling, Marang) ke Terminal Bersepadu Gombak: 2 jam 54 minit dengan Ekspres atau 3 jam 51 minit dengan Transit, berbanding 6–7 jam memandu. Dari Gombak, sambung LRT Laluan Kelana Jaya ke KLCC, Masjid Jamek atau KL Sentral. Masa memandu dari bandar Kuala Terengganu ke stesen (~27 minit) belum termasuk.
Ada. Tren ECRL dilengkapi bilik solat dengan ruang wuduk bersebelahan, bistro, tandas mesra OKU, tempat duduk khas OKU, serta internet 4G, 5G dan Wi-Fi di sepanjang jajaran.
Ada dua pilihan jeti. Melalui Jeti Shahbandar Kuala Terengganu — ~23 km (26 minit) dari Stesen ECRL Kuala Terengganu. Atau melalui Jeti Merang — ~35 km (34 minit) dari Stesen Bandar Permaisuri. Pilih ikut pakej resort anda.
Stesen Jerteh (Kg Alur Keladi) di daerah Besut. Dari situ ke Jeti Kuala Besut lebih kurang 25 km (~30 minit). Ambil perhatian Jerteh adalah stesen transit sahaja — tren ekspres tidak berhenti di situ.
Betul. Selepas jajaran semula, stesen ini dipindahkan ke Kg Durian Guling, daerah Marang, kira-kira 23 km atau 27 minit memandu dari pusat bandar Kuala Terengganu. Ia tetap satu-satunya henti ekspres di negeri ini.
Belum ada yang diumumkan. Peruntukan TOD Fasa 1 sebanyak RM228 juta merangkumi pembangunan terminal transit di enam stesen, tetapi tiada laluan, operator atau tarikh operasi yang disahkan setakat ini.
Tiada perkhidmatan pengangkutan kenderaan penumpang diumumkan. Tren kargo ECRL beroperasi secara berasingan daripada tren penumpang dan tidak diiklankan sebagai perkhidmatan auto-train.
Tiga kelas: Kelas Perniagaan (52 tempat duduk, konfigurasi 2+2), Kelas Ekonomi Premium (95) dan Kelas Ekonomi (262), kedua-duanya 3+2 — jumlah 409 tempat duduk bagi set tren dengan kabin kelas perniagaan, menurut EOSB. Tambang Kelas Ekonomi bermula RM95; tambang Perniagaan dan Ekonomi Premium belum diumumkan.
Belum diumumkan. Setakat Oktober 2026, ECRL hanya mengumumkan tambang Kelas Ekonomi (Gombak – Kuala Terengganu bermula RM95). Kelas Perniagaan mempunyai 52 tempat duduk 2+2, akses ke lounge, laluan khas di pintu pelepasan serta hidangan dan minuman percuma. Harga akan dikemas kini di www.ecrl.com.my.
Aset ECRL dimiliki oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Operasi harian akan dikendalikan oleh ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB), yang sedang mengambil pasukan perintis mereka. Kontraktor pembinaan adalah China Communications Construction Company (CCCC).
Tren penumpang mencapai kelajuan maksimum 160 km/j. Tren kargo pula 80 km/j. ECRL bukan tren laju (high-speed rail) — ia rel antara bandar berkelajuan tinggi konvensional.
Pulau, air terjun, warisan dan makanan — semuanya dalam radius satu jam dari stesen. Terokai destinasi dan pakej pelancongan Terengganu bersama kami.
Terokai Destinasi TerengganuSetiap daerah ada panduan lengkap di Discovery Terengganu. Pilih daerah, dan rancang destinasi anda dari stesen ECRL terdekat.
Stesen Kuala Terengganu
Stesen Kuala Terengganu
Stesen Kuala Terengganu
Stesen Dungun
Stesen Kemasik & Chukai
Stesen Kuala Terengganu
Stesen Bandar Permaisuri
Stesen JertehPulau, tasik, bandaraya warisan, budaya, alam dan pelancongan Islam — pilih kluster yang anda minat, kemudian turun di stesen ECRL yang paling dekat.
Kluster 01 · 8 destinasi
Pulau & Pantai
Air sejernih kristal, pasir seputih kapas.
Pulau RedangPulau PerhentianPulau Kapas
Stesen: Jerteh · Bandar Permaisuri · Kuala Terengganu
Kluster 02 · 7 destinasi
Tasik Kenyir / Kenyir Geopark
Tasik buatan terbesar di Asia Tenggara.
Tasik KenyirPulau PohAir Terjun Lasir
Stesen: Kuala Terengganu · ~1 jam ke Pengkalan Gawi
Kluster 03 · 5 destinasi
KT Bandaraya Warisan Pesisir Air
Di sini, sungai bertemu laut.
DrawbridgePasar PayangKampung Cina
Stesen: Kuala Terengganu · ~23 km ke pusat bandar
Kluster 04 · 8 destinasi
Seni, Budaya, Warisan & Makanan
Ditenun benang emas, dimasak dari laut.
SongketKampung BudayaIstana Maziah
Stesen: Kuala Terengganu
Kluster 05 · 7 destinasi
Alam Semula Jadi & Ekopelancongan
Bermula di puncak, antara kanopi dan kabus.
Setiu WetlandsGunung TebuAir Terjun Sekayu
Stesen: Bandar Permaisuri · Kuala Terengganu
Kluster 06 · 13 destinasi
Pusat Pelancongan Islam
Jejak iman di sepanjang Sungai Terengganu.
Masjid KristalBatu BersuratMasjid Terapung
Stesen: Kuala Terengganu · ~25 km ke Masjid Kristal
Senarai penuh pilihan Discovery Terengganu — dari ikon bandar ke pulau selam.
Penafian: Halaman ini adalah panduan maklumat bebas untuk tujuan perancangan pelancongan dan bukan laman rasmi ECRL. Untuk maklumat rasmi sila rujuk ecrl.com.my dan mrl.com.my. Semua tarikh, jarak dan status adalah tertakluk kepada perubahan.