Negeri TerengganuBencana
Bantuan untuk rakyat Terengganu yang ditimpa musibah seperti kebakaran rumah atau bencana.
JumlahTidak ditetapkan; diputuskan ikut kes oleh Jawatankuasa Tabung Darul Iman
Semak sama ada anda layakSyarat kelayakan
- Rakyat Negeri Terengganu atau menetap melebihi 10 tahun dan mendapat sokongan pemimpin tempatan.
- Pemohon atau penjaga hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai pemilih di Negeri Terengganu.
- Surat / laporan pengesahan daripada agensi kerajaan yang berkaitan (bagi maksud bantuan musibah).
- Permohonan bantuan musibah hendaklah dihantar secara manual ke pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman.
- Pemohon atau penjaga mesti pemilih berdaftar SPR di Terengganu. Perlu laporan agensi kerajaan (cth. bomba/polis).
Dokumen yang perlu dibawa
- Salinan sijil kelahiran pemohon (kanak-kanak) / kad pengenalan pemohon / ibu dan bapa / penjaga
- Salinan Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu / akuan bermastautin (jika berkaitan)
- Bukti berdaftar sebagai pemilih pilihan raya di Negeri Terengganu
- Salinan buku akaun pesakit dan penama (jika berkaitan)
- Dokumen lain yang menyokong permohonan
- Surat / laporan pengesahan agensi kerajaan berkaitan
Cara mohon
Isi borang (cetak dari portal atau ambil di pejabat Sekretariat / Pusat Khidmat Masyarakat DUN) dan hantar secara manual ke pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman, Dataran Alamanda, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (09-623 3535).