Semak Bantuan Terengganuoleh Discovery Terengganu

Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS), dahulu PPRT

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

PersekutuanPerumahan

Bantuan bina rumah baharu atau baik pulih rumah uzur untuk keluarga miskin dan miskin tegar luar bandar yang berdaftar dalam eKasih.

JumlahBina Baharu: kadar siling RM79,000 (Semenanjung, rumah 3 bilik 680 kps). Baik Pulih: kadar siling RM20,000.
Semak sama ada anda layak

Syarat kelayakan

  • Ketua Isi Rumah kategori miskin tegar atau miskin berdasarkan PGK semasa (PGK 2024: miskin tegar RM1,236, miskin RM2,705; laman KKDW masih papar angka 2019).
  • Berdaftar dalam sistem eKasih.
  • Diperaku layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah/Negeri dan agensi KKDW, serta jawatankuasa Kementerian.
  • Kawasan luar bandar.
  • Bina Baharu: tiada rumah, atau rumah terlalu uzur/tidak selamat/tidak ekonomik dibaiki; memiliki tanah sendiri atau kebenaran guna tanah.
  • Baik Pulih: rumah uzur atau rosak tetapi masih ekonomik dibaiki; ada pemilikan atau kebenaran guna tanah.
  • Keutamaan: warga emas, OKU, ibu/bapa tunggal tanggungan ramai, mangsa bencana kecil.
  • Mesti berdaftar eKasih (miskin/miskin tegar), tinggal di luar bandar, dan ada tanah atau kebenaran guna tanah.

Dokumen yang perlu dibawa

  • Maklumat pemilikan harta atau tanah (Borang Kebenaran Menggunakan Tanah jika bukan tanah sendiri)
  • Maklumat pendapatan pemohon
  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  • Gambar keadaan rumah semasa (jika berkaitan)

Cara mohon

Permohonan dalam talian melalui sistem eBantuan KKDW; disemak agensi KKDW dan diperaku Focus Group daerah.

Bantuan berkaitan

Maklumat ini panduan sahaja dan disemak daripada sumber rasmi pada tarikh tertera. Kelulusan ditentukan agensi berkenaan. Semak Bantuan Terengganu bukan laman rasmi kerajaan.