Loading ...

25 Sebab Perlu Anda Kunjungi Terengganu

Terengganu, sebuah negeri yang kaya dengan keindahan semula jadi, warisan budaya, dan aktiviti menarik, menawarkan pengalaman percutian yang unik dan berbaloi dengan pelbagai destinasi eksklusif – daripada pantai memukau hingga kepada tradisi seni dan warisan yang masih hidup. Berikut adalah 25 sebab utama kenapa Terengganu mesti ada dalam senarai percutian anda. Jom terokai Terengganu bersama Discovery Terengganu!

Discovery Terengganu

(Drawbridge) Jambatan Angkat Kuala Terengganu

1. Drawbridge Terengganu

"Keunikan Drawbridge Terengganu, jambatan boleh naik pertama di Asia Tenggara, menjadi tarikan utama dengan pemandangan panorama Selat Terengganu yang menakjubkan. Peminat fotografi dan pelancong boleh merasai suasana romantik terutamanya ketika senja, dengan pemandangan pencahayaan lampu bandar dan laut yang menyatu indah."

Lawati
Blog Discovery Terengganu

2. Taman Tamadun Islam

"Destinasi ikonik yang menonjolkan sejarah dan seni bina Islam dari seluruh dunia, TTI mempamerkan replika monumen terkenal seperti Taj Mahal, Alhambra, dan Dome of the Rock. Taman ini bukan sahaja mendidik tetapi juga menawarkan persekitaran yang damai dan sesuai untuk sesi bergambar keluarga."

Lawati

3. Tasik Kenyir

"Tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini adalah syurga bagi pencinta alam dan pengembara. Dengan rumah bot yang tersedia untuk disewa, pelancong boleh meneroka air terjun tersembunyi, bersantai di pulau-pulau kecil, dan menikmati keindahan alam sekitar yang memukau."

Lawati
Muzium Negeri Terengganu

4. Muzium Negeri Terengganu

"Sebagai muzium terbesar di Asia Tenggara, Muzium Negeri Terengganu menempatkan pelbagai koleksi berharga, termasuk Batu Bersurat. Muzium ini memperkenalkan sejarah dan budaya Terengganu secara mendalam dan sesuai untuk lawatan keluarga dan pelajar."

Lawati

Pulau-Pulau Cantik

Pulau Redang

5. Pulau Redang

"Dikenali salah satu destinasi pulau tercantik di Malaysia yang terkenal dengan pantai berpasir putih dan air laut yang jernih kebiruan. Pulau Redang ini sangat popular untuk aktiviti snorkeling dan selam skuba, di mana pelancong boleh menyaksikan terumbu karang yang memukau dan pelbagai spesies ikan tropika."

Lawati
Daerah Besut - Pulau Perhentian

6. Pulau Perhentian

"Dikenali dengan suasana yang santai dan persekitaran pulau yang mempesona, Pulau Perhentian mempunyai dua pulau utama: Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini sesuai untuk pelbagai jenis pelancong, dari backpackers hingga keluarga, kerana pilihan penginapan dan aktiviti yang pelbagai."

Lawati

Alam Semula Jadi

Bukit Keluang

7. Bukit Keluang

"Bukit Keluang menawarkan pengalaman mendaki yang luar biasa dengan pemandangan pantai dan laut yang mengagumkan. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menikmati aktiviti luar dan merasai ketenangan alam dengan pemandangan matahari terbit yang mempesona."

Lawati
Sungai Berang

8.Sungai Berang

"Juga dikenali sebagai (Little Amazon), Sungai Berang menawarkan pengalaman arung jeram yang mencabar bagi pencinta sukan air. Arus derasnya memberikan pengalaman yang mengujakan sambil menikmati keindahan alam sekitar."

Lawati
Setiu Wetlands

9. Setiu Wetlands

"Kawasan paya bakau ini menjadi rumah kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui. Pelancong boleh menyusuri kawasan hutan bakau, mempelajari ekosistem uniknya dan merasai ketenangan alam yang tidak terganggu."

Lawati
Suasana Di Pantai Mangkuk

10. Pantai Mangkuk

"Merupakan destinasi percutian yang tenang, Pantai Mangkuk terkenal dengan pasir halus dan air laut yang jernih. Pantai ini juga menjadi lokasi ideal bagi pencinta fotografi dan sesi bergambar yang menampilkan suasana kampung yang indah."

Lawati
Lata Kolam Air Deru Ecopark

11. Lata Kolam Air Deru Ecopark

"Air terjun semulajadi ini menawarkan kolam jernih di tengah-tengah hutan yang menghijau, sesuai untuk berkelah dan mandi manda. Lata Kolam Air Deru Ecopark adalah pilihan terbaik untuk aktiviti luar yang menenangkan."

Lawati
Taman Eko Rimba Chemerong

12. Air Terjun Chemerong

"Merupakan antara yang tertinggi di Malaysia, Air Terjun Chemerong menawarkan air terjun bertingkat yang dikelilingi hutan hijau dan indah. Ia sesuai untuk trekking dan menikmati alam semulajadi yang tidak tercemar."

Lawati

Budaya & Warisan

Ukiran Kayu Terengganu

13. Kraf Tradisional

"Pengunjung boleh melihat kemahiran pengrajin tempatan yang menghasilkan barang-barang tembaga dan seni ukiran kayu yang rumit. Setiap produk mengandungi elemen tradisi Melayu dan merupakan pilihan cenderamata yang unik dan berharga."

Lawati
Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC)

14. Batik & Songket

"Terengganu terkenal sebagai pengeluar batik dan songket berkualiti tinggi. Dengan corak dan warna yang dihasilkan dengan teliti, pengunjung boleh belajar proses pembuatannya atau membeli produk-produk eksklusif ini sebagai cenderamata."

Lawati
Kampung Cina Terengganu

15. Kampung Cina

"Jelajahi keunikan Kampung Cina di Kuala Terengganu – perkampungan bersejarah dengan seni bina tradisional, mural berwarna-warni, dan suasana yang memukau. Temui warisan budaya yang kaya di setiap sudut sambil menikmati hidangan tempatan dan membeli cenderamata unik."

Lawati
Pembuatan Perahu Tradisional Terengganu

16. Buat Bot Traditional

"Terengganu terkenal dengan seni pembuatan bot tradisional Melayu yang diwarisi turun-temurun. Pengunjung berpeluang melihat demonstrasi pembuatan perahu tradisional oleh tukang kayu tempatan. Kemahiran dan kecekapan mereka dalam membentuk perahu menggunakan kayu cengal."

Lawati
MB Terengganu di Kampung Budaya Terengganu

17. Kampung Budaya

"Kampung Budaya memberi peluang kepada pelancong untuk mengalami kehidupan kampung tradisional. Di sini, anda boleh belajar tentang adat Melayu, kraf tangan, dan persembahan budaya."

Lawati

18. Pelancongan Berasaskan Komuniti

"Pelancongan berasaskan komuniti membolehkan pelancong merasai pengalaman hidup seperti penduduk tempatan. Anda boleh berinteraksi dengan komuniti sambil belajar tentang adat dan budaya yang diamalkan."

Lawati

Seni Bina Islam & Sejarah

Masjid Putih (Masjid Abidin)Terengganu

17. Masjid Abidin

"Juga dikenali sebagai Masjid Putih, Masjid Abidin memiliki reka bentuk seni bina Islam yang anggun dengan kaligrafi Arab yang menghiasi dindingnya. Masjid ini menawarkan ruang yang damai untuk ibadat dan refleksi."

Lawati
Batu Bersurat Bukti Kedatangan Islam

20. Memorial Batu Bersurat

"Sebagai peninggalan sejarah yang penting, Batu Bersurat Terengganu adalah bukti pengaruh awal Islam di Malaysia terutamanya di Terengganu. Ia merupakan artifak bersejarah yang bernilai tinggi bagi pengetahuan agama dan budaya."

Lawati

Aktiviti Pengembaraan

Paragliding Park

21. Paragliding Bukit Bubus

"Untuk pencinta adrenalin, Bukit Bubus di Besut menawarkan aktiviti paragliding dengan latar belakang Laut China Selatan. Pelancong berpeluang merasai keasyikan terbang bebas di udara sambil menyaksikan panorama laut dan bukit yang mengagumkan."

Lawati
Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KEVC)

22. Konservasi Gajah Kenyir

"Terengganu memelihara gajah di kawasan konservasi Kenyir, di mana pelancong boleh berinteraksi dan belajar tentang usaha melindungi gajah di Malaysia. Ia adalah pengalaman pendidikan yang menyeronokkan dan bermakna."

Lawati

23. Mencandat Sotong

"Aktiviti mencandat sotong menjadi pengalaman menarik di Terengganu, terutamanya pada waktu malam di laut. Pelancong boleh menangkap sotong segar dan merasai pengalaman laut bersama nelayan tempatan."

Terokai

Pasar Tempatan & Makanan Tradisional

Pasar Kedai Payang

24. Pasar Kedai Payang

"Pasar Kedai Payang adalah tempat membeli-belah popular yang menawarkan pelbagai barangan tempatan seperti kain batik, kraf tangan, dan hasil laut segar. Ia adalah lokasi yang wajib dikunjungi untuk membeli cenderamata."

Lawati
Blog Makanan Nasi Dagang Terengganu

25. Makanan Traditional

"Terengganu terkenal dengan makanan tradisional seperti nasi dagang, keropok lekor, dan laksam. Hidangan-hidangan ini mesti dicuba kerana mewakili rasa asli dan tradisi masakan Melayu Terengganu yang tulen dan autentik."

Terokai
Sep Awok!

Jom Ke Terengganu

Terengganu, sebuah negeri yang kaya dengan keindahan semula jadi, warisan budaya, dan aktiviti menarik, menawarkan pengalaman percutian yang unik dan berbaloi dengan pelbagai destinasi eksklusif – daripada pantai memukau hingga kepada tradisi seni dan warisan yang masih hidup. Berikut adalah 25 sebab utama kenapa Terengganu mesti ada dalam senarai percutian anda!

Tambah Komen

Your email address will not be published.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

ms_MYMS