PersekutuanLain-lain
Orang bekerja sendiri atau pekerja gig yang carum sendiri ke KWSP dapat tambahan 20% daripada kerajaan, sehingga RM500 setahun.
JumlahInsentif khas 20% daripada caruman sukarela tahun semasa, maksimum RM500 setahun; had seumur hidup RM5,000 atau sehingga umur 60
Semak sama ada anda layakSyarat kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Bekerja sendiri: memperoleh pendapatan daripada kerja sendiri dan tidak digaji oleh orang lain.
- Ahli KWSP.
- Berumur bawah 60 tahun.
- Perlu berdaftar dengan KWSP (ahli, daftar i-Saraan).
- Perlu carum sendiri; RM2,500 setahun untuk dapat maksimum RM500. Caruman minimum RM1.
Dokumen yang perlu dibawa
- MyKad
- Borang KWSP 16G (M) jika daftar di pejabat KWSP
Cara mohon
Daftar i-Saraan melalui aplikasi KWSP i-Akaun, Terminal Layan Diri (SST) atau pejabat KWSP, kemudian carum melalui i-Akaun/perbankan internet/ejen bank.