1. Warna Langit
Warna langit boleh bertukar keemasan jingga, merah jambu hingga ungu. Hasil biasan cahaya matahari oleh atmosfera.
Terengganu bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantai dan pulau tropikanya, tetapi juga merupakan salah satu destinasi bagi pencinta pemburu matahari terbit (sunrise) dan matahari terbenam (sunset).
Negeri Terengganu sememangnya lokasi terbaik untuk menyaksikan matahari terbit, dan di beberapa tempat tertentu, anda juga dapat menikmati pemandangan matahari terbenam. Kedudukannya yang strategik menjadikannya tarikan istimewa bagi pencinta alam.
[Video ini telah dirakam oleh Hafidz Abdul Kadir, dan kami kongsikan di sini bagi memberi gambaran suasana lokasi sunrise & sunset di Terengganu.]
Kredit video: Hafidz Abdul Kadir
Matahari terbit atau sunrise ialah fenomena apabila bahagian atas matahari mula kelihatan di ufuk timur akibat putaran Bumi. Waktunya berubah mengikut musim, dipengaruhi oleh kedudukan orbit, kemiringan paksi, dan peristiwa astronomi. Di Terengganu, pemandangan matahari terbit menjadi tarikan pelancong kerana suasananya yang segar serta lokasinya strategik.
Matahari dianggap terbit sepenuhnya apabila pusatnya berada kira-kira 50 minit bujur di atas ufuk. Fenomena ini menampilkan perubahan warna langit daripada biru gelap ke ungu, merah jambu, oren, dan biru cerah. Ia menjadikan waktu terbaik untuk aktiviti fotografi dan menikmati ketenangan pagi di Terengganu.
Dalam Islam, waktu subuh bermula apabila muncul fajar sadiq dan berakhir tepat ketika matahari mula terbit. Ia adalah permulaan hari sebelum cahaya matahari kelihatan di ufuk timur.
Matahari terbenam atau sunset ialah fenomena apabila bahagian atas matahari perlahan-lahan hilang di bawah ufuk barat akibat putaran Bumi. Waktunya dipengaruhi oleh kedudukan orbit dan pembiasan cahaya atmosfera. Di Terengganu, pemandangan matahari terbenam sering menjadi tarikan kerana suasana damainya yang menarik.
Secara saintifik, matahari dikira terbenam sepenuhnya apabila pusatnya berada kira-kira 50 minit bujur di bawah ufuk. Fenomena ini menghasilkan peralihan warna langit daripada kuning ke jingga, merah, dan ungu, menjadikannya waktu terbaik untuk fotografi serta menikmati panorama petang di Terengganu sebelum malam menjelma.
Matahari terbenam sepenuhnya bukan sahaja menandakan permulaan malam dalam sistem waktu dunia, tetapi dalam Islam ia adalah penanda bermulanya waktu Maghrib. Ia menjadi peringatan bagi umat Islam untuk menunaikan solat maghrib.
Jika anda berada di pulau-pulau di Terengganu, sudah tentu anda berpeluang menikmati pemandangan matahari terbit (sunrise) dan matahari terbenam (sunset) dengan mudah. Namun, berada di daratan Negeri Terengganu juga tidak kurang hebatnya, kerana masih banyak lokasi terbaik untuk melihat matahari terbit dan terbenam yang menawarkan suasana indah dan menarik.
Terengganu sememangnya terkenal dengan pelbagai spot menarik untuk sunrise dan sunset, tetapi dalam artikel ini kami senaraikan hanya 6 lokasi terbaik melihat matahari terbit dan terbenam di Terengganu iaitu 4 lokasi matahari terbit dan 2 lokasi matahari terbenam yang wajib anda kunjungi.

Terletak di daerah Besut, Bukit Keluang ialah destinasi wajib bagi pencinta alam dan pendaki yang ingin menikmati pemandangan matahari terbit yang memukau. Pendakian singkat selama 20β30 minit akan membawa anda ke puncak dengan panorama laut biru terbentang luas, serta Pulau Redang yang kelihatan di kejauhan.
β° Waktu terbaik: Subuh, ketika cahaya pertama mula memancar di ufuk timur.
π Cadangan aktiviti: Hiking santai, fotografi landskap, berkelah di pantai selepas mendaki.
π‘ Tips: Bawa lampu suluh jika mendaki sebelum subuh untuk keselamatan.

Pantai ini terletak berdekatan Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan lokasi menarik untuk menikmati matahari terbit. Ketika fajar menyingsing, cahaya pertama matahari akan memancar di ufuk timur sambil memantulkan kilauan pada permukaan air serta mencipta pemandangan yang menarik.
β° Waktu terbaik: Awal pagi sekitar 6.45 β 7.15 pagi.
π€ Cadangan aktiviti: Menikmati sarapan pagi di gerai tepi pantai, merakam foto panorama jambatan dalam cahaya pagi, atau berjalan santai di pesisir pantai.
π‘ Tips: Datang lebih awal untuk menangkap perubahan warna langit daripada biru gelap ke jingga keemasan.

Di Setiu, Pantai Mangkuk menawarkan pengalaman melihat matahari terbit dengan suasana kampung nelayan yang asli. Perahu-perahu tersusun di pesisir pantai mencipta pemandangan harmoni, ditambah cahaya lembut mentari pagi yang menyinari laut tenang.
β° Waktu terbaik: Pagi ketika fajar menyingsing.
πΈ Cadangan aktiviti: Fotografi pemandangan, berjalan santai di pesisir, melihat aktiviti nelayan pulang dari laut.
π‘ Tips: Bawa tripod untuk rakaman gambar long exposure yang cantik.

Pantai ini bersebelahan Taman Rekreasi Pulau Kekabu ialah lokasi yang indah untuk menikmati matahari terbit. Cahaya mentari pagi perlahan-lahan memancar di ufuk timur, mencipta suasana damai sambil bot nelayan mula keluar mencari rezeki.
β° Waktu terbaik: Awal pagi sekitar 6.45 β 7.15 pagi.
π Cadangan aktiviti: Fotografi suasana pagi, berjalan di taman rekreasi, atau sekadar duduk menikmati angin laut yang segar.
π‘ Tips: Datang lebih awal untuk menyaksikan perubahan warna langit yang indah.

Kuala Terengganu Drawbridge merupakan mercu tanda kebanggaan negeri, menawarkan pemandangan indah pada waktu matahari terbit dan matahari terbenam. Jambatan ini mempunyai menara tinjau (observation towers) dan lantai kaca (sky terrace) untuk menikmati pemandangan panorama Kuala Terengganu 360Β°.
β° Waktu Terbaik:
Sunset: 6.30 β 7.15 malam, dari menara atau tebing bandar.
Sunrise: Β±6.45 β 7.15 pagi, hanya dapat dinikmati dari luar kawasan menara.

Kampung ini terkenal dengan panorama sawah padi yang luas terbentang, dikelilingi deretan pokok kelapa dan bukit hijau di kejauhan. Pilih sudut di tepi jalan kampung yang menghadap ke arah barat. Di sinilah matahari terbenam memancarkan cahaya keemasan di atas hamparan padi.
Terdapat juga lokasi lain yang tidak kurang hebatnya untuk melihat matahari terbit di Terengganu seperti Pantai Batu Buruk, Pantai Pandak, Pantai Penarik, dan Pantai Tok Jembal. Setiap lokasi menawarkan suasana dan sudut pandang yang unik, menjadikannya pilihan menarik untuk pemburu sunrise mengabadikan detik indah awal pagi.
| Perkara | π Matahari Terbit (Sunrise) | πMatahari Terbenam (Sunset) |
|---|---|---|
| Arah | Ufuk timur | Ufuk barat |
| Masa Berlaku | Awal pagi | Petang hingga senja |
| Fenomena Alam | Bahagian atas matahari mula kelihatan | Bahagian atas matahari hilang dari pandangan |
| Waktu Dalam Islam | Tamat waktu subuh | Bermula waktu maghrib |
| Warna Langit | Biru gelap β ungu β merah jambu β oren β biru cerah | Kuning β jingga β merah β ungu gelap |
| Makna Simbolik | Permulaan hari dengan penuh harapan | Penghujung hari dan waktu rehat |
| Waktu Sesuai Aktiviti | Fotografi pagi, jogging, aktiviti luar | Fotografi senja, santai di pantai, aktiviti malam |
Warna langit boleh bertukar keemasan jingga, merah jambu hingga ungu. Hasil biasan cahaya matahari oleh atmosfera.
Sunrise sekitar 6:45β7:10 pagi, manakala sunset 6:45β7:15 petang bergantung musim & lokasi.
Laut terbuka tanpa halangan ufuk jadikan pemandangan lebih jelas serta pantulan cahaya di air.
Sunrise beri tenaga & motivasi baru manakala sunset pula menenangkan minda selepas seharian beraktiviti.
@mata.penyu Sunset betul-betul tengah dua menara Jambatan angkat . π #sunsetterengganu #dronesunset #droneview #droneterengganu β¬ Seni Berdamai Dengan Takdir - Chorus - Naim Daniel & Adnin Roslan
@mata.penyu Terengganu ada sunriseβ¦ dan bukan biasa-biasa π π₯ . π #sunriseterengganu #droneview #matapenyu β¬ MANGU Fourtwenty - Alottu
Kalau anda ke Terengganu, rugi rasanya kalau tidak luangkan masa melihat sendiri keindahan matahari terbit dan terbenam di sini. Terengganu, yang terletak di Pantai Timur Malaysia, menawarkan banyak lokasi memukau untuk melihat matahari terbit, hasil kedudukannya yang strategik menghadap Laut China Selatan. Walaupun lokasi untuk menikmati matahari terbenam tidak sebanyak matahari terbit, negeri ini tetap memiliki beberapa spot istimewa, khususnya di pulau-pulau, yang menampilkan keindahan senja berwarna emas dan jingga di ufuk langit. Setiap matahari terbit di sini adalah janji alam bahawa hari ini layak dimulakan dengan senyuman.
Mentari pagi memancar cahaya,
Menyuluh pantai pasir keemasan,
Negeri Terengganu indah sejahtera,
Awal pagi penuh ketenangan.