
Panduan percutian bajet Terengganu, RM100 seorang sehari di 8 daerah
RM100per day
Discovery Terengganu
Melancong ke Terengganu tidak semestinya memerlukan bajet besar. Dengan perancangan yang bijak, anda masih boleh menikmati keindahan pantai, makanan tradisional yang sedap, as well as aktiviti menarik di setiap daerah tanpa membebankan poket. Percutian bajet ini sesuai untuk solo traveler, pasangan, mahupun keluarga kecil yang ingin merasai pengalaman autentik di negeri Darul Iman.

RM100 per person
sehari sudah cukup untuk menikmati sarapan nasi dagang, makan tengahari lauk kampung, serta bersantai di lokasi ikonik seperti Crystal Mosque, Pasar Payang, Drawbridge, or pantai yang indah. Anda juga boleh berjalan santai di kampung tradisional, singgah ke muzium, atau merakam memori di mural bandar tanpa perlu risau tentang kos tinggi. Ringkasnya, dengan bajet minima ini, percutian anda ke Terengganu tetap lengkap, puas hati, dan penuh kenangan manis.
Tonton dahulu
Video credit: Noor Haizan Mustafa melalui saluran YouTube beliau, “Kuala Terengganu Drone View 4K”. Hak cipta video milik penuh pemiliknya.
Daerah 01 / 08

5daripada 9 tempat ada pilihan percuma
Jika anda ke Besut dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan berbaloi:
Sarapan di Pasar Jertih, cuba nasi kerabu atau laksam
±RM8Singgah bergambar di Ulul Albab Mosque and Masjid 8 Kubah, dua mercu tanda ikonik
freeTeruskan ke La Hot Spring untuk berendam dan bersantai
±RM10Nikmati alam semula jadi di Rimba Lata Tembakah Eco Park or Lata Kolam Air Deru Ecopark
±RM5Balik ke kawasan pesisir untuk lunch di Kuala Besut, cuba lauk kampung atau ikan segar
±RM20Santai petang di Bukit Keluang Beach, berjalan di laluan kayu dengan pemandangan laut
freeAkhiri hari di Air Tawar Beach sambil menikmati suasana pantai dan matahari terbenam
freeBajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah Besut)
±RM25Daerah 02 / 08

5daripada 10 tempat ada pilihan percuma
Jika anda melancong ke Setiu dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan berbaloi:
Sarapan di Pasar Permaisuri, cuba nasi dagang atau kuih tradisional
±RM8Singgah ke Surau Kayu Unik Langgar Rindu, kagumi seni bina kayu klasik
freeTeruskan ke Penarik Beach untuk bergambar dengan deretan bot nelayan
freeLawat Bottle House, galeri unik hasil kitar semula botol kaca
freeTengahari isi perut dengan lauk kampung sekitar Bandar Permaisuri
±RM15 hingga RM20Petang sertai aktiviti River Cruise di Setiu Wetlands untuk melihat ekosistem paya bakau
±RM30Jika masih ada masa, mandi-manda di salah satu air terjun: Lata Payung, Lata Ulu Kasar, atau Lata Cangkah
±RM5Bajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah Setiu)
±RM25Daerah 03 / 08

8daripada 13 tempat ada pilihan percuma
Kalau anda bercuti sehari di Kuala Terengganu dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan mudah diikuti:
Sarapan di Pasar Payang sambil beli kuih tradisional atau cenderamata
±RM10Naik ke Bukit Puteri untuk lihat panorama bandar
±RM2Jalan kaki ke Kampung Cina (Chinatown), bergambar mural & lorong budaya
freeBergerak ke Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam (TTI) untuk seni bina Islam yang unik
±RM15Tengahari isi perut dengan lauk kampung di Losong
±RM20Lawat Terengganu State Museum, muzium terbesar di Malaysia
±RM15Petang santai di Batu Buruk Beach atau jalan-jalan di Heritage Island
freeBergambar di Kuala Terengganu Drawbridge, naik pelantar jika mahu
±RM10Akhiri malam di Payang Walk or Kampung Budaya Terengganu
±RM10Bajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar bandar)
±RM20Daerah 04 / 08

8daripada 8 tempat ada pilihan percuma
Kalau anda bercuti sehari di Kuala Nerus dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan jimat masa:
Sarapan di gerai sekitar Pantai Teluk Ketapang, cuba nasi dagang atau roti canai
±RM8Jalan santai & bergambar di Pantai Teluk Ketapang
freeTeruskan ke Tok Jembal Beach, pantai popular dengan suasana keluarga & pelajar UMT
freeSinggah bergambar di UMT Windmill, mercu tanda unik tenaga angin
freeZiarah dan solat di Kampung Seberang Takir Mosque
freeTengahari boleh makan di warung sekitar Tok Jembal atau Seberang Takir
±RM20Lepas lunch, buat aktiviti hiking ringan di Bukit Maras untuk panorama Kuala Nerus
freeAkhiri hari dengan santai di Tasik Kompleks Gong Badak or Tasik Bandar Baru Kuala Nerus
freeBajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah)
±RM25Daerah 05 / 08

8daripada 11 tempat ada pilihan percuma
Kalau anda bercuti sehari di Marang dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan berbaloi:
Sarapan di Pasar Marang, cuba nasi dagang atau kuih tradisional
±RM8Jalan santai di Kelulut Beach sambil nikmati suasana pagi
freeBergambar di Batu Putih Square, mercu tanda ikonik daerah
freeSinggah ke Rusila Mosque, masjid bersejarah yang menjadi simbol Marang
freeTengahari isi perut dengan lauk kampung sekitar pekan Marang
±RM20Lawat Kampung Jenang untuk lihat hasil kraftangan dan makanan tradisi
±RM5 jika beli produkTeruskan ke Nisang Valley or Pine Hill's Garden untuk rekreasi alam & bergambar
±RM10Balik semula ke pekan, singgah di Pulau Kekabu Beach
freeAkhiri hari di Marang Jetty sambil lihat matahari terbenam & suasana nelayan
freeBajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar Marang)
±RM25Daerah 06 / 08

5daripada 12 tempat ada pilihan percuma
Kalau anda bercuti sehari di Hulu Terengganu dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan laluan yang lebih efisien dan berbaloi:
Sarapan di Pasar Kuala Berang, cuba nasi dagang atau kuih tradisional
±RM8Singgah ke Batu Bersurat Memorial untuk melihat sejarah Islam di Terengganu
percuma / ±RM5Teruskan ke Kenyir Lake, boleh naik bot ringkas keliling pulau atau lawat taman herba
±RM30Seterusnya, ke Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) untuk melihat gajah jinak & aktiviti konservasi
±RM25Balik semula ke pekan untuk makan tengahari di Warung Kari Kepala Ikan
±RM20Petang boleh mandi-manda di Sekayu Waterfall
±RM5Akhiri hari dengan santai di Kuala Berang Recreation Park
freeBajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah Hulu Terengganu)
±RM10 hingga RM15Daerah 07 / 08

10daripada 13 tempat ada pilihan percuma
Kalau anda bercuti sehari di Dungun dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini antara aktiviti mudah dan berbaloi untuk dimasukkan dalam itinerari anda:
Sarapan di Pasar Besar Dungun
±RM8Bergambar di Teluk Bidara Beach & Batu Pelanduk Beach
FreeLawat Bukit Besi Museum
±RM5Makan tengahari lauk kampung sekitar bandar
±RM20Jalan santai di Jeti Kuala Dungun & singgah ke Kg Che Lijah
±RM5 jika beli keropokNikmati suasana tenang di Tasik Puteri, Bukit Besi
±RM5Akhiri hari di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah & Bukit Bauk
FreeBajet pengangkutan sekitar daerah
±RM25Daerah 08 / 08

8daripada 11 tempat ada pilihan percuma
Kalau anda bercuti sehari di Kemaman dengan bajet sekitar RM100 seorang, ini susunan perjalanan yang lebih teratur dan berbaloi:
Sarapan di Pasar Besar Chukai, cuba nasi dagang atau kuih tradisional
±RM8Singgah ke Kemaman Museum untuk kenali sejarah daerah
±RM5Teruskan ke Kemaman Zoo untuk melihat haiwan bersama keluarga
±RM15Nikmati suasana pantai di Teluk Mak Nik Beach (Monica Bay), terkenal dengan ICT dan gerai tepi laut
freeLunch lauk kampung atau ikan bakar sekitar Kuala Kemaman
±RM20Jalan santai di Kuala Kemaman Fishing Village, pekan nelayan dengan suasana klasik
freePetang bergambar di Penunjuk Beach, pantai indah dengan formasi batu ikonik
freeKalau minat hiking, boleh pilih satu bukit berdekatan seperti Bukit Mak Dayang, Bukit Mentok, or Bukit Harimau Menangis
freeAkhiri hari dengan singgah di Jambi Mosque yang ikonik dengan seni bina unik
freeBajet pengangkutan (motor sewa/bas sekitar daerah Kemaman)
±RM25Jimat tapi puas

Fokus pada pantai, air terjun, masjid ikonik dan street art yang kebanyakannya percuma atau caj minima.

Makanan di pasar pagi dan warung kampung jauh lebih murah, sedap, dan cukup untuk tenaga seharian.

Susun destinasi ikut kawasan (contoh: Bandar → Pantai → Air Terjun) supaya tak ulang-alik jauh dan jimat minyak.

Beli cenderamata kecil sebagai kenangan, tapi fokus bajet pada pengalaman, makanan, dan aktiviti.
Galeri 360°
Seret untuk pusingkan galeri, kemudian klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.


















Dah ada senarai tempat, tapi masih pening nak susun laluan? Di sinilah point.my membantu. Ia peta pintar pelancongan Terengganu yang menyediakan itinerari mengikut GPS dan lokasi anda berada sekarang.
Pilih titik mula, berapa lama masa yang anda ada (2 jam, separuh hari atau sehari), minat anda dan cara anda bergerak. Point GO akan cadangkan pilihan itinerari lengkap dengan jarak dan masa perjalanan sebenar, siap diselitkan waktu solat. Kalau hujan, tempat tertutup diutamakan dahulu.
Gabungkan dengan panduan RM100 di atas, dan percutian bajet anda jadi lebih tersusun, jimat masa dan jimat minyak.
Pemenang utama Pentas Jual Terengganu (Astro AWANI), peta interaktif pelancongan Terengganu oleh Discovery Terengganu.

Closing
Percutian bajet di Terengganu menawarkan pengalaman yang penuh kepelbagaian tanpa perlu berbelanja besar. Dengan hanya RM100 seorang, anda sudah boleh menikmati sarapan di pasar tempatan, melawat pantai yang cantik, merasai segarnya air terjun, dan singgah ke masjid atau muzium ikonik. Setiap lokasi bukan sahaja percuma atau murah malah memberi peluang merakam kenangan berharga seperti panorama laut biru, suasana kampung nelayan dan pemandangan alam semula jadi yang memikat. Walaupun dengan bajet kecil, anda tetap dapat merasai identiti Terengganu yang kaya dengan tradisi, alam semula jadi serta keramahan masyarakat setempat.

Sarapan pagi nasi dagang terasa,Pantai indah tenang berseri,Bajet kecil cukup sahaja,Kenangan di Terengganu kekal di hati.
Teruskan meneroka





























