
Terengganu sememangnya terkenal dengan pulau-pulau tropika yang cantik. Selain Pulau Redang dan Pulau Perhentian, terdapat enam pulau menarik lain yang menawarkan pelbagai aktiviti istimewa untuk pelancong. Dari pengalaman alam semula jadi, warisan budaya tempatan hinggalah sukan air unik, setiap pulau ini sesuai untuk pelbagai jenis pelancong sama ada keluarga, pencinta alam, mahupun pengembara solo.
Terengganu mempunyai banyak pulau kerana lokasinya di pantai timur Semenanjung yang menghadap Laut China Selatan, dengan perairan jernih, ekosistem marin sihat dan iklim tropika yang menyokong kelestariannya.
Antara Mac hingga Oktober setiap tahun, terutamanya Mei hingga September jika nak cuaca betul-betul cantik.
tenang dan sarat dengan keindahan alam semula jadi, inilah pilihannya. Berikut adalah 6 pulau menarik di Terengganu yang wajib anda kunjungi, lengkap dengan aktiviti seronok yang tidak boleh dilepaskan.

Lokasi: 6 km dari Marang
Jeti Berdekatan: Jeti Pelancongan Marang
.
Pulau Kapas, sebuah pulau kecil kurang 2.5 km panjang tanpa penempatan besar, terkenal dengan keindahan semula jadinya dan diwartakan sebagai Taman Laut. Dahulu pernah menjadi lokasi pelanunan, kini ia memikat pengunjung dengan fenomena unik pasir berkelip biru akibat plankton bioluminesen pada malam tertentu.
.
Aktiviti Wajib Cuba: Snorking, Kayak, Mendaki Bukit Singa, Merentas Hutan, Berkhemah.
Kelebihan: Bajet yang Rendah, Pulau kecil dengan pantai pasir putih halus, air laut jernih kehijauan.

Lokasi: Perairan Dungun
Jeti Berdekatan: Jeti Kuala Dungun
.
Pulau Tenggol di perairan Dungun, Terengganu, berkeluasan kira-kira 3 km panjang dan 2 km lebar. erkenal sebagai syurga selam skuba, ia memiliki lebih 20 tapak selaman bertaraf dunia dan hidupan laut unik seperti yu paus pada Ogos hingga Oktober.. Bagi yang tidak menyelam, kawasan seperti House Reef dan Turtle Bay sesuai untuk snorkeling.
.
Aktiviti Wajib Cuba: Selam Skuba, Snorkeling, Fotografi bawah air
Kelebihan: Lokasi terbaik bagi penyelam skuba yang bertaraf dunia.

Lokasi: Antara Pulau Redang & Pulau Perhentian
Jeti Berdekatan: Jeti Merang, Setiu
.
Pulau Lang Tengah, seluas kira-kira 1.2 km², mendapat nama daripada “Helang Tengah” kerana dahulu menjadi persinggahan burung helang. Mula dikenali pada lewat 1990-an selepas beberapa resort dibina. Termasuk dalam zon Taman Laut, terumbu karangnya terpelihara cantik, manakala suasananya memberi rasa pulau persendirian yang jauh daripada keramaian.
Aktiviti Wajib Cuba: Selam Skuba, Snorkeling, Fotografi bawah air
Kelebihan: Lokasi terbaik bagi penyelam skuba yang bertaraf dunia.

Lokasi: Perairan Setiu
Jeti Berdekatan: Jeti Merang, Setiu
.
Pulau Bidong, digelar “Pulau Warisan”, pernah menjadi kem transit pelarian Vietnam dari 1978 hingga 1991. Selepas ditutup, pulau ini dibiarkan pulih dan kini menyimpan tinggalan sejarah. Pada 2017, Galeri Dasar Laut Bidong diwujudkan, mempamerkan artifak budaya di dasar laut, menjadikannya pulau tropika unik yang memadukan warisan sejarah dan keindahan alam.
.
Aktiviti Wajib Cuba: Selam Skuba, Snorkeling, Lawatan Sejarah, Mendaki, Jelajah Pulau Sekeliling.
Keistimewaan: Pulau bersejarah, pernah menjadi penempatan pelarian Vietnam (1975–1991). Mempunyai kawasan Batu Karang yang cantik.

Lokasi: 10KM dari Pulau Bidong
Jeti Berdekatan : Jeti Merang, Setiu
.
Pulau Yu Besar dan Pulau Yu Kecil, 30–45 minit bot laju dari Jeti Merang, ialah destinasi eksklusif selam skuba di Terengganu. Diwartakan sebagai Taman Laut sejak 2008, ia mengekalkan terumbu karang asli, air jernih dan hidupan marin kaya. Pulau Yu Kecil sesuai untuk snorkeling di taman karang cetek, manakala Pulau Yu Besar menawarkan selaman dalam berarus untuk penyelam berpengalaman. Akses hanya melalui bot sewa atau trip khas.
.
Aktiviti Wajib Cuba: Memancing (diluar kawasan taman laut), Snorkeling, Selam Skuba, Fotografi landskap
Keistimewaan: Pulau berbatu granit dengan air biru jernih.

Lokasi: Bersebelahan Pulau Kapas
Jeti Berdekatan: Jeti Pelancongan Marang
.
Pulau Gemia, pulau persendirian seluas ±9 ekar berhampiran Pulau Kapas, terkenal dengan pantai putih, air jernih dan terumbu karang terpelihara. Untuk ke sini, pelawat perlu ke Jeti Marang (±30 minit dari Kuala Terengganu) dan menaiki bot laju ±15–20 minit. Tiada feri awam; akses biasanya melalui tempahan Gem Island Resort & Spa yang termasuk pengangkutan bot pergi‑balik.
.
Aktiviti Wajib Cuba: snorkeling, selam skuba, berkayak, Merentas Hutan dan melihat penyu (Mei-Ogos)
Kelebihan:Pulau peribadi kecil dengan resort eksklusif.
Senarai ini memfokuskan kepada 6 pulau menarik di Terengganu selain Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Setiap pulau mempunyai keunikan tersendiri, dari keindahan terumbu karang hingga suasana pantai yang tenang. Tiga daripadanya terletak berdekatan daratan seperti Pulau Kapas, Pulau Gemia dan Pulau Bidong, manakala tiga lagi berada lebih jauh di laut seperti Pulau Lang Tengah, Pulau Tenggol dan Pulau Yu. Sebenarnya, masih banyak lagi pulau indah di negeri ini yang belum diterokai. Jika anda pencinta laut, jangan lepaskan peluang untuk meneroka destinasi lain yang menjanjikan pengalaman mempesona di Negeri Terengganu.
Air Laut Jernih Kebiruan: Warna birunya yang berlapis mencipta panorama memukau, sesuai untuk snorkeling, selam skuba, atau sekadar mandi laut
Terumbu Karang Terpelihara: Sebahagian besar pulau di Terengganu termasuk dalam kawasan Taman Laut Malaysia, memastikan terumbu karang kekal sihat dan berwarna‑warni.
Kepelbagaian Hidupan Marin: Perairan pulau kaya dengan ikan tropika berwarna‑warni, penyu, sotong, pari, kuda laut, dan kadang‑kadang yu paus.
Keunikan Setiap Pulau: Pulau Tenggol terkenal sebagai tapak selaman bertaraf dunia, Pulau Bidong kaya sejarah, Pulau Gemia menawarkan pengalaman pulau persendirian, dan Pulau Kapas terkenal dengan suasana santainya.
Pulau indah air membiru,
Pasir memutih bagai kapas,
Hati tenang rasa terpaku,
Damai memanggil jiwa melepas.
2 thoughts on “6 Pulau Menarik Di Terengganu Selain Redang Dan Perhentian”
Sukaes
👍👍👍