SP3T
Pembiayaan · YPU

Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu

Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu yang bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan ini adalah berasaskan kepada prinsip Al-Qardh Al-Hasan.

Disemak · Sumber rasmi: YPU

Jumlah PembiayaanRM7,000 – RM50,000
Jangkamasa BayaranSehingga 60 bulan
Cagaran / Caj KeuntunganTiada
Kadar Caj PerkhidmatanRM100 bagi setiap kelulusan

Ringkasan

PenjaminKakitangan Kerajaan / Swasta (Yang telah disahkan oleh Majikan- Mencarun KWSP @ SOSCO secara tetap) Berumur 18 – 60 tahun
Had Gaji Kasar PenjaminMinima RM1,500 (Permohonan RM7,000 - RM30,000) Minima RM2,500 (Permohonan RM30,001 - RM50,000)

Jenis aktiviti dan perniagaan

  • Sektor Peruncitan: Restoran, kedai runcit, pakaian, perkakasan dapur, kraftangan, perhiasan, produk kesihatan dan lain-lain yang berkaitan
  • Sektor Perkhidmatan: Jahitan, studio gambar, kerja kimpalan, bengkel motor, pembaikian (elektrikal / aircond), taska, spa, pembekal / vendor peralatan dan lain-lain yang berkaitan.
  • Sektor Pembuatan: Industri kecil seperti memproses makanan,perkilangan dan lain-lain yang berkaitan.
  • Sektor Pelancongan: Industri kecil seperti memproses makanan,perkilangan dan lain-lain yang berkaitan.

Cara memohon

  1. Borang permohonan boleh diambil di Pejabat YPU / Website YPU. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke YPU. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima dan akan dikembalikan.
  2. Pegawai Penilai akan membuat lawatan ke premis / ruang perniagaan bagi memproses dan menilai permohonan pemohon.
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pengurusan Kredit akan dilaksanakan bagi mendapatkan keputusan kelulusan atau penolakan permohonan.
  4. Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan

Pengeluaran dan bayaran balik

  • Penyaluran dana pembiayaan akan dimasukkan terus ke akaun peminjam.
  • Peminjam perlu menghantar: Muka hadapan akaun Bank Islam atau Muka hadapan akaun bank lain (Tidak Digalakkan) Dan salinan Kad Pengenalan bagi proses kemasukan duit dan bayaran balik pembiayaan.
  • Bayaran balik pembiayaan adalah secara Auto Debit menggunakan akaun yang diberikan.

Syarat permohonan

  • Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
  • Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu / bermastautin di Terengganu (>10 tahun berserta bukti) dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
  • Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
  • Mempunyai tempat / ruang perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.
  • Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya: 6 bulan bagi pembiayaan RM7,000 - RM30,000. 1 tahun bagi pembiayaan RM30,001 – RM50,000.
  • Mempunyai penyata bank pemohon / syarikat yang aktif: 3 bulan bagi pembiayaan RM7,000 - RM30,000. 6 bulan bagi pembiayaan R RM30,001 – RM50,000.
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
  • Tidak mempunyai rekod bayaran / kewangan yang tidak memuaskan dengan mana-mana agensi kewangan yang lain.
  • Pemohon mestilah berdaftar sebagai Ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).

YPU: skim lain

Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.

Muat turun borang