Setiap tahun pada 27 September, dunia menyambut Hari Pelancongan Sedunia bagi meningkatkan kesedaran global tentang peranan penting pelancongan dalam aspek sosial, budaya, politik dan ekonomi. Bersempena sambutan ini, marilah kita menoleh ke arah Negeri Terengganu, sebuah negeri di Pantai Timur yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, budaya unik, makanan tradisional, serta keramahan rakyatnya yang istimewa.
Jabatan Perangkaan Malaysia berkongsi maklumat dan poster rasmi sempena Hari Pelancongan Sedunia 2025 di Facebook.
Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkongsi ucapan penghargaan sempena Hari Pelancongan Sedunia 2025 di halaman Facebook beliau.
mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) pada tahun 1980. Tarikh 27 September dipilih kerana ia bertepatan dengan hari pengisytiharan Statut UNWTO pada tahun 1970, yang menjadi asas kepada perkembangan industri pelancongan global. Sejak awal, setiap tahun sambutan disertai dengan tema khusus yang selari dengan isu semasa dunia pelancongan.
Tujuan utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran global tentang kepentingan pelancongan dalam aspek ekonomi, sosial, budaya, politik dan kelestarian alam sekitar. Setiap tahun, UNWTO menetapkan tema khas yang selari dengan cabaran dan keperluan semasa dunia pelancongan. Pada tahun 2025, tema yang dipilih ialah “Tourism and Sustainable Transformation” sempena sambutan rasmi peringkat dunia.

Apabila berbicara tentang pelancongan mampan di Malaysia, Terengganu sering disebut sebagai negeri yang lengkap dengan keindahan alam semula jadi, warisan budaya unik, pelbagai acara setiap tahun serta hospitaliti rakyatnya yang luar biasa. Inilah yang menjadikan Terengganu destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara dengan kepelbagaian fasiliti lengkap bagi para pelancong.

Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pantai Penarik terkenal dengan pasir putih halus dan air laut yang jernih kebiruan.

Air Terjun Chemerong, Bukit Keluang serta hutan lipur yang mempesona, sesuai untuk aktiviti hutan dan ekopelancongan.

Batik, songket, permainan tradisional serta seni ukiran kayu yang masih dipelihara hingga kini.

Nasi dagang, keropok lekor, satar dan otak-otak yang menjadi kegemaran pelancong.
Namun, semua keindahan ini tidak akan bermakna tanpa rakyat Terengganu yang sentiasa menyambut tetamu dengan senyuman mesra, keikhlasan dan budi bahasa. Inilah kekuatan sebenar negeri ini dalam membentuk sebuah destinasi pelancongan yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga indah dirasai melalui keramahan rakyatnya.

Ramai pelancong berkongsi pengalaman indah mereka tentang keramahan orang Terengganu. Mereka bukan sahaja disambut dengan senyuman, malah sering dibantu tanpa diminta sama ada dalam memberi arah jalan, menerangkan budaya tempatan atau sekadar menyapa dengan mesra. Inilah kekuatan sebenar Terengganu: rakyat yang berhati mulia, berjiwa besar, dan ikhlas menyambut tetamu.
Tidak kira siapa kita:
Pemandu pelancong,
Pengusaha chalet,
Penjaja kecil,
Penggiat seni budaya,
Nelayan yang membawa pelancong ke laut,
Atau sekadar warga biasa yang menyapa mesra,
Kita semua adalah duta kecil negeri Terengganu.
mengingatkan kita bahawa pelancongan bukan hanya tentang tempat indah, tetapi tentang bagaimana kita memelihara dan mengurusnya dengan bijak. Keindahan yang kita nikmati hari ini harus dijaga dengan penuh amanah supaya generasi akan datang juga dapat merasai pengalaman yang sama.
Program konservasi penyu di Rantau Abang untuk memelihara laut & pantai.
Kampung tradisional & homestay tawarkan pengalaman autentik pelancongan.
Batik, songket & makanan tradisional yang menyokong ekonomi setempat.
Kepada para pelancong, jemputlah datang dan alami sendiri keunikan pelancongan Terengganu. Negeri ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadi, pantai mempesona dan pulau tropika, tetapi juga diperkaya dengan warisan budaya yang menarik. Lebih daripada itu, Terengganu dihidupkan oleh keramahan rakyatnya yang baik-baik, menjadikan setiap kunjungan lebih bermakna. Semoga pengalaman indah di bumi Darul Iman ini menjadi kenangan manis yang kekal sepanjang hayat.
Terengganu menanti anda
Negeri Cantik, Budaya Menarik, Insya-Allah Orangnya Baik-Baik.