Semak Bantuan Terengganuoleh Discovery Terengganu

Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis (Bantuan Hemodialisis)

MAIDAM

Zakat MAIDAMKesihatan

Bantuan kos rawatan dialisis dan tambang ke pusat dialisis untuk pesakit buah pinggang daripada keluarga asnaf.

JumlahIkut siasatan MAIDAM
Semak sama ada anda layak

Syarat kelayakan

  • Pesakit buah pinggang yang perlukan rawatan hemodialisis.
  • Tergolong asnaf fakir atau miskin: pendapatan isi rumah tidak mencukupi keperluan asasi ikut kiraan had kifayah MAIDAM.
  • Kelayakan dan jumlah ditentukan selepas siasatan MAIDAM; had kifayah hanyalah saringan awal dan tujuh aspek lain turut dinilai.
  • Pendapatan isi rumah mesti di bawah had kifayah (kira di kalkulator rasmi https://app3.maidam.gov.my/kifayah/). Syarat mastautin tidak dinyatakan di laman rasmi.

Cara mohon

Isi borang dalam talian di Sistem Permohonan Zakat MAIDAM (bahagian Sosial dan Ekonomi), kemudian MAIDAM buat siasatan sebelum keputusan. Boleh rujuk Pejabat MAIDAM Daerah atau talian 09-6303030 (Seksyen Agihan Zakat).

Bantuan berkaitan

Maklumat ini panduan sahaja dan disemak daripada sumber rasmi pada tarikh tertera. Kelulusan ditentukan agensi berkenaan. Semak Bantuan Terengganu bukan laman rasmi kerajaan.