🎥01Kamera Khas untuk Vlogging
- Skrin boleh flip, senang tengok frame sendiri
- Autofocus laju dan tepat mengesan muka
- Ada port untuk mikrofon luaran
- Rakaman lebih tajam dalam cahaya malap
- Sesuai bila dah konsisten upload video
RM500 hingga RM3,000
Nak jadi travel vlogger tetapi tidak tahu peralatan apa yang perlu dibeli? Jangan risau. Anda tidak semestinya memerlukan kamera mahal atau studio profesional untuk menghasilkan video percutian yang menarik.
Dalam panduan ini, kami kongsikan peralatan travel vlogger untuk beginner, anggaran bajet, tips memilih aksesori dan cara menghasilkan video yang kelihatan lebih profesional.
DT · VLOG CAM
📸 TersimpanTelefon Pintar Anda Sudah Cukup Untuk Bermula 📱
Sebenarnya, ramai content creator boleh memulakan perjalanan mereka hanya menggunakan telefon pintar. Apa yang penting ialah rakaman yang jelas, audio yang mudah didengar dan cerita yang mampu menarik perhatian penonton. Pemilihan peralatan yang betul dapat memudahkan kerja untuk menghasilkan video di platform media sosial.
Stabil, cukup cahaya dan fokus pada subjek.
Suara jelas tanpa gangguan angin dan bising.
Jalan cerita yang buat penonton tonton sampai habis.
Travel vlogger ialah individu yang berkongsi pengalaman perjalanan melalui rakaman video. Kandungannya boleh berbentuk panduan destinasi, pengalaman menginap di hotel, makanan tempatan, aktiviti menarik, tip perjalanan atau cerita sepanjang percutian. Antara platform yang popular untuk berkongsi travel vlog ialah YouTube, TikTok, Instagram Reels dan Facebook Reels.
Anda juga tidak wajib muncul di hadapan kamera. Video perjalanan boleh dihasilkan menggunakan rakaman suasana, pemandangan, makanan dan suara latar atau voice-over.
Tidak semua peralatan di bawah wajib dibeli. Pilih berdasarkan jenis video, peranti yang sudah dimiliki dan bajet masing-masing.
🎥01🔍
🤳02🔍
🎙️03🔍
🎒04🔍
🔋05🔍
💡06🔍
📹07🔍Bagi mereka yang baru bermula, tidak perlu membeli semua aksesori sekaligus. Susunan pembelian yang lebih praktikal ialah:
🔍Belajar teknik merakam dan membina jalan cerita video.
Ini memudahkan rakaman yang lebih stabil.
Utamakan audio yang jelas jika banyak bercakap dalam video.
Pastikan rakaman tidak terganggu akibat bateri atau memori penuh.
Beli apabila benar-benar diperlukan.
Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan pembaziran membeli aksesori yang akhirnya jarang digunakan.
Tidak semestinya memerlukan peralatan mahal. Apa yang penting ialah kreativiti, teknik rakaman dan cara penyampaian.
🔍Tarik perhatian penonton dalam beberapa saat pertama.
Gabungkan wide shot, medium shot dan close-up supaya video lebih menarik.
Gunakan mikrofon dan kurangkan gangguan bunyi angin atau persekitaran.
Buang rakaman tidak penting, tambah sari kata dan gunakan muzik yang dibenarkan.
Gunakan 9:16 untuk TikTok, Reels dan Shorts, manakala 16:9 untuk video YouTube panjang.
Reels · 60sTerokai makanan, budaya dan lokasi menarik.
TikTok · 45sRakam makanan tradisional dan suasana pasar.
YouTube · 12 minKongsikan perjalanan dan pemandangan menarik.
YouTube · 15 minPaparkan pengalaman menaiki bot, penginapan dan aktiviti pulau.
Baca panduan Redang →
Reels · 30sPerkenalkan lokasi menarik yang kurang dikenali.
Hasilkan video yang bukan sahaja cantik, tetapi turut memberikan informasi berguna kepada penonton.
Ambil inspirasi daripada video perjalanan team kami di sekitar Terengganu.
Pasir Raja Homestay, Nature & Rainforest Gateway▶ YouTube · Discovery TerengganuRamai beginner terlalu fokus kepada peralatan sehingga terlupa perkara yang lebih penting.
Antara kesilapan yang sering berlaku ialah membeli kamera mahal sebelum memahami teknik asas, merakam tanpa perancangan, mengabaikan audio dan tidak membuat salinan sandaran.
Belum faham teknik asas, gajet canggih pun tak membantu.
Senaraikan shot penting sebelum sampai lokasi.
Bunyi angin dan bising boleh buat penonton terus scroll.
Simpan salinan ke cloud atau storan luar setiap malam.
Kesan visual berlebihan buat cerita jadi kabur.
Selain itu, jangan terlalu bergantung pada kesan visual atau transition yang berlebihan. Video yang ringkas, jelas dan mempunyai jalan cerita sering lebih mudah diikuti.
Untuk rakaman di lokasi pelancongan, hormati privasi orang lain dan patuhi peraturan tempat yang dikunjungi.
Tidak. Telefon pintar yang mempunyai fungsi rakaman video baik sudah boleh digunakan untuk memulakan travel vlog.
Telefon atau kamera, tripod dan mikrofon merupakan antara kelengkapan asas. Keperluan lain bergantung pada cara rakaman.
Tidak semestinya. Gimbal membantu menstabilkan rakaman bergerak, tetapi boleh dibeli kemudian jika benar-benar diperlukan.
Jika sudah mempunyai telefon, bajet contoh sekitar RM100 hingga RM300 boleh digunakan untuk mendapatkan tripod serta mikrofon bajet. Kos sebenar bergantung pada produk dan kualiti yang dipilih.
Smartphone lebih mudah digunakan dan dibawa. Kamera khusus pula menawarkan kelebihan tertentu seperti pilihan lensa, kawalan manual atau penstabilan khusus, bergantung pada model.
Boleh. Gunakan video pemandangan, makanan, aktiviti dan voice-over untuk menyampaikan cerita kepada penonton.
Menjadi travel vlogger tidak semestinya memerlukan modal besar. Dengan telefon pintar, tripod dan mikrofon yang sesuai, anda sudah boleh mula menghasilkan kandungan tentang destinasi pelancongan, makanan, budaya serta pengalaman perjalanan.
Apa yang lebih penting ialah konsisten menghasilkan video, mempelajari teknik rakaman dan memberikan maklumat yang berguna kepada penonton. Mulakan dengan peralatan yang ada. Apabila kemahiran bertambah, barulah pertimbangkan aksesori atau kamera yang lebih canggih.

Burung camar terbang ke Redang,
Singgah sebentar di Pulau Kapas;
Mula merakam jangan dihalang,
Kisah percutian dikongsi luas.
🎬 Selamat merakam dan jumpa di destinasi seterusnya!
Anggaran kasar sahaja. Harga sebenar bergantung pada model, jenama dan promosi semasa.