Zakat MAIDAMPendidikan
Bantuan pengajian untuk pelajar Terengganu yang sedang belajar di IPT dan tiada atau kurang pembiayaan.
JumlahIkut penilaian Yayasan Pendidikan MAIDAM (berdasarkan keputusan peperiksaan dan status pengiktirafan universiti)
Semak sama ada anda layakSyarat kelayakan
- Pemohon dan ibu bapa/penjaga ialah rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu sekurang-kurangnya 1 tahun, atau pemastautin tetap tidak kurang 3 tahun berturut-turut, sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, baligh dan berakal.
- Sedang mengikuti pengajian di IPT awam atau swasta dalam atau luar negara.
- Tidak melibatkan bidang pengajian berkaitan industri hiburan.
- Layak hanya jika mengikuti peringkat pengajian itu buat kali pertama.
- Tidak dipertimbangkan jika ibu dan bapa yang bekerja di Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada MAIDAM.
- Dalam negara, sinf miskin: Diploma/Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar persendirian atau peminjam PTPTN tanpa syarat PNG; Sijil, Sarjana dan PhD untuk pelajar tanpa sebarang pembiayaan.
- Dalam negara, sinf fisabilillah: Diploma/Ijazah Sarjana Muda dengan PNG/GPA 3.50 ke atas pada semester 1 atau 2 tahun semasa.
- Luar negara (Dermasiswa): tiada pendapatan sendiri, tiada elaun/pinjaman/biasiswa lain, belajar sepenuh masa di IPT yang diiktiraf Kerajaan Malaysia.
- Anak Terengganu: menetap sekurang-kurangnya 1 tahun. Bukan anak Terengganu: mastautin 3 tahun berturut-turut (perlu surat pengesahan mastautin). Medan mastautinTahun diisi nilai minimum (1). Asnaf: Miskin dan Fisabilillah.
Dokumen yang perlu dibawa
- Surat pengesahan status pelajar (Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi dalam negara; Attase Pendidikan / Jabatan Penuntut / Kedutaan bagi luar negara)
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa/penjaga dan adik-beradik dalam tanggungan
- Slip gaji ibu bapa/penjaga atau akuan pendapatan / penyata pencen terkini
- Keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa
- Surat pengesahan mastautin (jika bukan rakyat Terengganu)
- Slip permohonan (dan surat mastautin jika berkenaan) disahkan Amil Zakat / Pengerusi Masjid / Ketua Kampung / Penghulu / Yang Berhormat (YB)
- SPM / Sijil Berhenti Sekolah (permohonan kali pertama)
- Sijil kematian/penceraian ibu bapa (jika berkenaan)
Cara mohon
Mohon dalam talian di portal IPT Online Yayasan Pendidikan MAIDAM bila permohonan dibuka; bayaran melalui EFT.