Panduan Lengkap Ramadan Terengganu 2026

Ramadan di Terengganu 2026

Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat penting sepanjang bulan Ramadan, halaman Panduan Lengkap Ramadan Terengganu 2026 ini menghimpunkan pelbagai info yang berguna. Daripada takwim puasa dan waktu berbuka, sehinggalah kepada lokasi bazar Ramadan, tempat iftar menarik serta acara khas sepanjang Ramadan di Terengganu. Panduan ini sangat sesuai untuk penduduk tempatan, pelancong serta sesiapa sahaja yang ingin merancang aktiviti sepanjang bulan Ramadan di negeri Terengganu.

Apa Itu Ramadan?

Maksud Ramadan

Ramadan ialah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah yang dimuliakan. Ia dikaitkan dengan peristiwa turunnya Al-Quran (Nuzul Al-Quran), dan menjadi bulan latihan rohani untuk membina disiplin, taqwa, serta akhlak. Ramadan juga terkenal sebagai bulan rahmat, keampunan dan peluang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Maksud Puasa (صَوْم / صِيَام)

Puasa dalam Islam bermaksud menahan diri daripada makan, minum, hubungan suami isteri, dan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar (Subuh) hingga terbenam matahari (Maghrib), dengan niat kerana Allah SWT. Ia bukan sekadar menahan fizikal, tetapi juga melatih sabar, ikhlas, dan meningkatkan ketakwaan.

Info Berkaitan Ramadan di Terengganu

1. Takwim Ramadan Terengganu 2026

1. Takwim Ramadan Terengganu 2026

Rujukan lengkap Takwim Ramadan Terengganu 2026 yang memaparkan waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri Terengganu sepanjang bulan Ramadan sebagai panduan umat Islam.

2. Lokasi Iftar Ramadan Terengganu

2. Lokasi Iftar Ramadan Terengganu

Artikel ini menghimpunkan senarai pakej berbuka puasa (iftar) Ramadan di Terengganu merangkumi hotel, restoran dan katering terpilih. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke yang diumumkan oleh pihak penganjur.

3. Pelita Raya Terengganu

3. Pelita Raya Terengganu

Acara Pelita Raya Terengganu yang terkenal dengan ribuan pelita tradisional serta suasana malam Ramadan yang meriah dan menjadi tarikan pengunjung.

4. Senarai Bazar Ramadan Terengganu

4. Senarai Bazar Ramadan Terengganu

Panduan bazar Ramadan Terengganu yang popular di Kuala Terengganu, Kuala Nerus serta beberapa daerah lain dengan pelbagai pilihan makanan berbuka puasa.

Senarai Masjid Di Terengganu

Jika anda ingin menunaikan solat tarawih atau beribadah sepanjang bulan Ramadan, berikut ialah senarai masjid di Terengganu di bawah pelancongan negeri yang boleh anda kunjungi untuk merasai suasana ibadah yang tenang serta keindahan seni bina masjid yang menjadi tarikan pelancong.

Info Lokasi Moreh di Terengganu

Jika anda mencari port moreh di Terengganu, terdapat pelbagai lokasi menarik seperti gerai makanan malam, kafe, food truck dan kawasan street food yang menawarkan pelbagai hidangan moreh sepanjang bulan Ramadan.
  • 🍢 Termoreh Raya – TER Kuala Ibai
  • 🏖️ D’ulek Pandok – Pantai Pandak
  • 🐟 Moreh Along Ikan Baung
  • 🌃 Moreh Anak Tranung – Pasarnita
  • 🌊 Moreh Pantai Batu Buruk – Selekoh Primula
  • 🎉 Reason Moreh 2026
  • 🕌 Payang Moreh – Dataran Jam Pasar Payang
  • 🍜 Selepek Sahur – Payang Walk
  • 🍔 Suasane Moreh – Kuala Ibai
  • 🌳 Moreh Sini – Taman Rekreasi Bukit Besar
  • 🚗 Carfood Sahur – Parking Primula
  • 🎪 Foodie Food Fest x Pesta Pelita – Stadium Gong Badak
🕌

Peringatan Kepada Pengunjung

Sepanjang mengunjungi lokasi iftar dan moreh di Terengganu, para pengunjung disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran. Buanglah sampah di tempat yang disediakan dan elakkan meninggalkan sisa makanan di kawasan awam.

Ingatlah bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Dengan sikap bertanggungjawab ini, kita dapat mengekalkan suasana Ramadan yang lebih selesa, bersih dan penuh keberkatan untuk semua.

Ikuti Kami Di Facebook untuk Maklumat Lanjut

Kemeriahan Ramadan di Terengganu

Kemudahan Pengunjung di Terengganu

Ramadan di Terengganu bukan sekadar tentang berpuasa dan berbuka. Ia juga merupakan masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, menikmati makanan tradisional serta merasai kemeriahan aktiviti komuniti. Dengan adanya Panduan Lengkap Ramadan Terengganu 2026, orang ramai boleh merancang aktiviti sepanjang bulan Ramadan dengan lebih mudah. Ramadan datang hanya setahun sekali. Oleh itu, nikmatilah suasana Ramadan yang meriah di negeri Terengganu bersama keluarga dan orang tersayang.

Amalan Terbaik di Bulan Ramadan

1. Berpuasa Dengan Ikhlas

Menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa juga mengajar kita menjaga lidah, hati dan akhlak.

 

2. Membaca Al-Quran

Ramadan adalah bulan Al-Quran. Amalkan membaca dan menghayati Al-Quran setiap hari untuk menambah pahala serta mendekatkan diri kepada Allah.

3. Solat Tarawih

Solat sunat yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan pada waktu malam. Ia membantu menghidupkan malam Ramadan dan memberi ganjaran pahala yang besar.

4. Bersedekah

Memberi sedekah kepada yang memerlukan atau menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa. Amalan ini sangat digalakkan kerana pahalanya dilipatgandakan.

 

5. Berdoa dan Berzikir

Perbanyakkan doa dan zikir seperti istighfar, tasbih dan tahmid. Ramadan adalah masa terbaik untuk memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah.

6. Bangun Malam (Qiyamullail)

Bangun pada waktu malam untuk solat tahajjud, membaca Al-Quran dan berdoa. Amalan ini sangat dianjurkan terutama pada 10 malam terakhir Ramadan untuk mencari Lailatul Qadar.

 
 

Video Berkaitan Bulan Ramadan di Terengganu

@discoveryterengganu Buffet Ramadan premium tepi pantai 🌊✨ Baby Lobster, Daging Rusa & Udang Galah jadi highlight! 📍 Bayu Restaurant, Primula Beach Hotel 📅 19 Feb – 20 Mac 2026 💰 RM118 Dewasa | RM58 Kanak-kanak @primulabeachhotel #buffetramadanterengganu #primulabeachhotel #iftar2026 #ramadan #AromaHerbaRamadhan ♬ Beautiful Islamic - Udaw Music
@ohmyganung

Moreh di Pesisir Payang tengah bandar Kuala Terengganu. Tempat selesa & luas. Sesuai sangat untuk bawa family. Konsep makan berpicnic santai. Save siap siap posting ni, senang nak singgah nanti.🥰

♬ Ramadhan Tiba - Opick

Pergi ke bazar membeli kerabu,
Singgah sebentar membeli nasi dagang,
Indah suasana berbuka di Terengganu,
Negeri paling bahagia hati pun senang.

Add a Comment

Your email address will not be published.


Kongsikan Kepada Kenalan Anda