Semak Bantuan Terengganuoleh Discovery Terengganu

SARA MADANI one-off untuk dewasa bukan penerima STR (2027); dahulu SARA Untuk Semua (2026)

Kementerian Kewangan (MOF); pelaksana Yayasan MyKasih

PersekutuanBantuan tunai

Kredit MyKad RM100 sebanyak dua kali pada 2027 untuk warganegara 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR. Tidak perlu mohon.

Belum dibuka

Jumlah2027: RM100 sebanyak dua kali (jumlah RM200), sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang Merdeka, bagi dewasa 18 tahun ke atas selain penerima STR. 2026: SARA Untuk Semua RM100 one-off dikreditkan 9 Februari 2026 kepada semua warganegara 18 tahun ke atas, sah hingga 31 Disember 2026.Automatik, tak perlu mohon
Semak sama ada anda layak

Syarat kelayakan

  • 2027: selain penerima STR, berumur 18 tahun ke atas (ucapan Belanjawan 2027).
  • 2026: warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2026; automatik berdasarkan data pemegang MyKad JPN pada 23 Januari 2026.
  • 2027: bukan penerima STR 2027 (penerima STR menerima SARA bulanan). Warganegara pemegang MyKad.

Dokumen yang perlu dibawa

  • Tiada; MyKad digunakan semasa pembelian

Cara mohon

Tiada permohonan. Kredit dimasukkan terus ke MyKad; semak di sara.gov.my.

Bantuan berkaitan

Maklumat ini panduan sahaja dan disemak daripada sumber rasmi pada tarikh tertera. Kelulusan ditentukan agensi berkenaan. Semak Bantuan Terengganu bukan laman rasmi kerajaan.