Mula : Kaunter Tiket (Masuk/Keluar) – Pintu utama untuk pengunjung memulakan lawatan di Kampung Budaya Terengganu.
Hentian 2 : Rumah Nelayan – Melambangkan kehidupan nelayan tradisional dengan peralatan seperti perahu dan tempat jemur ikan. Lantai direka untuk pengudaraan yang baik. Menampilkan keunikan masyarakat pesisir pantai.
Hentian 3 : Rumah Bujang Berserambi Selasar – Dibina pada 1855 oleh Sheikh Abdul Kadir Kolam melalui gotong-royong. Ruang utama termasuk selasar dan ibu rumah. Disumbangkan kepada Muzium Negeri Terengganu pada 1971.
Hentian 4 : Rumah Bujang Berkembar / Berpeleh– Asalnya milik Hajjah Hasanah binti Kasim di Jalan Hiliran. Rumah tiga ruang ini memudahkan aktiviti harian seperti mengayam dan bertenun songket. Dipindahkan ke Muzium Negeri pada 1986.
Hentian 5 : Rumah Limas Belanda – Dibina pada 1889 dengan pengaruh seni bina Belanda. Mempunyai ruang khas untuk tetamu, bilik tidur, dan “surung” untuk mesyuarat. Asalnya di Istana Maziah sebelum dipindahkan ke Muzium Negeri.
Hentian 6 : Rumah Tele – Dibina pada 1888 oleh Haji Derahman bin Haji Endut bersama pembantu. Mempunyai reka bentuk tiang tinggi untuk keselesaan penghuni. Dipindahkan ke Muzium Negeri pada 1987.
Hentian 7 : Laman Singgahsana – Laman Singgahsana ialah kawasan lapang yang terletak di antara Istana Tengku Long dan Rumah Tele. Tempat ini digunakan untuk pertunjukan silat, permainan tradisional Terengganu, dan meraikan kunjungan rombongan.
Hentian 8 : Istana Tengku Long – Dibina pada 1904 oleh Cik Hat dari Pahang di Kampung Raja. Lambang cinta Tengku Long kepada isterinya, Tengku Wook. Dipindahkan ke Muzium Negeri Terengganu pada 1986.
Muzium Terbuka Perahu Terengganu – Muzium yang mempamerkan pelbagai jenis miniature perahu tradisional Terengganu dan alatan berkenaan pelayaran dan nelayan.
Hentian 1 : Perahu Besar & Galeri Pelayaran – Perahu Besar Sabar (1954) dan Kemajuan (1946) dimiliki keluarga Haji Muhammad Kaya. Dibina dengan ukuran besar, mampu membawa muatan 2,500 pikul. Kedua-duanya menonjolkan seni pembinaan perahu tradisional Terengganu.
Laman Warisan (Pentas Utama & Gerai) –
Laman Warisan ialah laluan terakhir yang menempatkan aktiviti memanah. Pengunjung boleh mencuba memanah dengan yuran berpatutan iaitu antara RM5 hingga RM10, bergantung kepada cuaca.
Jadual: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat.
Galeri Perahu Terengganu – Tempat yang mempamerkan pelbagai jenis perahu-perahu sejarah di Terengganu dan seni pembuatan perahu tradisional Terengganu.
Jeti (Pintu Masuk 2) – Tempat persinggahan bagi pengunjung yang datang melalui laluan air, menampilkan elemen tradisi maritim Terengganu.
Kompleks Muzium Negeri Terengganu
Bukit Losong, 20566, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Tel : 09-623 1553 Fax : 09-631 0273 atau Email : [email protected]