Ringkasan
Jenis aktiviti dan perniagaan
- Khusus kepada Usahawan PKS yang Berprestasi Tinggi (Pasaran Luar Negera).
- Memperbaharui atau ke Arah Pensijilan Halal Malaysia.
- Usahawan bagi produk Kraf dan Warisan Negeri Terengganu.
Cara memohon
- Borang permohonan boleh diambil di Pejabat YPU / Website YPU. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke YPU. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima dan akan dikembalikan.
- Pegawai Penilai akan membuat lawatan ke premis / ruang perniagaan bagi memproses dan menilai permohonan pemohon.
- Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pengurusan Kredit akan dilaksanakan bagi mendapatkan keputusan kelulusan atau penolakan permohonan.
- Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan
Pengeluaran dan bayaran balik
- Penyaluran dana pembiayaan akan dimasukkan terus ke akaun peminjam.
- Peminjam perlu menghantar: Muka hadapan akaun Bank Islam atau Muka hadapan akaun bank lain (Tidak Digalakkan) Dan salinan Kad Pengenalan bagi proses kemasukan duit dan bayaran balik pembiayaan.
- Bayaran balik pembiayaan adalah secara Auto Debit menggunakan akaun yang diberikan.
Syarat permohonan
- Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
- Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu / bermastautin di Terengganu (>10 tahun berserta bukti) dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
- Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
- Pemohon mestilah mengemukan dua (2) orang penjamin.
- Mempunyai tempat / ruang perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.
- Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Mempunyai penyata bank pemohon / syarikat yang aktif 1 tahun.
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
- Tidak mempunyai rekod bayaran / kewangan yang tidak memuaskan dengan mana-mana agensi kewangan yang lain.
- Pemohon mestilah berdaftar sebagai Ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).
YPU: skim lain
Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.