Semak Bantuan Terengganuoleh Discovery Terengganu

Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), KPWKM

PersekutuanOKU

Bantuan RM300 sebulan untuk OKU berdaftar berumur 16 hingga 59 tahun yang disahkan tidak berupaya bekerja.

JumlahRM300 sebulan seorang.
Semak sama ada anda layak

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun (berasaskan tahun kelahiran).
  • Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM.
  • Tidak berupaya bekerja kerana kefungsian terhad (fizikal, mental, intelektual atau deria) atau persekitaran yang menghalang akses pekerjaan.
  • Bukan penghuni/pelatih institusi JKM, pusat jagaan yang menerima Geran Rangsum, atau Program PDK.
  • Ketidakupayaan disahkan pakar/pegawai perubatan (kerajaan/swasta berdaftar), atau dalam keadaan tertentu pegawai JKM.
  • Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
  • Had RM348 ialah pendapatan individu OKU (sewa, pencen, zakat, sumbangan keluarga, PERKESO dll.), bukan isi rumah.

Dokumen yang perlu dibawa

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan kad OKU/slip pendaftaran sementara kad OKU
  • Surat/memo pengesahan ketidakupayaan daripada pakar/pegawai perubatan, atau laporan siasatan pegawai JKM
  • Salinan bil utiliti (pengesahan alamat)
  • Surat pengesahan pendapatan (pencen/PERKESO/Baitulmal dll.) atau akuan pendapatan
  • Salinan penyata akaun bank terkini

Cara mohon

Mohon dalam talian di eBantuanJKM, atau isi Borang JKM18 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Permohonan dalam talian: serah dokumen sokongan ke PKMD dalam 10 hari bekerja, jika tidak permohonan terbatal.

Bantuan berkaitan

Maklumat ini panduan sahaja dan disemak daripada sumber rasmi pada tarikh tertera. Kelulusan ditentukan agensi berkenaan. Semak Bantuan Terengganu bukan laman rasmi kerajaan.