Pengenalan

Menerajui Mobiliti Masa Hadapan

Menghubungkan Komuniti, Budaya dan Perniagaan

Video: mrl.com.my
Panduan Pelancong · Dikemas kini Oktober 2026

ECRL Terengganu Kereta Api Pertama Dalam Sejarah Negeri

Selepas berdekad-dekad hanya bergantung pada jalan raya, Terengganu akhirnya dapat 6 stesen kereta api. Gombak ke Kuala Terengganu cuma 2 jam 54 minit dengan Ekspres, tambang bermula RM95. Ini panduan lengkap — harga tiket, jadual perjalanan, stesen mana untuk destinasi mana, apa yang dah disahkan, dan apa yang masih belum.

—Hari
—Jam
—Minit
—Saat

Kiraan ke 12 Disember 2026 — tarikh operasi komersial Gombak – Kota Bharu, diumumkan Menteri Pengangkutan (20 Oktober 2026). Diskaun 30% Kelas Ekonomi sepanjang sebulan pertama.

Tren EMU ECRL 6 gerabak
6Stesen di Terengganu (daripada 16 stesen penumpang)
242 kmJajaran Besut – Kemaman
2j 54mGombak → Kuala Terengganu (Ekspres)
160 km/jKelajuan maksimum
409–425Penumpang setiap set EMU 6 gerabak
98.16%Kemajuan fizikal keseluruhan (Sept 2026)
Projek ECRL

Projek ECRL: Laluan Rel Pantai Timur

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan sekadar projek kereta api — ia antara pelaburan infrastruktur terbesar dalam sejarah negara. Dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Republik Rakyat China di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), ECRL menghubungkan Pantai Timur terus ke nadi ekonomi Pantai Barat.

Di sebalik projek ini: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) selaku pemilik aset, dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) selaku kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Lebih daripada sekadar landasan 665 km, ECRL ialah komponen penting strategi kelestarian negara di bawah Rangka Kerja Sukuk SDG — bukti komitmen Malaysia membina masa hadapan yang mampan, dari pantai ke pantai.

Kemajuan tapak ECRL setakat Ogos 2026 — video Malaysia Rail Link

Video: ECRL Site Progress as of August 2026 · Malaysia Rail Link

Reka Bentuk Stesen Utama ECRL

Reka bentuk Terminal Bersepadu GombakTerminal Bersepadu Gombak
Reka bentuk Stesen Kota BharuKota Bharu
Reka bentuk Stesen KotaSASKotaSAS
Reka bentuk Stesen Kuala TerengganuKuala Terengganu

Kemudahan stesen — kaunter tiket, ruang menunggu, ruang niaga dan parkir — lihat bahagian Kemudahan Stesen & Dalam Tren.

Peta laluan & stesen ECRL (route map)

Infografik laluan ECRL dari Kota Bharu ke Gombak

Imej & video: mrl.com.my · ecrl.com.my · Infografik: Discovery Terengganu

Peta Interaktif

Laluan ECRL di Terengganu

Klik mana-mana stesen untuk lihat lokasi sebenar dan destinasi berdekatan. Tukar ke Seluruh Laluan untuk lihat kesemua 20 stesen dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang.

Henti Ekspres Transit Jajaran ECRL Stesen pertukaran Penumpang & kargo Fasa 2 (2028)
KE KOTA BHARU KE KUANTAN / GOMBAK

Peta Terengganu: kedudukan stesen berdasarkan lokasi tapak yang diumumkan · Seluruh Laluan: rajah skematik (bukan ikut skala) berdasarkan banner rasmi EOSB · jarak adalah anggaran jalan raya. Sahkan di Google Maps sebelum bertolak.

Perancang Pantas

Nak ke mana? Ini stesen ECRL yang patut anda turun

Pilih destinasi — kami tunjuk stesen terdekat, jarak, masa memandu dan jenis tren yang berhenti di situ.

Enam Pintu Masuk

Stesen ECRL Terengganu — dan di mana sebenarnya ia terletak

Ini bahagian yang paling ramai orang silap. Nama stesen tak semestinya sama dengan lokasi stesen. Kami senaraikan lokasi sebenar supaya anda boleh rancang pengangkutan lanjutan dari awal.

Stesen Jerteh

Daerah Besut
Transit
Dari GombakRM114Transit
Terletak di Kg Alur Keladi, lebih kurang 8.7 km (~13 minit) dari pekan Jerteh.
  • Jeti Kuala Besut → Pulau Perhentian~25 km · 30 min
  • Pekan Jerteh~8.7 km · 13 min
  • Sempadan Kelantan~20 km
Pintu masuk paling dekat ke Pulau Perhentian.

Stesen Bandar Permaisuri

Daerah Setiu
Transit
Dari GombakRM107Transit
Terletak di Kg Buloh — paling rapat dengan pekan antara semua stesen Terengganu, hanya ~1.2 km (~2 minit) dari Bandar Permaisuri.
Pilihan terbaik untuk Merang, Bidong dan Setiu Wetlands.

Stesen Kuala Terengganu

Daerah Marang
Ekspres
Dari GombakRM95TransitRM110Ekspres
Walaupun namanya Kuala Terengganu, stesen ini sebenarnya di Kg Durian Guling, daerah Marang — lebih kurang 23 km (~27 minit) dari pusat bandar KT.
Satu-satunya henti ekspres di Terengganu & pusat TOD tahap bandar (T2).

Stesen Dungun

Daerah Dungun
Transit
Dari GombakRM82Transit
Di Kawasan Perindustrian Batu 7 — lebih kurang 6.7 km (~10 minit) dari Kuala Dungun. Stesen penumpang dan kargo.
  • Rantau Abang (pesisir penyu)~14.5 km · 16 min
  • Kuala Dungun & Pantai Teluk Lipat~6.7 km · 10 min
  • Taman Eko Bukit Bauk~3 km
Pintu masuk institusi pendidikan & pesisir Rantau Abang.

Stesen Kemasik

Daerah Kemaman
Transit
Dari GombakRM75Transit
Nama Kemasik, tapi lokasi fizikalnya di Kg Chabang, bersebelahan Kerteh — ~5.6 km dari pekan Kerteh, ~8–9.5 km dari Pantai Kemasik.
  • Pantai Kemasik~8–9.5 km · 12 min
  • Pekan Kerteh~5.6 km · 6 min
  • Lapangan Terbang Kerteh~4 km
Menyokong aktiviti industri gas & petroleum.

Stesen Chukai

Daerah Kemaman
Transit
Dari GombakRM69Transit
Berdekatan Taman Samudera Timur — lebih kurang 8.2 km (~13 minit) dari pekan Chukai. Stesen penumpang dan kargo.
Pintu masuk selatan Terengganu, hujung jajaran negeri.
Fahami Dulu Sebelum Beli Tiket

Perkhidmatan ECRL: Ekspres dan Transit bukan benda yang sama

ECRL akan menawarkan dua jenis perkhidmatan penumpang. Beza dia besar, terutamanya kalau anda nak turun di Jerteh, Dungun atau Chukai.

Ekspres Berhenti di stesen utama sahaja: Gombak → KotaSAS → Kuala Terengganu → Kota Bharu. Paling laju, paling sedikit hentian.
Transit Berhenti di semua stesen termasuk Jerteh, Bandar Permaisuri, Dungun, Kemasik dan Chukai. Perjalanan lebih lama tapi liputan penuh.
Kargo berasingan Tren kargo dan tren penumpang adalah tren yang berbeza — bukan digabungkan dalam satu rangkaian yang sama.

Jadual ECRL (schedule) rasmi: 12 perjalanan sehari (Isnin–Khamis) dan 16 perjalanan sehari (Jumaat–Ahad), dibahagi sama rata bagi setiap arah. Waktu bertolak tepat setiap tren belum diterbitkan.

Angka Rasmi EOSB · Oktober 2026

Naik ECRL ke KL berapa jam? Masa perjalanan sebenar

Masa perjalanan rasmi bagi perkhidmatan Ekspres (henti di 4 stesen utama sahaja) dan Transit (henti di semua stesen), menurut ECRL Operation Sdn Bhd.

Infografik rasmi masa perjalanan ECRL

Infografik ecrl.com.my — masa perkhidmatan Ekspres. Angka jadual di bawah dari slaid rasmi EOSB (Oktober 2026).

LaluanEkspresTransitJalan raya
Gombak ↔ Kuala Terengganu2 jam 54 min3 jam 51 min6–7 jam
Gombak ↔ Kota Bharu4 jamsehingga 5 jam~7 jam
Gombak ↔ KotaSAS (Kuantan)1 jam 27 min2 jam 5 min~3 jam

Datang dari Lembah Klang? Ini sambungan anda

Fasa 1 · Dis 2026Terminal Bersepadu Gombak (TBG)Hujung selatan Fasa 1 dan henti Ekspres. Berdekatan Stesen LRT Gombak — hujung LRT Laluan Kelana Jaya yang melalui KL Sentral, Masjid Jamek dan KLCC.
Fasa 1 · Dis 2026TemerlohStesen pertukaran dengan jajaran KTMB sedia ada di Pahang.
Fasa 2 · 2028Bandar SerendahStesen pertukaran dengan jajaran KTMB sedia ada, berdekatan Taman Desa Kiambang.
Fasa 2 · 2028Jalan Kastam (Pelabuhan Klang)Integrasi dengan stesen KTMB sedia ada, serta sambungan rel ke Northport & Westports.

Menurut EOSB, ECRL bersambung dengan KTM ETS / Intercity, KTM Komuter dan LRT Laluan Kelana Jaya. Perincian laluan pejalan kaki antara stesen belum diumumkan.

Info Terkini dari EOSB

Kelas ECRL: Perniagaan (Business Class), Ekonomi Premium & Ekonomi

Tren penumpang ECRL menawarkan tiga kelas. Klik setiap kelas untuk lihat kemudahan dan bilangan tempat duduk.

Kabin Kelas Perniagaan ECRL dengan kerusi 2+2 berwarna tealGambar sebenar · EOSB

Kelas Perniagaan

52tempat duduk
  • Pengalaman perjalanan premium
  • Akses ke lounge Kelas Perniagaan
  • Laluan khas di pintu pelepasan
  • Hidangan dan minuman percuma
Pembahagian tempat duduk satu set trenJumlah 409 tempat duduk
Perniagaan 12.7%Ekonomi Premium 23.2%Ekonomi 64.1%

Sumber: slaid rasmi ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) — “Set 1” (Kelas Perniagaan + Ekonomi Premium & Ekonomi). Set EMU 6 gerabak yang keseluruhannya kelas ekonomi memuatkan 425 penumpang. Konfigurasi tempat duduk: 2+2 (Perniagaan) dan 3+2 (Ekonomi Premium & Ekonomi). Tambang Kelas Ekonomi dah diumumkan — lihat di bawah; tambang Perniagaan & Ekonomi Premium belum.

Gambar Sebenar · EOSB

Kemudahan dalam tren ECRL & di stesen

Bukan render — ini gambar sebenar tren dan stesen ECRL yang dikongsi ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) dalam jelajah rasmi Oktober 2026.

Dalam tren

Bilik solat dalam tren ECRL dengan panel kerawang berbentuk mihrab
Bilik solatRuang khas yang tenang untuk menunaikan solat sepanjang perjalanan — tak perlu tunggu sampai stesen.
Sinki wuduk bersebelahan bilik solat dalam tren ECRL
Ruang wudukSinki wuduk disediakan betul-betul bersebelahan bilik solat.
Kaunter bistro dalam tren ECRL dengan lampu biru
BistroMakanan dan minuman boleh dibeli sepanjang perjalanan. Kelas Ekonomi turut ada akses ke bistro.
Tandas mesra OKU dalam tren ECRL dengan pemegang sokongan kuning
Mesra OKUTandas OKU dengan pemegang sokongan dan ruang lebih luas, serta tempat duduk khas OKU.
Rak atas & kerusi boleh dilarasRak simpanan atas setiap tempat duduk. Kerusi boleh dipusing mengikut arah perjalanan.
Internet 4G, 5G & Wi-FiLiputan internet 4G dan 5G di sepanjang jajaran, serta akses Wi-Fi untuk penumpang. Boleh kerja atau stream sepanjang jalan.

Di stesen

Kaunter tiket di dalam stesen ECRL
Kaunter tiketBeli tiket dan dapatkan bantuan perjalanan terus di kaunter.
Ruang menunggu penumpang yang luas di stesen ECRL
Ruang menungguRuang menunggu yang luas sebelum waktu berlepas, serta ruang niaga untuk makanan dan keperluan perjalanan.
Ruang parkir terbuka di hadapan Terminal Bersepadu Gombak ECRL
Ruang parkirParkir luas di stesen — gambar menunjukkan Terminal Bersepadu Gombak. Kadar parkir belum diumumkan.
Krew ECRL berpakaian seragam bermotif songket di dalam kabin tren
Krew Barisan Hadapan Sambutan mesra bermula dari platform

Krew EOSB membantu dari platform hingga ke tempat duduk — termasuk bantuan menaiki tren dan layanan dalam perjalanan.

Harga Tiket Rasmi · ECRL Ticket & Fare

Harga tiket ECRL: Gombak ke Kuala Terengganu bermula RM95

Kadar tambang Kelas Ekonomi sehala, seperti dibentangkan ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB). Harga ditunjuk sebagai “bermula serendah” kerana ECRL guna mekanisma tambang dinamik.

30%diskaun
Promosi pelancaran: diskaun 30% Kelas Ekonomi untuk sebulan pertama Bermula hari operasi 12 Disember 2026. Contoh Gombak → Kuala Terengganu Transit RM95 jadi ~RM66.50, Jerteh RM114 → ~RM79.80, Chukai RM69 → ~RM48.30. Untuk orang awam tanpa tambang konsesi — tidak boleh digabung dengan diskaun 50% / 40%. Sumber: Menteri Pengangkutan Anthony Loke, 20 Oktober 2026.
Laluan Terengganu
Gombak ↔ Kuala Terengganu378 km
TransitRM95
EkspresRM110

Sehala · bermula serendah

Bulan pertama: ~RM66.50 / ~RM77 (diskaun 30%)

Gombak ↔ Kota Bharu523 km
TransitRM125
EkspresRM147

Sehala · bermula serendah

Gombak ↔ KotaSAS (Kuantan)209 km
TransitRM60
EkspresRM68

Sehala · bermula serendah

Tambang Transit dari Gombak ke setiap stesenKelas Ekonomi · sehala · bermula serendah · slaid rasmi EOSB

Terengganu

  • Jerteh473 kmRM114
  • Bandar Permaisuri436 kmRM107
  • Kuala Terengganu Ekspres RM110378 kmRM95
  • Dungun317 kmRM82
  • Kemasik285 kmRM75
  • Chukai256 kmRM69

Kelantan

  • Kota Bharu Ekspres RM147523 kmRM125
  • Pasir Puteh490 kmRM118

Pahang

  • Cherating246 kmRM67
  • Kuantan Port City222 kmRM62
  • KotaSAS Ekspres RM68209 kmRM60
  • Paya Besar186 kmRM55
  • Maran127 kmRM42
  • Temerloh91 kmRM35
  • Bentong40 kmRM24
  • Transit berhenti di setiap stesen; Ekspres henti di Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu dan Kota Bharu sahaja.
  • Kadar yang sama terpakai untuk perjalanan pulang (ulang-alik).
  • Tambang dinamik — harga sebenar semasa tempahan boleh lebih tinggi daripada harga “bermula serendah”. Tempah awal untuk peluang harga terendah.
  • Tambang antara stesen (contoh Kuala Terengganu → Kota Bharu), tambang Ekspres selain 3 laluan di atas, serta Kelas Perniagaan & Ekonomi Premium belum diumumkan.
50%diskaun Kelas Ekonomi
  • Kanak-kanak berumur 2–12 tahun
  • Warga emas — warganegara Malaysia 60 tahun ke atas
  • OKU — semua pemegang kad OKU
  • Pesara kerajaan — bekas penjawat awam
40%diskaun Kelas Ekonomi
  • Pelajar berumur 13–24 tahun

Contoh: tiket Transit Gombak – Kuala Terengganu RM95 → ~RM47.50 untuk kanak-kanak, ~RM57 untuk pelajar. Tertakluk terma dan syarat.

Beli tiket ECRL online: jualan rasmi dibuka pertengahan November 2026 Tiga saluran pembelian rasmi:
Aplikasi ECRLMuat turun dari gedung aplikasi
Kaunter tiketDi stesen ECRL

Sumber: slaid rasmi ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB), Jelajah Usahawan & Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL, Oktober 2026. Sahkan harga terkini di ecrl.com.my sebelum menempah. Halaman ini bukan laman rasmi ECRL.

Status Pembinaan

Sejauh mana projek ECRL dah siap?

Kemajuan setakat kenyataan terkini MRL (18 September 2026), EOSB (Oktober 2026), Menteri Pengangkutan dan exco negeri.

98.16%Pencapaian fizikal keseluruhan setakat September 2026, merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor
99.54%Kemajuan jajaran Terengganu sahaja, setakat September 2026
409–425Penumpang setiap set EMU 6 gerabak — 425 jika semua kelas ekonomi, 409 dengan kabin kelas perniagaan
2.2 jutaTempat duduk disediakan sepanjang 2027 pada peringkat permulaan — 10 set tren EMU, 12–16 perjalanan sehari
Garis Masa

Garis masa ECRL: apa yang dah berlaku, apa yang akan datang

  • Januari 2026
    Set tren penumpang pertama tiba di KuantanSelesaiTren dibina oleh CRRC Dalian, kelajuan sehingga 160 km/j.
  • Februari 2026
    Projek cecah 91.7%, masuk fasa persediaan operasiSelesaiMajlis ketibaan tren diadakan di Stesen ECRL KotaSAS.
  • Jun – Julai 2026
    Jajaran Terengganu cecah 99.45%SelesaiAntara yang tertinggi selepas Kelantan.
  • Ogos 2026
    Pengaliran kuasa selesai, Ujian Integrasi Sistem (SIT) bermulaSelesaiTenaga elektrik dialirkan di 10 stesen bekalan kuasa.
  • September 2026
    Pencapaian fizikal keseluruhan cecah 98.16%SelesaiMerentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Ujian penerimaan tapak (SAT) selesai dan Ujian Integrasi Sistem diteruskan.
  • 23 Oktober 2026
    Fault-Free Run (FFR) bermulaAkan DatangPengesahan kebolehpercayaan tren dan sistem mengikut keperluan teknikal — 8,000 km larian tanpa gagal bagi setiap set, diselia APAD.
  • Awal November 2026
    Operasi percubaan (trial operations)Akan DatangTumpuan kepada pengurusan jadual, stesen dan prosedur keselamatan kakitangan.
  • Pertengahan November 2026
    Penjualan tiket rasmi dibukaAkan DatangMelalui Aplikasi ECRL, laman web ecrl.com.my dan kaunter tiket stesen.
  • 12 Disember 2026
    Operasi komersial bermulaSasaranPerkhidmatan penumpang dan kargo Gombak – Kota Bharu dengan 10 set tren EMU, kelajuan sehingga 160 km/j. Diskaun pelancaran 30% Kelas Ekonomi untuk sebulan pertama (Menteri Pengangkutan, 20 Oktober 2026).
  • Januari 2028
    Fasa 2: Gombak – Port KlangSambungan ke pantai barat dan hab logistik Port Klang.
Cakap Jujur

Sebelum rancang percutian naik ECRL: perkara yang anda perlu tahu

Harga tiket dah keluar, tapi kami tak nak jual mimpi. Ini isu sebenar yang masih terbuka setakat Oktober 2026.

Last-mile belum ada Setakat ini tiada rangkaian bas perantara, shuttle, operator atau kadar tambang yang diumumkan bagi mana-mana stesen ECRL di Terengganu. Rancang untuk e-hailing, teksi atau sewa kereta dari stesen.
Stesen jauh dari bandar Kecuali Bandar Permaisuri, kebanyakan stesen terletak 6–23 km dari pusat pekan masing-masing. Stesen Kuala Terengganu paling ketara — ~23 km dari pusat bandar.
Waktu bertolak belum keluar Kekerapan dah diumumkan (12 perjalanan sehari Isnin–Khamis, 16 sehari Jumaat–Ahad), tapi waktu tren pertama dan terakhir belum. Tunggu jadual penuh sebelum komited pada penerbangan sambungan atau pakej.
TOD masih di peringkat awal Kerajaan negeri menandatangani MoU dengan MRL pada November 2025 untuk pembangunan TOD. Fasa 1 di enam stesen dianggarkan memerlukan RM228 juta, termasuk terminal transit. Jangka masa 1–3 tahun.
Soalan Lazim

Soalan lazim ECRL Terengganu — yang paling ramai orang tanya

Operasi komersial Gombak – Kota Bharu bermula 12 Disember 2026, seperti diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 20 Oktober 2026 — lebih awal daripada sasaran asal Januari 2027. Sebelum itu, Fault-Free Run bermula 23 Oktober, operasi percubaan awal November dan jualan tiket dibuka pertengahan November 2026. Sempena pelancaran, tiket Kelas Ekonomi didiskaun 30% untuk sebulan pertama.

Tambang Kelas Ekonomi sehala (Transit) dari Gombak bermula serendah: Jerteh RM114, Bandar Permaisuri RM107, Kuala Terengganu RM95, Dungun RM82, Kemasik RM75 dan Chukai RM69. Ke Kota Bharu RM125 dan KotaSAS RM60. Untuk Ekspres: Kuala Terengganu RM110, Kota Bharu RM147, KotaSAS RM68. Kadar sama untuk perjalanan pulang; ECRL guna tambang dinamik, jadi harga sebenar boleh lebih tinggi. Sumber: slaid rasmi EOSB, Oktober 2026.

Dari Gombak ke Kota Bharu, tambang Kelas Ekonomi sehala bermula RM125 (Transit) atau RM147 (Ekspres), masa perjalanan 4 jam dengan Ekspres atau sehingga 5 jam dengan Transit. Ke Kuantan, stesen henti Ekspres ialah KotaSAS: RM60 (Transit) atau RM68 (Ekspres), 1 jam 27 minit dengan Ekspres. Stesen Kuantan Port City pula RM62 (Transit sahaja). Harga ini “bermula serendah” kerana tambang dinamik.

Belum diumumkan secara rasmi. Slaid rasmi EOSB setakat Oktober 2026 hanya menyenaraikan tambang dari Gombak ke setiap stesen. Jadual “anggaran tambang dari semua stesen” yang tular di media sosial ialah kiraan orang awam (beza tambang dari Gombak), bukan kadar rasmi. Sahkan di www.ecrl.com.my apabila jualan tiket dibuka pertengahan November 2026.

Jualan tiket rasmi dibuka pertengahan November 2026 melalui tiga saluran: Aplikasi ECRL, laman web www.ecrl.com.my dan kaunter tiket di stesen ECRL. Tambang dinamik — tempah awal untuk peluang harga terendah.

Ada, untuk Kelas Ekonomi. Promosi pelancaran: diskaun 30% untuk sebulan pertama operasi bermula 12 Disember 2026, bagi orang awam tanpa tambang konsesi (tidak boleh digabung dengan diskaun lain). Diskaun konsesi tetap: 50% untuk kanak-kanak (2–12 tahun), warga emas warganegara Malaysia (60 tahun ke atas), pemegang kad OKU dan pesara kerajaan; 40% untuk pelajar berumur 13–24 tahun. Tertakluk terma dan syarat.

Waktu bertolak setiap tren (jadual penuh) belum diterbitkan setakat Oktober 2026 — semak Aplikasi ECRL atau www.ecrl.com.my apabila jualan tiket dibuka pertengahan November. Yang dah disahkan: 12 perjalanan sehari pada Isnin hingga Khamis (6 setiap arah) dan 16 perjalanan sehari pada Jumaat hingga Ahad (8 setiap arah). Sekitar 2.2 juta tempat duduk disediakan sepanjang 2027.

Dari Stesen Kuala Terengganu (Kg Durian Guling, Marang) ke Terminal Bersepadu Gombak: 2 jam 54 minit dengan Ekspres atau 3 jam 51 minit dengan Transit, berbanding 6–7 jam memandu. Dari Gombak, sambung LRT Laluan Kelana Jaya ke KLCC, Masjid Jamek atau KL Sentral. Masa memandu dari bandar Kuala Terengganu ke stesen (~27 minit) belum termasuk.

Ada. Tren ECRL dilengkapi bilik solat dengan ruang wuduk bersebelahan, bistro, tandas mesra OKU, tempat duduk khas OKU, serta internet 4G, 5G dan Wi-Fi di sepanjang jajaran.

Ada dua pilihan jeti. Melalui Jeti Shahbandar Kuala Terengganu — ~23 km (26 minit) dari Stesen ECRL Kuala Terengganu. Atau melalui Jeti Merang — ~35 km (34 minit) dari Stesen Bandar Permaisuri. Pilih ikut pakej resort anda.

Stesen Jerteh (Kg Alur Keladi) di daerah Besut. Dari situ ke Jeti Kuala Besut lebih kurang 25 km (~30 minit). Ambil perhatian Jerteh adalah stesen transit sahaja — tren ekspres tidak berhenti di situ.

Betul. Selepas jajaran semula, stesen ini dipindahkan ke Kg Durian Guling, daerah Marang, kira-kira 23 km atau 27 minit memandu dari pusat bandar Kuala Terengganu. Ia tetap satu-satunya henti ekspres di negeri ini.

Belum ada yang diumumkan. Peruntukan TOD Fasa 1 sebanyak RM228 juta merangkumi pembangunan terminal transit di enam stesen, tetapi tiada laluan, operator atau tarikh operasi yang disahkan setakat ini.

Tiada perkhidmatan pengangkutan kenderaan penumpang diumumkan. Tren kargo ECRL beroperasi secara berasingan daripada tren penumpang dan tidak diiklankan sebagai perkhidmatan auto-train.

Tiga kelas: Kelas Perniagaan (52 tempat duduk, konfigurasi 2+2), Kelas Ekonomi Premium (95) dan Kelas Ekonomi (262), kedua-duanya 3+2 — jumlah 409 tempat duduk bagi set tren dengan kabin kelas perniagaan, menurut EOSB. Tambang Kelas Ekonomi bermula RM95; tambang Perniagaan dan Ekonomi Premium belum diumumkan.

Belum diumumkan. Setakat Oktober 2026, ECRL hanya mengumumkan tambang Kelas Ekonomi (Gombak – Kuala Terengganu bermula RM95). Kelas Perniagaan mempunyai 52 tempat duduk 2+2, akses ke lounge, laluan khas di pintu pelepasan serta hidangan dan minuman percuma. Harga akan dikemas kini di www.ecrl.com.my.

Aset ECRL dimiliki oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Operasi harian akan dikendalikan oleh ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB), yang sedang mengambil pasukan perintis mereka. Kontraktor pembinaan adalah China Communications Construction Company (CCCC).

Tren penumpang mencapai kelajuan maksimum 160 km/j. Tren kargo pula 80 km/j. ECRL bukan tren laju (high-speed rail) — ia rel antara bandar berkelajuan tinggi konvensional.

Discovery Terengganu

Rancang percutian Terengganu anda dari sekarang

Pulau, air terjun, warisan dan makanan — semuanya dalam radius satu jam dari stesen. Terokai destinasi dan pakej pelancongan Terengganu bersama kami.

Terokai Destinasi Terengganu
Dikemas kini: 20 Oktober 2026

Sumber rujukan

  • ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) — banner “Anatomi ECRL”, peta 20 stesen & slaid “Pilihan Kelas Tempat Duduk”, Jelajah Usahawan dan Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL, Terengganu (dirakam pasukan Discovery Terengganu)
  • EOSB — slaid kadar tambang Transit Kelas Ekonomi dari Gombak ke 15 stesen (Oktober 2026)
  • The Edge Malaysia (20 Oktober 2026) — Menteri Pengangkutan Anthony Loke: operasi bermula 12 Disember 2026, diskaun 30% Kelas Ekonomi untuk sebulan pertama
  • Infografik rasmi ECRL — pencapaian fizikal keseluruhan 98.16% setakat September 2026 merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor
  • Bernama (18 September 2026) — kenyataan MRL: kemajuan 95.41% keseluruhan & 97.65% Fasa 1, FFR Oktober, operasi seawal pertengahan Disember 2026
  • ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) — slaid Jelajah Usahawan & Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL (Oktober 2026): kadar tambang Kelas Ekonomi, diskaun, masa perjalanan, kekerapan, garis masa pelancaran, kemudahan stesen & dalam tren, saluran pembelian tiket
  • New Straits Times (10 Februari 2026) — EMU 6 gerabak: 425 penumpang (ekonomi penuh) atau 409 (dengan kabin kelas perniagaan)
  • Kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke (14 Ogos 2026) — 10 set tren, kapasiti harian
  • Majlis Keselamatan Negara (MKN) — Ringkasan Maklumat Keretapi Penumpang ECRL Negeri Terengganu
  • Exco Kerajaan Negeri Terengganu — kemajuan jajaran negeri & perkhidmatan ekspres/transit, Julai 2026
  • DUN Terengganu — peruntukan TOD Fasa 1 RM228 juta bagi enam stesen
  • MoU Kerajaan Negeri Terengganu – MRL bagi pembangunan TOD, November 2025
  • Laman rasmi MRL & ECRL — 665 km jajaran, 160 km/j penumpang, 80 km/j kargo, tahun operasi 2027
  • Laporan media: The Star, Bernama, Sinar Harian, Utusan Malaysia, Free Malaysia Today, Harian Metro
  • Jarak dan masa memandu adalah anggaran berdasarkan koordinat stesen dan data laluan jalan raya awam

Penafian: Halaman ini adalah panduan maklumat bebas untuk tujuan perancangan pelancongan dan bukan laman rasmi ECRL. Untuk maklumat rasmi sila rujuk ecrl.com.my dan mrl.com.my. Semua tarikh, jarak dan status adalah tertakluk kepada perubahan.