Jenis aktiviti dan perniagaan
- Semua sektor perniagaan yang TIDAK bercanggah dengan undang-undang Malaysia.
Cara memohon
- Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
- Pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memproses dan menilai permohonan anda, termasuk lawatan ke premis perniagaan.
- Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran 20 % kepada pembekal.
Dokumen diperlukan
- Borang pemohonan yang lengkap diisi.
- Gambar berukuran passport
- Salinan Mykad pemohon.
- Salinan Kad OKU.
- Lesen perniagaan (SSM), gambar produk & premis perniagaan dan borang A & D (jika berkenaan).
- Gambar Produk.
- Sebutharga atau senarai barangan atau peralatan yang diperlukan.
- Salinan Kad Keahlian SUT.
- Salinan Daftar Pemilih (SPR).
- Lakaran pelan lokasi. (Google Maps tidak diterima)
Syarat permohonan
- Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
- Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
- Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
- Pemegang Kad OKU Sahaja.
- Memiliki lesen perniagaan SAH yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan.
- Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
YPU: skim lain
Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.