
Universiti di Terengganu sangat terkenal dengan pantai indah dan kaya budaya. Dari universiti awam, IPTS, politeknik, kolej komuniti hingga pusat pengajian Islam, negeri ini menawarkan banyak pilihan untuk pelajar mengikut minat dan bidang.
Artikel ini menjadi panduan lengkap “one-stop info” untuk anda yang ingin mengenali semua pusat pengajian di Terengganu, sama ada bercita-cita menjadi jurutera, guru, pendakwah atau mahir dalam kemahiran teknikal.
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
Institut Pengajian Tinggi Awam (Terengganu)

Nama Penuh & Singkatan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) — sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), dan asalnya bermula sebagai Pusat Perikanan & Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia (UPM) di Terengganu.
Lokasi & Tahun Ditubuhkan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terletak di Kuala Nerus, Terengganu, di kawasan pesisir pantai yang menghadap Laut China Selatan. Asal usul UMT bermula pada tahun 1979 apabila ia ditubuhkan sebagai Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia (UPM) di Mengabang Telipot. Ia di naik taraf menjadi Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada tahun 2001. Akhirnya, pada 1 Februari 2007, KUSTEM secara rasmi menjadi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) — universiti penuh yang memfokuskan kepada bidang sains marin, sumber laut dan teknologi maritim.
Kepakaran Utama
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempunyai kepakaran teras dalam bidang sains marin, oseanografi, perikanan, dan sumber laut, menjadikannya pusat rujukan utama negara dalam penyelidikan berkaitan ekosistem maritim. Selain itu, UMT turut unggul dalam bidang sains akuakultur, bioteknologi laut, sains alam sekitar, sains makanan, serta kejuruteraan dan teknologi maritim.
UMT juga memperluas kepakarannya ke bidang tenaga lestari, perubahan iklim, kejuruteraan pantai, teknologi maklumat, ekonomi, dan pengurusan pelancongan marin, seiring dengan keperluan industri semasa. Melalui gabungan penyelidikan saintifik dan pembangunan lestari, UMT kini diiktiraf sebagai universiti rujukan kebangsaan dalam bidang sains dan teknologi kelautan serta pengurusan sumber semula jadi.
Keunikan Kampus / Kelebihan
Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terletak di tepi pantai Kuala Nerus dengan pemandangan menghadap terus ke Laut China Selatan — menjadikannya antara kampus paling indah dan unik di Malaysia. Lokasinya yang strategik ini memberi kelebihan kepada pelajar dan penyelidik untuk menjalankan aktiviti kajian lapangan laut dan pesisir pantai secara langsung di persekitaran semula jadi.
Selain itu, UMT mempunyai kemudahan penyelidikan bertaraf antarabangsa seperti kapal penyelidikan RV Discovery, makmal marin moden, pusat akuakultur, dan stesen penyelidikan pulau yang digunakan untuk penyelidikan biodiversiti laut. Kampusnya juga direka dengan suasana yang tenang dan hijau, sesuai untuk pembelajaran serta penyelidikan berasaskan ekosistem.
Gabungan lokasi pesisir yang eksklusif, kemudahan canggih, dan kepakaran dalam sains marin menjadikan UMT satu-satunya universiti di Malaysia yang benar-benar berteraskan konsep “Ocean of Discoveries for Global Sustainability.”
Untuk info terkini, lawati laman rasmi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) : https://www.umt.edu.my/
| Pusat / Fakulti | Program |
|---|---|
| Pusat Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) | Asasi STEM |
| Pusat / Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA) | Diploma Perikanan |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA) |
Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian |
| Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA) |
Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Teknologi Pemprosesan Agro dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) dengan Kepujian |
| Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) |
Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains (Sains Marin) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Gunaan (Nanofizik) dengan Kepujian |
| Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) |
Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Komputer (Informatik Maritim) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian |
| Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) |
Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga dan Kuasa) dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian (Dual Degree) |
| Fakulti Pengajian Maritim (FPM) |
Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) dengan Kepujian Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim dengan Kepujian Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) dengan Kepujian |
| Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) |
Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dengan Kepujian Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dengan Kepujian Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan) dengan Kepujian Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian |
| Kaedah / Program | Senarai Program |
|---|---|
| Program Penyelidikan (By Research) |
Program berdasarkan penyelidikan individu bersama penyelia pakar dalam bidang berkaitan. Tempoh pengajian bergantung kepada tahap penyelidikan dan bidang kepakaran. |
| Program Kerja Kursus (By Coursework) |
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Sarjana Sains (Perikanan Tropika) Sarjana Kaunseling Sarjana Sains (Akuakultur) Sarjana Pengurusan (Zon Pantai Bersepadu) Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar) Sarjana Ekonomi Sarjana Teknologi Maklumat Sarjana Sains Komputer Sarjana Matematik Sarjana Statistik (Sains Marin) Sarjana Sains (Pengajian Maritim) Diploma Pascasiswazah dalam Pengajian Maritim Sijil Pascasiswazah dalam Pengajian Maritim |
Office of Corporate Communication, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Nama Penuh & Singkatan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ialah universiti awam Islam di Terengganu.
Nama ini diambil sempena Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.
Asalnya dikenali sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).
Kemudian dinaik taraf menjadi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) pada 2006.
Pada tahun 2010, nama rasmi ditukar kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Lokasi & Tahun Ditubuhkan
Kampus utama terletak di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu dan Kampus Tembila, Besut, Terengganu. UniSZA secara rasmi ditubuhkan sebagai universiti awam pada 1 Februari 2005, menjadikannya antara universiti Islam dan komprehensif tertua di Pantai Timur.
Kepakaran Utama
UniSZA dikenali dengan gabungan pendidikan Islam, perubatan, sains sosial, teknologi maklumat, perniagaan, dan kejuruteraan.
Ia menawarkan program berasaskan integrasi antara ilmu naqli (agama) dan aqli (sains moden) — satu keunikan tersendiri berbanding universiti lain di Malaysia.
Keunikan Kampus / Kelebihan
Kampus utama UniSZA di Gong Badak fokus pada pendidikan Islam, perubatan, sains sosial, perniagaan, dan kejuruteraan. Ia direka dengan seni bina Islam moden dan dikelilingi landskap hijau yang mendamaikan. Kampus Tembila pula memberi fokus kepada bidang pertanian dan sains komputer. Gabungan kampus ini menjadikan UniSZA satu-satunya universiti di Malaysia yang mempunyai ekosistem pendidikan menyeluruh dari agama, sains, teknologi, hingga perubatan di bawah satu institusi.
Untuk info terkini, lawati laman rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) : https://www.unisza.edu.my/
| Fakulti / Pusat | Program |
|---|---|
| Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) | Asasi Sains dan Perubatan |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Perubatan (FP) | Diploma Sains Kejururawatan |
| Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) | Diploma Perdagangan Antarabangsa, Diploma Pemasaran, Diploma Insurans, Diploma Kewangan, Diploma Perbankan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Sumber Manusia |
| Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) | Diploma Teknologi Pembuatan, Diploma Reka Bentuk Industri |
| Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) | Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat |
| Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (FKI) | Diploma Usuluddin, Diploma Syariah, Diploma al-Quran dan as-Sunnah, Diploma Dakwah, Diploma Pentadbiran Islam, Diploma Sejarah dan Tamadun Islam, Diploma Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Diploma Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat |
| Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) | Diploma Undang-Undang |
| Fakulti Sains Kesihatan (FSK) | Diploma Fisioterapi, Diploma Radiografi, Diploma Teknologi Makmal Perubatan |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Perubatan (FP) | Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan Kepujian |
| Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) | Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian |
| Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) | Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kekayaan Islam dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko dan Takaful) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian |
| Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) | Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Industri dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Polimer |
| Fakulti Farmasi (FF) | Ijazah Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian |
| Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) | Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Internet) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Media Informatik) dengan Kepujian |
| Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (FKI) | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan as-Sunnah (Qiraat) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kaunseling dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian |
| Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) | Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian |
| Fakulti Sains Kesihatan (FSK) | Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dengan Kepujian |
| Fakulti BioSumber dan Industri Makanan (FBIM) | Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembiakan Tumbuhan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Akuatik) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Agrobisnes dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengeluaran Haiwan dan Kesihatan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Makanan Halal |
| Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) | Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Arab dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam dengan Media Kontemporari, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Perubatan (FP) | Sarjana Sains (Kesihatan), Sarjana Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar |
| Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) | Sarjana Sains Sosial, Sarjana Sastera |
| Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) | Sarjana Sains (Pengurusan), Sarjana Kewangan Islam, Sarjana Sains (Kewangan), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Sarjana Sains (Ekonomi), Sarjana Sains (Perakaunan), Sarjana Sains (Pemasaran) |
| Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) | Sarjana Sains (Kejuruteraan dan Perdagangan Kejuruteraan), Sarjana Sastera, Sarjana Sains (Pembuatan dan Pemprosesan) |
| Fakulti Farmasi (FF) | Sarjana Sains (Kesihatan) |
| Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) | Sarjana Teknologi Maklumat (Pengurusan Informatik), Sarjana Sains (Matematik), Sarjana Sains (Sains Komputer), Sarjana Sains (Statistik) |
| Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (FKI) | Sarjana Syariah, Sarjana Usuluddin, Sarjana al-Quran dan al-Sunnah, Sarjana Pengajian Islam, Sarjana Pendidikan, Sarjana Sains, Sarjana Dakwah, Sarjana Pengurusan Pendidikan |
| Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) | Sarjana Undang-Undang, Sarjana Hubungan Antarabangsa, Sarjana Undang-Undang Komersial, Sarjana Undang-Undang Perbandingan |
| Fakulti Sains Kesihatan (FSK) | Sarjana Sains (Sukan), Sarjana Sains (Kesihatan) |
| Fakulti BioSumber dan Industri Makanan (FBIM) | Sarjana Sains (Sains Gunaan, Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Biologi dan Biokimia, Pemprosesan Makanan) |
| Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) | Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris, Sarjana Pengajian Bahasa Arab |
| ESERI | Sarjana Sains Alam Sekitar |
| INSPIRE | Sarjana Tamadun Islam |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Perubatan (FP) | Doktor Falsafah (Kesihatan), Doktor Falsafah (Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar) |
| Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) | Doktor Falsafah (Kerja Sosial dan Kaunseling), Doktor Falsafah (Pelancongan dan Rekreasi), Doktor Falsafah (Sains Sosial dan Tingkah Laku) |
| Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) | Doktor Falsafah (Pengurusan dan Pentadbiran), Doktor Falsafah (Perakaunan dan Percukaian), Doktor Falsafah (Ekonomi), Doktor Falsafah (Pemasaran dan Pengiklanan), Doktor Falsafah (Kewangan, Perbankan dan Insurans) |
| Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) | Doktor Falsafah (Seni), Doktor Falsafah (Kejuruteraan dan Perdagangan Kejuruteraan), Doktor Falsafah (Pembuatan dan Pemprosesan) |
| Fakulti Farmasi (FF) | Doktor Falsafah (Kesihatan) |
| Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) | Doktor Falsafah (Statistik), Doktor Falsafah (Matematik), Doktor Falsafah (Sains Komputer) |
| Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (FKI) | Doktor Falsafah (Agama), Doktor Falsafah (Latihan Perguruan dan Sains Pendidikan) |
| Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) | Doktor Falsafah (Undang-Undang) |
| Fakulti Sains Kesihatan (FSK) | Doktor Falsafah (Kesihatan), Doktor Falsafah (Sukan) |
| Fakulti BioSumber dan Industri Makanan (FBIM) | Doktor Falsafah (Sains Gunaan, Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Biologi dan Biokimia, Pemprosesan Makanan) |
| Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) | Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Inggeris), Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Arab) |
| ESERI | Doktor Falsafah (Sains Alam Sekitar) |
| INSPIRE | Doktor Falsafah (Tamadun Islam) |
Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman, Malaysia

Nama Penuh & Singkatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu ialah salah satu cawangan UiTM yang berperanan menyediakan pendidikan tinggi berkualiti di pantai timur Malaysia. Ia terdiri daripada tiga kampus utama iaitu Kampus Dungun (Induk), Kampus Bukit Besi, dan Kampus Chendering di Kuala Terengganu. Singkatan rasminya ialah UiTM Terengganu.
Lokasi & Tahun Ditubuhkan
Kampus Dungun (Kampus Induk)
Terletak di Sura Hujung, Dungun, kampus ini merupakan kampus induk UiTM Cawangan Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 1975. Ia menjadi pusat utama pengajian dengan pelbagai fakulti akademik dan kemudahan lengkap.
Kampus Chendering (Kuala Terengganu)
Kampus ini terletak di Chendering, Kuala Terengganu dan ditubuhkan pada tahun 2007. Ia menumpukan kepada program pengajian profesional serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan komuniti setempat.
Kampus Bukit Besi (Dungun)
Terletak di Bukit Besi, Dungun, kampus ini mula beroperasi pada tahun 2013. Ia berfungsi sebagai pusat latihan teknikal dan kemahiran industri, memberi tumpuan kepada bidang kejuruteraan, sains, dan teknologi aplikasi.
Kepakaran Utama
UiTM Cawangan Terengganu yang merangkumi Kampus Dungun, Chendering dan Bukit Besi memiliki kepakaran utama dalam bidang pengurusan perniagaan, perakaunan, kewangan, pelancongan, hospitaliti, kejuruteraan, teknologi maklumat dan sains gunaan, menjadikannya pusat pendidikan unggul yang seimbang antara teori, kemahiran teknikal dan pembangunan industri.
Keunikan Kampus / Kelebihan
Keunikan UiTM Cawangan Terengganu terletak pada gabungan tiga kampusnya — Dungun, Chendering dan Bukit Besi — yang menawarkan kelebihan tersendiri; Dungun sebagai pusat akademik dan pentadbiran utama dengan suasana pantai yang tenang, Chendering menonjol sebagai kampus penyelidikan dan inovasi di pinggir bandar Kuala Terengganu, manakala Bukit Besi menyerlah dalam latihan teknikal dan kejuruteraan berasaskan industri, menjadikan keseluruhannya institusi pendidikan yang seimbang antara teori, praktikal dan penerapan komuniti.
Untuk info terkini, lawati laman rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu : https://terengganu.uitm.edu.my/index.php/en/
| Fakulti / Sekolah | Program |
|---|---|
| Fakulti Perakaunan | Diploma Perakaunan (AC110) |
| Fakulti Sains Gunaan | Diploma Teknologi Higien Industri (AS124) |
| Fakulti Pengurusan dan Perniagaan | Diploma Analisis Pelaburan (BA114), Diploma Pengurusan Pejabat dan Teknologi (BA118), Diploma Teknologi Pengurusan Pejabat (BA132) |
| Sekolah Kejuruteraan Elektrik | Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) (EE111/CEEE111), Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) (EE112/CEEE112) |
| Sekolah Kejuruteraan Mekanikal | Diploma Kejuruteraan Mekanikal (EM110/CEEM110) |
| Sekolah Kejuruteraan Kimia | Diploma Kejuruteraan Kimia (EH110/CEEH110) |
| Fakulti Sains Komputer dan Matematik | Diploma Sains Komputer (CDCS110) |
| Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan | Diploma Pengurusan Pelancongan (HM110, HM111), Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan (HM112), Diploma Seni Kulinari (HM115) |
| Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) | Diploma Muamalat (IC110) |
| Fakulti / Sekolah | Program |
|---|---|
| Fakulti Perakaunan | Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (AC220) |
| Fakulti Pengurusan dan Perniagaan | Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (BA244), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) (Kepujian) (BA242), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan (Kepujian) (BA234) |
| Sekolah Kejuruteraan Elektrik | Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Pintar Elektronik) (Kepujian) (CEEE250) |
| Sekolah Kejuruteraan Mekanikal | Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (CEEM246) |
| Fakulti Sains Komputer dan Matematik | Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (CDCS230), Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat (Pengkomputeran Perniagaan) (Kepujian) (CDCS264), Ijazah Sarjana Muda Sains (Pemodelan Matematik dan Analitik) (Kepujian) (CDCS267), Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) (Kepujian) (CDCS270) |
| Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan | Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel (HM240), Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan (HM242), Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Hospitaliti (Kepujian) (HM260), Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Kepujian) (HM262) |
| Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) | Pra-Diploma Pengajian Islam (IC001 / IC002) |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi | Diploma Pentadbiran Awam (AM110), Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) (AM228) |
| Fakulti Pengurusan dan Perniagaan | Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) (BA232) |
| Fakulti / Sekolah | Program |
|---|---|
| Fakulti Pengurusan dan Perniagaan | Sarjana Pengurusan Sistem Pejabat (BA775) |
| Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) | Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Eksekutif) (AA701) |
| Fakulti / Kolej | Program |
|---|---|
| Fakulti Perakaunan | Sarjana Sains (Perakaunan) (AC750), Doktor Falsafah (Perakaunan) (AC950) |
| Fakulti Pengurusan dan Perniagaan | Sarjana Sains (Pengurusan Perniagaan) (BA750), Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan) (BA950) |
| Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik | Sarjana Sains (Sains Komputer) (CS750), Sarjana Sains (Teknologi Maklumat) (CS751), Sarjana Sains (Matematik) (CS752), Sarjana Sains (Statistik) (CS753), Sarjana Sains (Sains Keputusan) (CS754), Sarjana Sains (Sains Aktuari) (CS755), Doktor Falsafah (Sains Komputer) (CS950), Doktor Falsafah (Teknologi Maklumat) (CS951), Doktor Falsafah (Matematik) (CS952), Doktor Falsafah (Statistik) (CS953), Doktor Falsafah (Sains Keputusan) (CS954), Doktor Falsafah (Sains Aktuari) (CS955) |
| Kolej Kejuruteraan | Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik) (CEEE750), Sarjana Sains (Kejuruteraan Kimia) (CEEH750), Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal) (CEEM750), Doktor Falsafah (Kejuruteraan Elektrik) (CEEE950), Doktor Falsafah (Kejuruteraan Kimia) (CEEH950), Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal) (CEEM950) |
| Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan | Sarjana Sains (Pengurusan Hotel) (HM750), Sarjana Sains (Pengurusan Pelancongan) (HM751), Sarjana Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) (HM752), Doktor Falsafah (Pengurusan Hotel dan Pelancongan) (HM950) |
| Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) | Sarjana Pengajian Islam Kontemporari (IC780), Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari) (IC990) |
| Akademi Pengajian Bahasa | Sarjana Pengajian Bahasa Gunaan (LG750), Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Gunaan) (LG950) |
| Program | Kod |
|---|---|
| Pra Diploma Pengajian Islam | IC001 / IC002 |
| Pra Diploma Perdagangan | BA002 / BA003 |
| Pra Diploma Sains | PD007 / PD008 |
| Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) | AS002 / AS003 |
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.
Institut Pengajian Tinggi Swasta (Terengganu – Universiti/University College/Kolej Swasta)
Nama Penuh & Singkatan
University College TATI (UC TATI) — sebelum ini dikenali sebagai Terengganu Advanced Technical Institute (TATI).
Lokasi & Tahun Ditubuhkan
Bertempat di Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu. UC TATI bermula sebagai TATI dan di’swastakan’ pada 1993.
Kampus kekal telah digunakan sejak tahun 1996 setelah pemindahan dari lokasi sementara.
Kepakaran Utama
UC TATI memberi tumpuan kepada pendidikan teknikal & vokasional (TVET) dalam bidang kejuruteraan, teknologi komputer, reka bentuk teknologi, pengurusan teknologi dan program berkaitan industri.
Keunikan Kampus / Kelebihan
Kampus UC TATI terletak di kawasan Teluk Kalong — berdekatan dengan industri dan kawasan pesisir, membolehkan kerjasama industri lebih mudah. Ia juga diiktiraf dengan status “Top TVET University in Terengganu” dan mempunyai akreditasi ISO serta pengiktirafan MQA.
Untuk info terkini, lawati laman rasmi Universiti College TATI (UC TATI) : https://www.tatiuc.edu.my/
| Kampus / Pusat | Program |
|---|---|
| Kampus Induk, Kemaman |
Foundation in Engineering Foundation in Information Technology |
| Bidang / Fakulti | Program |
|---|---|
| Program Teknologi Kejuruteraan |
DMTIM – Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Alatan dan Acuan) DMDT – Diploma Teknologi Reka Bentuk Pembuatan DIPT – Diploma Teknologi Polimer Industri DCET – Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia DAET – Diploma Teknologi Kejuruteraan Automasi Industri (Elektrikal) DNET – Diploma Teknologi Kejuruteraan (Ujian Tanpa Musnah) DMAT – Diploma Teknologi Penyelenggaraan Automotif DIAT – Diploma Teknologi Automasi Industri |
| Program Teknologi Komputer, Media dan Pengurusan |
DGDD – Diploma Reka Bentuk Grafik Digital DIMA – Diploma Pengurusan Teknologi dalam Perakaunan DIME – Diploma Pengurusan Teknologi dalam Keusahawanan DCSC – Diploma Sains Komputer DCIT – Diploma Teknologi Maklumat |
| Kampus Bandaraya UC TATI, Kuala Terengganu |
DECE – Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak DISR – Diploma Rekreasi Sukan DIBM – Diploma Pengurusan Perniagaan |
| Bidang / Fakulti | Program |
|---|---|
| Program Teknologi Kejuruteraan |
BMET – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Alatan) dengan Kepujian BIMT – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Industri dengan Kepujian BEMT – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Mekatronik) dengan Kepujian BEET – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian BCET – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian BPET – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Polimer dengan Kepujian |
| Program Teknologi Komputer, Media dan Pengurusan |
BDGD – Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik Digital (Kepujian) BCSC – Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) BCNS – Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer dan Keselamatan) dengan Kepujian BIBM – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Perniagaan (Kepujian) BBMT – Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) |
| Kampus Bandaraya UC TATI, Kuala Terengganu | BBMTC – Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) |
| Bidang / Program | Senarai Program |
|---|---|
| Program Sarjana |
Sarjana Sains dalam Teknologi Kejuruteraan (Kimia) Sarjana Sains (Teknologi Maklumat) Sarjana Sains dalam Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan) Sarjana Sains dalam Teknologi Kejuruteraan (Instrumentasi) |
| Bidang | Program |
|---|---|
| Teknologi Kejuruteraan | Ijazah Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan |
University College TATI (UC TATI), Teluk Kalong, 24000 Kemaman,Terengganu, Malaysia.
Nama Penuh & Singkatan
MSU College ialah singkatan rasmi bagi Management & Science University (sebelumnya dikenali sebagai PTPL College)
Lokasi & Tahun Penubuhan / Sejarah Ringkas
MSU College ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai bagian daripada rangkaian institusi pendidikan MSU.
Kampus cawangan termasuk Kuala Terengganu bernaung di bawah MSU College dan berada di bawah sistem MSU (Management & Science University) sebagai institusi pra-universiti / kolej.
Kepakaran Utama
MSU College memberi tumpuan kepada program diploma, sijil, dan pra-universiti dalam bidang seperti pengurusan, perakaunan, teknologi maklumat, pelancongan & hospitaliti, dan sains kesihatan. (Berdasarkan program yang disenaraikan di laman MSU College)
Keunikan / Kelebihan
Sebagai kolej “feeder” kepada MSU, ia memudahkan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke program ijazah MSU.
Menyediakan program “added value subjects – PEC (Personal Enrichment Competency)” untuk kemahiran insaniah pelajar di MSU College Terengganu.
Kedudukan di Terengganu membolehkan ia memenuhi keperluan pendidikan tinggi di kawasan Pantai Timur dan memudahkan akses bagi pelajar di negeri-negeri sekitarnya.
Untuk info terkini, lawati laman rasmi MSU College : https://www.msucollege.edu.my/
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Faculty of Business Management & Professional Studies | Sijil Pengurusan Perniagaan JPT/BPP (R2/340/3/0416) (03/25) (A9982) |
| School of Hospitality and Creative Arts | Sijil Operasi Pelancongan JPT/BPP (R2/812/3/0105) (10/25) (A6345) |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Faculty of Business Management & Professional Studies |
Diploma Pengurusan (R2/345/4/0409) (08/24) (A9981) Diploma Perakaunan (R3/344/4/0041) (02/25) (A5347) |
| School of Hospitality and Creative Arts |
Diploma Pengurusan Pelancongan (R3/811/4/0130) (11/25) (A6346) Diploma Seni Kulinari (R2/811/4/0377) (07/24) (A9979) |
| Faculty of Information Sciences & Engineering |
Diploma Teknologi Maklumat (R2/481/4/0045) (03/25) (A9984) Diploma Rekabentuk Grafik (R3/0211/4/0075) (09/28) (A9546) |
| Faculty of Health and Life Sciences | Diploma Teknologi Makmal Perubatan (R2/725/4/0047) (06/25) (A5119) |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Faculty of Business Management & Professional Studies | Bachelor in International Business (Kepujian) (Kerjasama dengan MSU) (R3/340/6/0266) (08/27) (A8020) |
MSU College (Terengganu) at PT 1979K, Jalan Sultan Omar, 20300, Kuala Terengganu
Nama Penuh & Singkatan
UNITAR College merupakan sebahagian daripada UNITAR International University — universiti swasta pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1997. Nama “UNITAR” berasal daripada Universiti Tun Abdul Razak, yang kini dikenali dengan jenama antarabangsa sebagai UNITAR International University (UNITAR).
Lokasi & Tahun Penubuhan / Sejarah Ringkas
UNITAR International University ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini mempunyai beberapa pusat pembelajaran di seluruh Malaysia, termasuk UNITAR College Kuala Terengganu yang berfungsi sebagai pusat pembelajaran wilayah di Pantai Timur.
Cawangan Kuala Terengganu menyediakan akses kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tanpa perlu ke kampus utama di Petaling Jaya.
Kepakaran Utama
UNITAR memberi tumpuan kepada pendidikan berasaskan teknologi, fleksibel, dan mampu milik.
Bidang utama yang ditawarkan merangkumi:
Perniagaan & Pengurusan
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Teknologi Maklumat & Multimedia
Komunikasi & Media
Perakaunan & Kewangan
Selain itu, UNITAR dikenali sebagai peneraju pembelajaran digital (Digital Learning University) di Malaysia, dengan pendekatan blended learning dan sistem pembelajaran dalam talian yang menyeluruh.
Keunikan / Kelebihan
Menawarkan sistem pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk pelajar bekerja dan pelajar sepenuh masa.
Mempunyai kurikulum berasaskan industri dan pengiktirafan MQA (Malaysian Qualifications Agency).
Pelajar UNITAR College Terengganu boleh menyambung pengajian terus ke peringkat ijazah UNITAR International University tanpa perlu berpindah kampus.
Menyediakan persekitaran pembelajaran digital yang moden dengan sokongan tenaga pengajar profesional dan berpengalaman.
Untuk info terkini, lawati laman rasmi UNITAR College : https://www.unitar.my/
| Program | Keterangan |
|---|---|
| SKM: Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang menekankan kemahiran asas dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi memenuhi keperluan pusat asuhan dan prasekolah. |
| Program | Keterangan |
|---|---|
| Program Asasi Pengurusan | Menekankan asas dalam bidang pengurusan dan keusahawanan sebagai persediaan ke peringkat ijazah dalam bidang perniagaan dan pentadbiran. |
| Program Asasi Sastera | Memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam bidang sastera dan kemanusiaan dengan fokus kepada kemahiran komunikasi, bahasa dan pemikiran kritikal. |
| Program | Keterangan |
|---|---|
| Diploma Aplikasi Multimedia | Fokus kepada kemahiran menghasilkan kandungan digital interaktif dan multimedia kreatif untuk industri kreatif dan teknologi maklumat. |
| Diploma E-Kesetiausahaan | Melatih pelajar dengan kemahiran kesetiausahaan moden, teknologi pejabat dan komunikasi profesional menggunakan platform digital. |
| Diploma E-Perniagaan | Menekankan pengurusan perniagaan atas talian dan strategi pemasaran digital sesuai dengan era e-dagang semasa. |
| Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Mendedahkan pelajar kepada teori dan amalan pendidikan kanak-kanak serta kemahiran pengajaran peringkat prasekolah. |
| Diploma Pengurusan Perniagaan | Membekalkan asas kukuh dalam pengurusan organisasi, sumber manusia, dan pemasaran untuk dunia perniagaan. |
| Diploma Pengurusan Pelancongan | Memberi pendedahan kepada industri pelancongan dan hospitaliti, termasuk operasi pelancongan, destinasi dan pengurusan acara. |
| Diploma Teknologi Maklumat | Fokus kepada kemahiran teknikal dalam pembangunan sistem komputer, reka bentuk laman web dan pengurusan data. |
| Diploma Senireka Grafik Berkomputer | Menggabungkan seni visual dan teknologi untuk menghasilkan reka bentuk grafik digital yang kreatif dan profesional. |
| Program | Keterangan |
|---|---|
| Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) | Program peringkat ijazah yang memberi fokus kepada teori dan amalan dalam pengurusan perniagaan, pemasaran, dan kepimpinan strategik untuk melahirkan graduan berdaya saing. |
Nama Penuh & Singkatan
Open University Malaysia — sering dirujuk sebagai OUM
Lokasi & Tahun Penubuhan / Sejarah Ringkas
Ditubuhkan pada Ogos 2000 oleh METEOR (konsortium 11 universiti awam Malaysia) sebagai universiti jarak jauh dan pembelajaran terbuka. Walaupun berpusat di Kuala Lumpur, OUM mempunyai banyak learning centres di seluruh Malaysia untuk menyokong pelajar tempatan.
Kepakaran Utama
OUM memberi fokus kepada pendidikan jarak jauh (open & distance learning), dengan penawaran program dari diploma hingga PhD, dalam bidang seperti perniagaan & pengurusan, pendidikan, teknologi maklumat, sains terapan, serta sains sosial & kemanusiaan.
Keunikan Kampus / Kelebihan
Pelajar boleh belajar fleksibel tanpa perlu tinggal dekat kampus — sesuai untuk yang bekerja atau mempunyai komitmen lain.
Sistem pembelajaran digital / online melalui platform seperti e-tutorials, forum interaktif, dan modul dalam talian (myINSPIRE)
Pengiktirafan rasmi oleh MQA dan badan profesional lain, dan menawarkan laluan alternatif seperti APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) untuk mereka yang mempunyai pengalaman kerja.
Untuk info terkini, lawati laman rasmi OUM : https://www.oum.edu.my/
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Faculty of Business and Management | DIA – Diploma in Accounting, DHRM – Diploma in Human Resource Management, DIM – Diploma in Management |
| Faculty of Education | DECE – Diploma in Early Childhood Education |
| Faculty of Computing and Analytics | DIT – Diploma in Information Technology |
| Faculty of Social Sciences and Humanities | DISE – Diploma in Islamic Studies with Education, DPSY – Diploma in Psychology |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Faculty of Business and Management | BAC – Bachelor of Accounting (Hons), BBA – Bachelor of Business Administration (Hons), BHRM – Bachelor of Human Resource Management (Hons), BIM – Bachelor of Management (Hons), BM – Bachelor of Marketing (Hons), BTRM – Bachelor of Tourism Management (Hons), BLSCM – Bachelor of Logistics and Supply Chain Management (Hons) |
| Faculty of Education | BECHE – Bachelor of Early Childhood Education (Hons), BETESL – Bachelor of Education (TESL) (Hons), BTPE – Bachelor of Teaching (Primary Education) (Hons) |
| Faculty of Computing and Analytics | BDMD – Bachelor of Digital Media Design (Hons), BIT – Bachelor of Information Technology (Hons) |
| Faculty of Social Sciences and Humanities | BCOM – Bachelor of Communication (Hons), BEST – Bachelor of English Studies (Hons), BIS – Bachelor of Islamic Studies (Islamic Management) (Hons), BLS – Bachelor of Liberal Studies (Hons), BPS – Bachelor of Political Science (Hons), BPSY – Bachelor of Psychology (Hons) |
| Faculty of Technology and Applied Sciences | BMMG – Bachelor of Manufacturing Management (Hons), BOSHM – Bachelor of Occupational Safety and Health Management (Hons), BPFM – Bachelor of Science in Project and Facility Management (Hons) |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Faculty of Business and Management | MBA – Master of Business Administration, MHRM – Master of Human Resource Management, MM – Master of Management |
| Faculty of Education | MECHE – Master of Early Childhood Education, MEd – Master of Education (School Leadership, Educational Management, Master's Project), MIDT – Master of Instructional Design and Technology, SPBM – Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu |
| Faculty of Computing and Analytics | MDS – Master in Data Science, MIT – Master of Information Technology |
| Faculty of Social Sciences and Humanities | MCC – Master of Corporate Communication, MC – Master of Counselling, MEST – Master of English Studies, MIST – Master of Islamic Studies, MPSY – Master of Psychology |
| Faculty of Technology and Applied Sciences | MFM – Master of Facility Management, MN – Master of Nursing, MOSHRM – Master of Occupational Safety and Health Risk Management, MPM – Master of Project Management, MQM – Master of Quality Management |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Faculty of Social Sciences and Humanities | PGDIS – Postgraduate Diploma in Islamic Studies |
| Faculty of Education | PGDT – Postgraduate Diploma in Teaching |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Faculty of Business and Management | DBA – Doctor of Business Administration, PhD (BA) – Doctor of Philosophy (Business Administration) |
| Faculty of Education | EdD – Doctor of Education, PhD (Edu) – Doctor of Philosophy (Education), PhD (ECE) – Doctor of Philosophy (Early Childhood Education) |
| Faculty of Computing and Analytics | PhD (IT) – Doctor of Philosophy (Information Technology) |
| Faculty of Social Sciences and Humanities | PhD (Arts) – Doctor of Philosophy (Arts) — Humanities & Social and Behavioural Sciences |
| Faculty of Technology and Applied Sciences | DN – Doctor of Nursing, PhD (Sc) – Doctor of Philosophy (Science) |
Nama Penuh & Singkatan
University College Bestari (UCB) — sebelum ini dikenali sebagai Institut Teknologi Bestari (ITB).
Lokasi & Tahun Penubuhan / Sejarah Ringkas
Terletak di Setiu, Terengganu, UCB ditubuhkan pada 2002. Ia beroperasi sebagai institusi pengajian tinggi swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
UCB merupakan salah satu kolej universiti pertama di Pantai Timur yang menumpukan kepada pembangunan modal insan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai Islam.
Kepakaran Utama
UCB memberi tumpuan kepada bidang pengurusan, teknologi maklumat, sains sosial, multimedia, kewangan Islam dan pendidikan Islam. Ia juga menawarkan laluan pengajian dari asasi, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana hingga PhD, dengan fokus pada program yang menyokong keperluan industri dan pembangunan masyarakat.
Keunikan Kampus / Kelebihan
Terletak di kawasan Setiu yang tenang dan strategik — sesuai untuk persekitaran pembelajaran kondusif.
Menawarkan yuran pengajian yang kompetitif, dengan pelbagai bentuk bantuan dan tajaan pelajar.
Program pengajian diiktiraf oleh MQA dan menekankan gabungan ilmu akademik dan nilai Islam.
Memiliki hubungan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan dan antarabangsa untuk peluang sambung pengajian dan kerjaya.
Untuk info terkini, lawati laman rasmi UCB : https://www.ucbestari.edu.my/
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | Asasi Pengurusan |
| Fakulti Digital dan Teknologi | Asasi Teknologi Maklumat (FIT) |
| Fakulti Pengajian Islam | Asasi Pengajian Islam |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengurusan Ladang |
| Fakulti Digital dan Teknologi | Diploma Sains Komputer |
| Fakulti Sains Sosial | Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak |
| Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan | Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Hotel |
| Pusat Pengajian Sains Kejururawatan | Diploma Kejururawatan |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) |
| Fakulti Digital dan Teknologi | Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) |
| Fakulti Sains Sosial | Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian) |
| Fakulti Pengajian Islam | Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Dakwah), Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pengurusan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Dakwah dengan Pengurusan (Kepujian) |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | Sarjana Pentadbiran Perniagaan |
| Fakulti Sains Sosial | Sarjana Psikologi Kaunseling |
| Fakulti | Program |
|---|---|
| Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | Doktor Falsafah (Pengurusan dan Pentadbiran) |
Bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
PENGENALAN
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik bermula pada tahun 1969 dengan penubuhan Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan PBB. TVET diperkukuhkan melalui pelbagai dasar penting negara seperti Pelan Induk Perindustrian (1985–1995) dan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan dan latihan (1979 & 1991).
Bagi meningkatkan peranan Politeknik, Transformasi Politeknik diluluskan pada 20 November 2009 dengan empat teras utama:
Menjadikan politeknik setanding universiti awam dan universiti di Terengganu.
Membangunkan program pengajian & penyelidikan bidang tujahan.
Memperkasa kemahiran dan pengetahuan warga politeknik.
Membina imej bereputasi tinggi.
Pada 2010, Jemaah Menteri turut meluluskan penubuhan Politeknik METrO serta politeknik tambahan dalam RMK-9 & RMK-10. Manakala, Kolej Komuniti diperkenal pada tahun 2000 dan ditetapkan sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat pada 2007.
Akhirnya, pada 24 Mac 2017, kerajaan meluluskan penggabungan Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah satu jabatan, iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang disahkan oleh JPA pada 23 Februari 2018
Politeknik dan universiti di Terengganu menjadi pilihan utama pelajar TVET.




MAIDAM / JHEAT / KPT / JPT / Pengurusan Swasta Agama Negeri
Nama Penuh & Singkatan
Kolej Al-Quran Terengganu (College of Al-Quran Terengganu ) (KQT)
Lokasi & Tahun Penubuhan / Sejarah Ringkas
Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) yang berpusat di Kampus Padang Midin, Marang, Terengganu, telah melalui beberapa fasa perkembangan sejak penubuhannya. Institusi ini bermula pada tahun 1984 dengan nama Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu, sebelum dinaik taraf menjadi Institut Al-Quran Terengganu (IQT) pada tahun 2007. Selaras dengan usaha memperkukuh pendidikan tinggi Islam di negeri ini, pada tahun 2015, institusi tersebut secara rasmi dinaiktaraf menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan nombor pendaftaran DK 323 (T). Peningkatan taraf ini menandakan pengiktirafan rasmi terhadap peranan KQT sebagai pusat pengajian tinggi berteraskan Al-Quran yang diiktiraf di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..
Kepakaran Utama
KQT merupakan pusat pengajian tinggi Al‑Quran unggul dan bersepadu bagi melahirkan jayl al‑Quran. Kolej ini menerajui pembentukan sahsiah Quraniyyah melalui penawaran program pengajian Al‑Quran dan kontemporari yang berintegrasikan Al‑Quran.
Keunikan Kampus / Kelebihan
Untuk info terkini, lawati laman rasmi KQT : https://www.kqt.edu.my/
| Bidang / Fakulti: Pengajian Islam | |
| Program | Keterangan |
|---|---|
| Diploma Tahfiz dan Bahasa Al-Quran (DTBQ) | - |
| Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (DTQQ) | - |
| Diploma Pengajian Hadis (DPH) | - |
| Diploma Pengajian Tafsir Al-Quran (DPTQ) | - |
| Diploma Aqidah Islamiah (DAI) | - |
| Diploma Syariah Islamiah (DSI) | - |
| Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) | - |
| Diploma Dakwah Islamiah (DDI) | - |
| Diploma Pengajian Islam (DPI) | - |
| Diploma Eksekutif Pengajian Tafsir Al-Quran (DEPTQ) | Khas untuk warga kerja atau individu berpengalaman. Kelas diadakan hujung minggu secara hybrid (fizikal & dalam talian). |
| Bidang / Fakulti: Pengajian Al-Quran Dewasa (Program Pembelajaran Sepanjang Hayat) | |
| Program | Keterangan |
| Kulliyyah Al-Furqan | Program khas untuk masyarakat dewasa yang ingin mendalami ilmu Al-Quran secara berperingkat dan berterusan. |
Pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti atau kolej di Terengganu berpeluang memohon pelbagai bentuk bantuan kewangan dan biasiswa daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Antara sumber utama termasuk:
Bantuan dan tajaan untuk anak-anak Terengganu
Pinjaman pendidikan persekutuan untuk semua peringkat pengajian
Tajaan bagi pelajar cemerlang dan bidang keutamaan negara
Bantuan kewangan bagi pelajar asnaf dan B40 (melalui pusat zakat negeri)
Hidup sebagai pelajar di Terengganu cukup selesa dan tenang. Kos sara hidup di sini lebih rendah berbanding bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang
(Bergantung pada Lokasi dan Gaya Hidup)
| Item | Anggaran / Julat (RM) | Nota & faktor yang mempengaruhi |
|---|---|---|
| Sewa bilik / rumah | RM 200 – RM 1500 | Bilik sewa di kawasan kampus atau luar bandar biasanya lebih murah; asrama atau shared house boleh bantu jimat. |
| Makan & minum | RM 300 – RM 500 ke atas | Jika sering makan di luar (gerai/kafe kampus), kos boleh lebih tinggi. |
| Pengangkutan | RM 2 – RM 150 | Termasuk minyak atau tambang bas/e-hailing; jika tinggal jauh dari kampus, kos akan naik. |
| Bil utiliti (elektrik, air, gas, internet) | RM 30 – RM 80 | Bergantung penggunaan alat elektrik & cuaca (kipas/aircond). |
| Data / telefon / internet | RM 20 – RM 60 | Tamatan kos data mudah alih atau sumbangan Wi-Fi rumah. |
| Keperluan peribadi & penjagaan diri | RM 20 – RM 60 | Contoh: sabun, syampu, tisu, ubat asas dan lain-lain. |
| Buku / alat tulis / bahan kuliah | RM 10 – RM 50 | Jika banyak subjek atau bahan bercetak tambahan, kos mungkin meningkat. |
| Rekreasi / hiburan / makanan ringan | RM 20 – RM 80 | Bergantung hobi, kekerapan keluar lepak atau beli kudapan. |
| Kecemasan / kesihatan | RM 5 – RM 30 | Kos ubat ringan atau pemeriksaan kecil; elok ada bajet “buffer”. |
Selain menimba ilmu, pelajar di Terengganu juga boleh menikmati pelbagai lokasi menarik untuk bersantai selepas waktu kuliah.
Antara tempat tumpuan pelajar termasuk:
• Pantai Teluk Ketapang — lokasi popular untuk ‘healing’ hujung minggu sambil menikmati angin laut.
• Pasar Payang — syurga beli-belah barangan tempatan seperti batik, songket dan makanan tradisional.
• Drawbridge Kuala Terengganu — mercu tanda moden negeri yang sesuai untuk bergambar dan bersiar-siar.
Bagi pelajar yang mempunyai masa cuti semester, anda juga boleh meneroka Edu-Tourism Terengganu — pakej pelancongan pendidikan yang dijalankan dengan kerjasama UMT. Program ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang untuk pelajar memahami khazanah alam dan budaya Terengganu dengan lebih dekat.
📌 Layari laman rasmi Edu-Tourism negeri Terengganu untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan dan aktiviti pelajar:
👉 Edu-Toirism Terengganu
Tak kira universiti atau kolej mana yang anda pilih, yang penting ialah semangat menimba ilmu dan membina masa depan. Terengganu bukan sekadar tempat belajar, ia adalah tempat membentuk peribadi, pengalaman, dan kenangan yang akan anda bawa seumur hidup.
➡️ Layari Discovery Terengganu
untuk panduan destinasi, gaya hidup pelajar, dan aktiviti menarik di negeri ini.
📚 Selamat menimba ilmu & mencipta kenangan indah di Terengganu!