Setiu Wetlands & Pantai Penarik

Setiu Wetlands & Pantai Penarik : 2H1M Nature & Seafood Escape

Setiu Wetland
Setiu Wetland

Setiu Wetlands & Pantai Penarik bukan sekadar destinasi persinggahan di pesisir Terengganu, tetapi sebuah kawasan yang memukau dengan ekosistem alam semula jadi, keindahan pantai, dan makanan laut segar. Walaupun hanya dengan masa singkat, percutian 2 hari 1 malam di sini sudah cukup untuk menyelami pesona alam, menikmati panorama pantai, serta merasai keenakan hidangan tradisional Terengganu.

 

Rancang Itinerari Percutian Anda

Dalam artikel ini, kami kongsikan itinerari 2 hari 1 malam di Setiu Wetlands & Pantai Penarik yang akan membantu anda merancang perjalanan yang santai, teratur, dan penuh kenangan. Dari aktiviti menyusuri sungai paya bakau hinggalah menikmati sotong celup tepung di tepi pantai, setiap detik pasti menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Apa Itinerari Percutian?

Youtube : Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Maksud Itinerari Percutian

Itinerari percutian ialah satu rancangan perjalanan yang disusun mengikut urutan masa dan aktiviti semasa bercuti. Ia mengandungi maklumat terperinci seperti:

 

  • Tarikh & masa aktiviti

  • Lokasi yang akan dilawati

  • Cadangan tempat makan

  • Aktiviti yang boleh dilakukan

  • Masa rehat atau perjalanan antara lokasi

Tujuan itinerari adalah untuk membimbing pelancong supaya perjalanan lebih tersusun, tidak membuang masa, dan memastikan semua tempat menarik dapat dilawati dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Setiu Wetlands & Pantai Penarik

3 Jadual Itinerari Percutian 2 Hari 1 Malam Di Setiu

Setiu Wetlands & Pantai Penarik merupakan destinasi percutian yang memikat dengan keindahan alam semula jadi, suasana pantai yang mendamaikan, serta hidangan makanan laut segar yang menjadi kegemaran ramai. Untuk memudahkan perancangan, kami sediakan tiga cadangan itinerari 2 hari 1 malam yang boleh anda pilih mengikut minat:

  • Mixed Experience Route – gabungan alam semula jadi, santai, dan makanan laut.

  • Nature Explorer Route – fokus kepada pengalaman menyelami alam semula jadi.

  • Seafood Lover Route – khas untuk peminat makanan laut segar Terengganu.

Setiap itinerari dirancang dengan padat, santai, dan menyeronokkan agar anda dapat memaksimumkan masa percutian 2H1M di Setiu & Pantai Penarik, sambil menikmati pengalaman yang sukar dilupakan.

Setiu Wetlands & Pantai Penarik

Cadangan 1 : Mixed Experience Route

Itinerari Hari Pertama – Setiu Wetlands & Pantai Penarik

Hari Pertama

MasaLokasi / Cadangan Aktiviti
7:30 pagiSarapan di warung sekitar Setiu
9:00 pagiBerkumpul di jeti untuk pakej Day Trip Setiu Wetlands
9:20 pagiJelajah Boardwalk Setiu
9:40 pagiLawatan Galeri Setiu Wetlands
10:30 pagiSinggah di Wetland Shop
10:45 pagiKe Pulau Busung – aktiviti mencari lokan/oyster
11:45 pagiAktiviti cari kepah & tiram
12:45 tengah hariMakan tengah hari & BBQ seafood di lokasi
2:45 petangKembali ke jeti
4:00 petangCheck-in penginapan berhampiran Penarik – Terrapuri Heritage Village, Bayu Beach Resort, Mahasa Penarik Homestay
5:30 petangSantai di Pantai Penarik & nikmati celup tepung – NL Celup Tepung Bira Pata / Mr Celup Tepung Station
6:45 petangNikmati sunset di Pantai Penarik
MalamRehat di penginapan
Itinerari Hari Kedua – Setiu Wetlands & Pantai Penarik

Hari Kedua

MasaLokasi / Cadangan Aktiviti
7:30 pagiSarapan di penginapan jika resort. Jika homestay, sarapan di warung berhampiran.
11:00 pagiCheck-out dan bersedia untuk bergerak
12:00 tengah hari Makan tengah hari di Nasi Ulam Cikgu Sauti
1:30 petang Bergerak ke Lata Payung atau Lata Ulu Kasar
2:00–4:00 petangAktiviti mandi sungai, bersantai dan menikmati keindahan alam sekitar
Selepas selesaiPulang ke destinasi masing-masing
Setiu Wetlands & Pantai Penarik

Cadangan 2 : Nature Explorer Route

Itinerari Hari Pertama – Nature Explorer (Setiu & Pantai Penarik)

Hari Pertama

MasaLokasi / Cadangan Aktiviti
11:00 pagi Tiba di Setiu / Terengganu & terus ke kawasan Rhu Sepuluh untuk daftar masuk. Cadangan penginapan: Pandan Laut Beach Resort, Pandan Dua D'Penarik atau Nelayan Resort Pantai Penarik.
12:30 tengah hari Makan tengah hari sekitar Rhu Sepuluh – cadangan: Warung Mok Ngoh atau Nasi Ulam Dapur Arang.
3:00 petang Jalan-jalan & “healing” menikmati suasana pantai Rhu Sepuluh – ambil gambar, rehat & nikmati angin laut.
5:30 petang (lepas Asar) Bergerak ke Pantai Penarik untuk berkelah & aktiviti santai. Beli makanan berkelah di NL Celup Tepung Bira Pata / Mr Celup Tepung Station / King Trizai Celup Tepung.
6:45 petang Nikmati sunset atau bermain di gigi-gigi air di Pantai Penarik.
Malam Pulang ke penginapan & rehat.
Itinerari Hari Kedua – Nature Explorer (Setiu & Pantai Penarik)

Hari Kedua – Nature Explorer

MasaLokasi / Cadangan Aktiviti
7:30 pagiSarapan di tempat penginapan (resort) atau di warung berhampiran jika menginap di homestay.
9:00 pagiBertolak ke Lata Payung.
9:30–11:30 pagiAktiviti hiking & teroka hutan menuju kawasan air terjun. Nikmati suasana hutan hijau.
11:30 pagi–12:30 tgh hariMandi-manda & bersantai di kawasan air terjun.
1:15 petangMakan tengah hari di Nasi Ulam Cikgu Sauti.
Selepas selesaiPulang ke destinasi masing-masing.
Setiu Wetlands & Pantai Penarik

Cadangan 3 : Seafood Lover Route

Hari Pertama – Seafood Lover Route (Setiu & Pantai Penarik)

Hari Pertama – Seafood Lover Route

MasaLokasi / Cadangan Aktiviti
11:00 pagi Tiba di Setiu / Pantai Penarik, daftar masuk penginapan (contoh: Bayu Beach Resort, Mahasa Homestay atau Terrapuri Heritage Village).
12:30 tengah hari Makan tengah hari di Restoran D'Perahu Penarik – popular dengan ikan bakar & sotong masak tempoyak.
3:00 petang Singgah di Pasar Ikan Penarik – lihat hasil laut segar (udang, ketam, ikan) dan beli untuk BBQ malam.
5:00 petang Menikmati sotong celup tepung di tepi pantai – pilihan: NL Celup Tepung Bira Pata, Mr Celup Tepung Station atau King Trizai Celup Tepung.
6:45 petang Nikmati sunset di Pantai Penarik sambil makan ringan tepi pantai.
Malam Aktiviti BBQ sendiri di tepi pantai menggunakan hasil laut segar yang dibeli di pasar ikan.
Hari Kedua – Seafood Lover Route (Setiu & Pantai Penarik)

Hari Kedua – Seafood Lover Route

MasaLokasi / Cadangan Aktiviti
7:30 pagiSarapan di penginapan (resort/homestay) atau warung berhampiran – boleh cuba nasi dagang / ikan tongkol segar.
9:00 pagiJalan santai & bergambar di Pantai Mangkuk – suasana tenang dengan deretan pokok rhu.
10:00 pagiTeruskan ke Pantai Rhu Sepuluh – healing, ambil gambar & nikmati pemandangan pantai.
11:30 pagiMakan tengah hari di Nasi Ulam Cikgu Sauti – lauk ulam kampung & ikan bakar segar.
1:00 petangSinggah beli keropok lekor, otak-otak & hasil laut sebagai ole-ole di sekitar Setiu.
Selepas selesaiPulang ke destinasi masing-masing.

Itinerari 2H1M Setiu Wetlands & Pantai Penarik menjadi pilihan ideal bagi anda yang ingin menikmati percutian singkat tetapi padat dengan pengalaman alam semula jadi dan makanan laut segar. Terletak di Terengganu, kawasan ini terkenal dengan keindahan ekosistem paya bakau, pantai yang indah serta deretan warung yang menyajikan sotong celup tepung dan ikan bakar segar.

Dengan itinerari yang terancang, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan bajet, malah dapat memastikan setiap detik dimanfaatkan sepenuhnya. Dari aktiviti jelajah hutan paya di Setiu Wetlands hingga menikmati panorama matahari terbenam di Pantai Penarik, semuanya boleh dialami dalam masa 2 hari 1 malam sahaja.

Setiu Wetlands & Pantai Penarik
Setiu Wetlands & Pantai Penarik

Tips Percutian 2H1M ke Setiu

Penginapan Terengganu

1. Pilih Penginapan Awal

Resort dan homestay sekitar Penarik cepat penuh, terutama musim cuti sekolah. Tempah lebih awal supaya anda dapat bilik yang selesa dan sesuai dengan bajet.

Pakaian yang sesuai

2. Sediakan Pakaian Sesuai

Aktiviti boardwalk, bot dan pantai memerlukan pakaian ringan, sandal selesa serta sunblock. Bawa juga topi atau tudung untuk perlindungan tambahan daripada panas terik.

Bawa Tunai Secukupnya

3. Bawa Tunai Secukupnya

Banyak warung celup tepung, pasar ikan dan gerai tempatan masih terima bayaran tunai. Sediakan wang kecil agar mudah membeli makanan laut segar dan ole-ole.

Utumakan Alam Sekitar

4. Utamakan Alam Sekitar

Jaga kebersihan pantai dan wetlands dengan membuang sampah di tempat yang betul. Hormati alam semula jadi agar kawasan ini kekal indah untuk pengalaman yang lebih bermakna.

Setiu Wetlands & Pantai Penarik

Lengkapkan Percutian Anda di Setiu

Percutian singkat 2 hari 1 malam

di Setiu Wetlands dan Pantai Penarik sudah cukup untuk memberikan pengalaman berbeza daripada meneroka keindahan alam semula jadi, merasai kehidupan pantai yang tenang hinggalah menikmati makanan laut segar yang terkenal di kawasan ini. Dengan itinerari yang teratur, setiap detik perjalanan anda lebih bermakna, lancar dan pastinya meninggalkan kenangan manis untuk dikenang.

 

Ke Pantai Penarik lihat nelayan,
Mentari senja warnai lautan.
Setiu Wetlands penuh keindahan,
Percutian singkat jadi kenangan.

Add a Comment

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda