Pulau Redang
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Pulau Redang

Permata Terengganu Yang Menawan Hati
Pulau Redang,
Salah satu pulau terbesar di pantai timur Semenanjung Malaysia, dikenali sebagai 7 pulau popular di Terengganu dan salah satu pulau tercantik di dunia. Pulau Redang merupakan destinasi eksklusif di perairan Terengganu, terkenal dengan keindahan pantai berpasir putih dan air laut yang jernih kebiruan. Terletak kira-kira 45 km dari Kuala Terengganu, pulau ini menawarkan pelbagai jenis penginapan, dari resort mewah hingga penginapan bajet, menjadikannya sesuai untuk pelancong yang ingin menikmati suasana santai sambil menghayati keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.
Pulau di daerah Kuala Nerus ini memberikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan, terutama bagi mereka yang menggemari keindahan alam semula jadi. Pulau ini terkenal dengan terumbu karang yang indah dan pelbagai aktiviti menyelam serta snorkeling. Sebagai salah satu destinasi impian di Taman Laut Redang, ia menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin mencari ketenangan serta menikmati pesona alam bawah laut yang luar biasa.
Pengenalan Perairan Pulau
Perairan di sekitar Pulau Redang juga menyimpan sejarah penting dengan kehadiran dua bangkai kapal perang, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse, yang telah ditenggelamkan pada permulaan Perang Dunia II. Peristiwa ini mencetuskan permulaan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil, dan Pulau Bidong, juga terletak dalam kawasan perairan Terengganu dan bersempadan dengan Kelantan.
Taman Laut Pulau Redang
Destinasi Snorkeling dan Menyelam Terbaik,
Terletak di dalam kawasan Taman Laut yang digazetkan dan terdiri daripada beberapa pulau kecil di sekitarnya. Taman Laut Pulau Redang yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, memastikan pemeliharaan ekosistem marin dan kehidupan liar yang bernilai tinggi.
Pulau Redang menjadi destinasi popular bagi aktiviti snorkeling dan menyelam dengan keindahan terumbu karang dan hidupan laut yang eksotik. Pengunjung boleh menyaksikan pelbagai spesies ikan tropika dan terumbu karang yang menakjubkan. Jika bertuah, mereka juga berpeluang menyelam bersama penyu-penyu jinak. Aktiviti snorkeling dan menyelam adalah yang paling dinantikan oleh pelancong. Pelbagai tapak snorkeling yang menawarkan pemandangan terumbu karang dan kehidupan marin yang menakjubkan. Semua resort di Redang menyediakan pakej pelancongan yang termasuk sesi snorkeling, lengkap dengan peralatan yang boleh disewa, seperti jaket keselamatan, mask, dan snorkel.
Pengunjung digalakkan untuk menjaga ekosistem laut ini dengan tidak memijak atau merosakkan karang kerana ia adalah khazanah negara yang perlu dilindungi. Kesedaran dan kerjasama daripada pelancong sangat diperlukan untuk memastikan kelangsungan kehidupan marin di sini.
Keindahan Ekosistem Semulajadi
Selain pantai dan terumbu karang, Pulau Redang juga menawarkan pemandangan hutan bakau yang penting dari segi ekologi. Hutan bakau ini membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem antara darat dan laut. Ia menjadikan pulau menarik ini sebagai destinasi percutian yang menyokong kelestarian alam semulajadi. Pulau tercantik ini juga mempunyai biodiversiti yang kaya, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk pencinta alam. Ambil lawatan berpandu melalui hutan hujan yang subur di pulau ini, dan anda akan bertemu dengan pelbagai flora dan fauna eksotik.
Fakta Menarik
Fosil Tumbuhan
Terdapat fosil tumbuhan yang berusia lebih 250 juta tahun di bahagian barat daya Pulau Redang, antara Pasir Macam Ayam dan Pasir Kechil. Ini menunjukkan betapa lamanya pulau ini wujud dan menambah daya tarikannya.
Waktu Terbaik Melancong
Catat
Pulau ini biasanya ditutup semasa musim monsun dari bulan Oktober hingga Mac dan dibuka semula pada bulan April. Bulan-bulan paling popular untuk melawat adalah dari Jun hingga Ogos, di mana cuaca dan keadaan menyelam adalah yang terbaik.
Akses Mudah Ke Pulau Redang
Untuk sampai ke Pulau Redang, pelancong boleh menaiki feri dari Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu dengan perjalanan selama 1 ½ jam atau bot laju dari Jeti Merang yang hanya mengambil masa sekitar 40 minit. Bagi pelancong yang mahu menikmati percutian di beberapa pulau dalam satu lawatan, kawasan pulau ini hanya terletak 30 minit perjalanan bot dari Pulau Perhentian, membolehkan anda melawat kedua-dua pulau dalam satu percutian.
Pantai Dan Tempat Menarik
Keindahan Pulau Redang tidak hanya terhad kepada pantai-pantai yang popular seperti Teluk Dalam, Pasir Telok Kalong dan Pasir Panjang, tetapi juga pantai-pantai terpencil di pesisir barat dan utara pulau seperti Pasir Mak Simpan, Pasir Mak Kepit, dan Pasir Changar Hutang. Pantai-pantai ini juga merupakan kawasan pendaratan penyu, di mana terdapat zon penampan untuk memelihara penyu-penyu yang bertelur di sana. Selain itu, pantai-pantai di kawasan ini menawarkan tempat yang selamat untuk berkhemah, berkelah, dan berenang di perairan cetek yang tenang, menjadikannya sesuai untuk seisi keluarga.
AktivitiPengalamanPelancongan
Pada waktu malam, pelancong boleh memilih untuk bersantai di Pasir Panjang yang terkenal dengan hiburan muzik, atau menikmati suasana tenang di Teluk Kalong sambil menikmati bunyi ombak dan langit berbintang. Bagi mereka yang sukakan aktiviti mencabar, jungle trekking juga ditawarkan, di mana pelancong boleh mendaki ke kawasan-kawasan pandangan tinggi untuk melihat keindahan Pulau Redang dari sudut pandang atas.
Penginapan di Pulau Redang
Pulau ini menawarkan pelbagai jenis penginapan, sesuai untuk semua bajet. Terdapat 15 resort yang beroperasi di sekitar pulau, kebanyakannya di Pasir Panjang, Teluk Kalong, dan Teluk Dalam. Resort-resort ini biasanya menawarkan pakej percutian 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam yang merangkumi penginapan, tambang bot pergi balik, makanan, serta aktiviti seperti snorkeling atau menyelam. Harga pakej bermula dari RM270 hingga RM900 seorang, bergantung pada jenis bilik dan aktiviti yang ditawarkan.
"Keseronokan Semulajadi" di Pulau Redang
Pulau Redang bukan sekadar destinasi percutian pantai biasa. Keindahan semulajadinya yang tiada tandingan, pengalaman snorkeling dan menyelam yang mengagumkan, serta pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan, menjadikan pulau menarik du Terengganu ini sebagai salah satu pulau tercantik di dunia. Setiap pelancong yang berkunjung ke sini pasti akan meninggalkan pulau ini dengan kenangan yang tidak akan dilupakan.
Jadi, sama ada anda ingin berjemur di pantai, menikmati keindahan laut, atau meneroka hutan, pulau ini menjanjikan ‘Keseronokan Semulajadi’ yang sebenar. Tempahlah percutian anda sekarang dan alamilah keajaiban Pulau Redang, syurga tropika serta permata tersembunyi Terengganu.
Senarai Kemudahan
- Gerai Jualan
- Mesra Haiwan Peliharaan
- Parkir Motorsikal
- Tempahan
- Tempat Duduk Luaran
- Tempat Letak Kereta
The place is really good and relaxing, especially at night. They have night show and games which make it enjoyable trip.