Terengganu Catat Negeri Paling Bahagia di Malaysia

Terengganu Catat Negeri Paling Bahagia di Malaysia (2)
Terengganu dinobat negeri paling bahagia dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2024

Negeri Paling Bahagia

Terengganu sekali lagi membuktikan keistimewaannya apabila dinobatkan sebagai negeri paling bahagia di Malaysia berdasarkan laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2024 by Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Melalui skor indeks 8.64, Terengganu berjaya mengatasi negeri-negeri lain dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi bukan sahaja indah untuk dilawati, malah selesa untuk didiami.

Berita Tentang Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia

Sumber YouTube: Astro AWANI

Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024: Terengganu Negeri Paling Bahagia

Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia Mengikut Negeri

Pencapaian Menyeluruh Indeks Kebahagiaan Malaysia

Buat julung kalinya, laporan MHI diterbitkan secara terperinci di peringkat negeri dan daerah pentadbiran. Sebanyak 16 laporan negeri disediakan dengan Terengganu (8.64), Johor (8.08) dan Negeri Sembilan (8.01) dikategorikan sebagai negeri sangat bahagia.

Terengganu: Negeri Paling Bahagia, Destinasi Pelancongan Terbaik

Apa yang menjadikan Terengganu unggul ialah keseimbangan antara pembangunan ekonomi, kekuatan budaya dan agama, serta gaya hidup masyarakat yang harmoni. Selain itu, pengiktirafan Terengganu sebagai negeri paling bahagia bukan sahaja melambangkan kesejahteraan hidup rakyatnya, malah turut mengangkat negeri ini sebagai destinasi pelancongan pilihan yang menarik. Negeri Terengganu juga menawarkan pengalaman unik melalui keindahan alam, kekayaan warisan budaya, serta keramahan masyarakat yang membuatkan setiap pelancong berasa seperti berada di rumah sendiri.

indeks kebahagiaan rakyat terengganu 2024
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Malaysia Happiness Index (MHI) 2024

Malaysia Happiness Index (MHI) 2024

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, turut berkongsi laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2024 di laman Facebook rasmi beliau.

Malaysia Happiness Index (MHI) 2024 yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan skor keseluruhan 7.60, menempatkan Malaysia dalam kategori “Bahagia”. Di samping itu, laporan ini mengukur tahap kesejahteraan sosial rakyat berdasarkan pelbagai dimensi penting yang mencerminkan kualiti hidup masyarakat.

Skor Kebahagiaan Keseluruhan Malaysia

  • Skor Indeks Malaysia: 7.60

  • Kategori: Bahagia

  • Kaedah pengukuran: Berdasarkan 94 indikator yang dibahagikan kepada 13 komponen utama seperti kerohanian, keluarga, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan budaya.

10 Daerah Pentadbiran dengan Skor MHI Tertinggi (2024)

Daerah & Negeri

  1. Kluang, Johor – 9.83
  2. Raub, Pahang – 9.52
  3. Mersing, Johor – 9.50
  4. Marang, Terengganu – 9.49
  5. Lipis, Pahang – 9.15
  6. Ranau, Sabah – 9.13
  7. Setiu, Terengganu – 9.06
  8. Kuala Nerus, Terengganu – 9.03
  9. Kunak, Sabah – 8.97
  10. Kemaman, Terengganu – 8.79

Fokus kepada Faktor Penyumbang Kebahagiaan Daerah

  • Marang (9.49) – tradisi kuat, masyarakat nelayan masih mengamalkan gotong-royong.

  • Setiu (9.06) – keindahan ekosistem Setiu Wetlands memberi keseimbangan hidup, mengurangkan stres.

  • Kuala Nerus (9.03) – pusat pendidikan (UMT, UNISZA) dengan komuniti pelajar yang aktif.

  • Kemaman (8.79) – peluang pekerjaan dan ekonomi stabil melalui industri minyak & gas.

Terokai Daerah di Terengganu

5 komponen Kebahagiaan Negeri Terengganu

🕌

Keagamaan & Kerohanian

9.45

👨‍👩‍👧‍👦

Keluarga

9.31

🎓

Pendidikan

8.95

Penggunaan Masa

8.94

💼

Persekitaran Kerja

8.82

Apa Maknanya untuk Terengganu?

Perarakan Bot Merdeka Terengganu (6)
Rakyat Terengganu menyaksikan perarakan bot di Kuala Terengganu Drawbridge

Negeri Paling Bahagia di Malaysia

Kejayaan ini bukan sekadar angka tetapi cerminan gaya hidup masyarakat Terengganu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Alam semula jadi yang masih terpelihara, budaya gotong-royong yang kuat, serta kekayaan warisan menjadikan negeri ini bukan hanya destinasi pelancongan, malah contoh masyarakat yang sejahtera.

Awang Nelang Terengganu

Terengganu: Destinasi Bahagia untuk Semua

Negeri Paling Bahagia di Malaysia

Sebagai negeri yang terkenal dengan pantai indah, pulau tropika menawan serta kekayaan warisan dan budaya tempatan, pengiktirafan ini semakin mengukuhkan daya tarikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan, pendidikan dan tempat terbaik untuk menikmati keindahan alam. Bagi para pelancong, percutian ke Terengganu bukan sekadar melihat panorama mempesona, tetapi juga merasai kehangatan masyarakatnya yang penuh nilai kebersamaan, keramahan dan keprihatinan.

Negeri cantik, budaya menarik,
Insya-Allah, rakyatnya baik-baik.

Tambah Komen

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda

en_GB