10 Tempat Menarik di Terengganu 2026 - Destinasi Popular | Discovery Terengganu
Discovery Terengganu

10 Tempat Menarik dan Popular di Terengganu

Jom terokai 10 tempat menarik di Terengganu yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara!

Dari pulau tropika yang memukau hingga pantai berpasir putih yang menenangkan, setiap sudut negeri ini menjanjikan pengalaman percutian yang luar biasa. Nikmati keindahan alam semula jadi, hayati warisan budaya yang kaya, dan sertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang pasti meninggalkan kenangan indah. Ayuh, cipta kenangan istimewa anda di 10 destinasi terbaik Terengganu bersama Discovery Terengganu!

10 Destinasi Pilihan 8 Daerah di Terengganu Pulau · Pantai · Tasik · Warisan
Logo Discovery Terengganu
Maskot Awang Nelang Terengganu - Discovery Terengganu
Kenali Terengganu

Sebab Apa Terengganu Mempunyai Banyak Tempat Menarik?

Terengganu mempunyai banyak tempat menarik kerana negeri ini lengkap dari segi fasiliti pelancongan. Negeri pelancongan ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang sangat pelbagai - dari pantai memutih, pulau tropika, hingga tasik dan hutan hijau yang masih terpelihara. Gabungan keindahan alam, budaya, dan aktiviti pelancongan yang pelbagai menjadikan Terengganu antara negeri paling menarik untuk diterokai di Malaysia.

Tidak hairanlah mengapa negeri Terengganu sering menjadi pilihan utama apabila tiba musim cuti sekolah. Selain panorama alam yang menakjubkan dan deretan makanan tradisional, negeri ini juga sentiasa meriah dengan pelbagai acara menarik seperti festival pantai, pesta kebudayaan, serta karnival sukan dan seni. Tambahan pula, pelancong kini boleh memilih daripada pelbagai pakej pelancongan yang ditawarkan sama ada percutian mahupun aktiviti santai di resort tepi pantai. Semua ini menjadikan Terengganu bukan sekadar tempat bercuti, tetapi destinasi penuh pengalaman yang sukar dilupakan.

Video Keindahan Terengganu

Everything is in TERENGGANU! 🌊✨

Dari birunya laut, indahnya pulau, tenangnya pantai, kayanya budaya, hinggalah ke makanan tradisi yang sentiasa dirindui — semuanya ada di sini.

Terengganu bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah rasa yang melekat dalam jiwa.

📍 Discover the beauty. Feel the culture. Experience Terengganu.

#DiscoveryTerengganu #EverythingIsInTerengganu #VisitTerengganu #BeautifulTerengganu #TerengganuCantik

Senarai Pilihan

Kenali 10 Tempat Menarik di Terengganu

Setiap destinasi ini menawarkan keunikan tersendiri - pilih yang sesuai dengan gaya percutian anda.

1 Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
Kuala Terengganu

1. Muzium Negeri Terengganu

Ayuh terokai sejarah dan budaya di Muzium Negeri Terengganu, kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara. Nikmati pelbagai pameran menarik termasuk artifak bersejarah, seni Islam, dan warisan maritim yang memikat pelancong dari seluruh dunia.

Ketahui Lanjut
2 Kampung Budaya Terengganu, Kuala Terengganu
Kuala Terengganu

2. Kampung Budaya Terengganu

Kampung Budaya ini merupakan salah satu tarikan pelancongan yang menonjolkan warisan budaya dan tradisi negeri Terengganu. Di sini, pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis rumah tradisional Terengganu, yang dibina mengikut seni bina Melayu klasik.

Ketahui Lanjut
3 Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Drawbridge)
Kuala Terengganu

3. Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Jambatan Angkat Kuala Terengganu adalah jambatan angkat pertama yang dibina di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Ini menjadikannya satu mercu tanda yang unik berbanding jambatan-jambatan lain di negara ini.

Ketahui Lanjut
4 Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu
Kuala Terengganu

4. Pasar Kedai Payang

Pasar ini terkenal dengan pelbagai jenis makanan tempatan, kuih-muih tradisional serta pakaian. Ini adalah tempat yang tepat untuk pelancong merasai dan menikmati hidangan autentik dari negeri ini.

Ketahui Lanjut
5 Pulau Redang, Kuala Nerus Terengganu
Kuala Nerus

5. Pulau Redang

Merupakan salah satu pulau tercantik di Malaysia dan sebahagian daripada Taman Laut Malaysia yang diiktiraf kerana usaha pemuliharaan marin. Ini membantu melindungi ekosistem marin dan mempromosikan ekopelancongan.

Ketahui Lanjut
6 Pulau Perhentian, Besut Terengganu
Besut

6. Pulau Perhentian

Pulau ini terkenal dengan pasir putih lembut, air laut yang jernih kebiruan serta kehidupan marin yang menakjubkan. Aktiviti seperti snorkeling, menyelam skuba, dan island hopping menjadikan percutian di sini lebih menyeronokkan.

Ketahui Lanjut
7 Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Hulu Terengganu

7. Tasik Kenyir

Tasik buatan terbesar di Asia Tenggara, menawarkan keindahan alam, air terjun, gua, dan pengalaman ekopelancongan terbaik di Terengganu. Tasik Kenyir menawarkan pelbagai aktiviti seperti memancing, berkayak, jungle trekking, dan pelayaran bot rumah (houseboat).

Ketahui Lanjut
8 Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu
Kuala Terengganu

8. Masjid Kristal

Terletak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, ia merupakan antara masjid tercantik di Malaysia dan menjadi mercu tanda kebanggaan negeri Terengganu. Selain menjadi tempat ibadah, Masjid Kristal turut berfungsi sebagai pusat pelancongan dan pendidikan Islam digital pertama di dunia.

Ketahui Lanjut
9 Setiu Wetlands, Setiu Terengganu
Setiu

9. Setiu Wetlands

Terletak di utara Terengganu dan merupakan satu-satunya ekosistem di Malaysia yang menggabungkan sembilan habitat semula jadi termasuk paya bakau, lagun, sungai, dan laut. Keunikan ekosistem ini menjadikannya kawasan penting untuk pemuliharaan biodiversiti serta destinasi eko-pelancongan yang menarik.

Ketahui Lanjut
10 Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Dungun

10. Pulau Tenggol

Terokai pulau di daerah Dungun sebagai destinasi selam skuba terbaik di Malaysia dengan air jernih, terumbu karang menakjubkan dan suasana tropika yang damai. Aktiviti utama termasuk snorkeling, menyelam skuba, dan bersantai menikmati matahari terbenam.

Ketahui Lanjut
Soalan Lazim

Soalan Lazim Tentang Percutian Terengganu

Apakah tempat menarik di Terengganu yang wajib dikunjungi?
Antara tempat menarik yang wajib dikunjungi di Terengganu ialah Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir, Masjid Kristal, Muzium Negeri Terengganu, Pasar Kedai Payang dan Setiu Wetlands. Setiap destinasi menawarkan pengalaman berbeza - dari pulau tropika hingga warisan budaya.
Bila masa terbaik untuk melancong ke Terengganu?
Masa terbaik melancong ke Terengganu terutamanya destinasi pulau ialah antara bulan Mac hingga Oktober, sebelum musim tengkujuh. Destinasi darat seperti muzium, pasar dan masjid pula boleh dilawati sepanjang tahun.
Apakah pulau paling cantik di Terengganu?
Pulau Redang dan Pulau Perhentian sering disenaraikan sebagai antara pulau tercantik di Terengganu dan Malaysia, terkenal dengan pasir putih lembut serta air laut jernih kebiruan yang sesuai untuk snorkeling dan menyelam skuba. Pulau Tenggol pula menjadi pilihan utama peminat selam skuba.
Adakah pakej pelancongan ke Terengganu disediakan?
Ya. Discovery Terengganu menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang merangkumi percutian pulau, aktiviti santai di resort tepi pantai serta lawatan ke destinasi warisan dan alam semula jadi. Hubungi kami untuk pakej yang sesuai dengan bajet dan jadual anda.

Terokai Lebih Banyak Lagi Tempat Menarik di Terengganu

Ini baru 10 daripada ratusan destinasi yang menanti. Rancang percutian impian anda hari ini bersama Discovery Terengganu - rakan terbaik untuk menjelajah keindahan sebenar negeri cantik ini.