SPMT
Pembiayaan · YPU

Skim Pembiayaan Mobile Truck Terengganu

Skim Pembiayaan Mobile Truck Terengganu (SPMT) merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) yang bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan ini dilaksanakan di bawah Skim PEMBIAYAAN Tanpa Faedah - Al-Ijarah.

Disemak · Sumber rasmi: YPU

Jumlah PembiayaanSehingga RM100,000
Jangkamasa BayaranSehingga 7 tahun
CagaranTiada
Kadar Caj Pengurusan2% setahun

Ringkasan

Kadar Caj PerkhidmatanRM100 bagi setiap kelulusan
PenjaminKakitangan Kerajaan / Swasta (Yang telah disahkan oleh Majikan) Berumur 21 – 55 tahun
Had Gaji Kasar PenjaminMinima RM3,000

Tujuan pembiayaan

  • Pembelian van dan peralatan bagi tujuan menjalankan aktiviti perniagaan secara mobile sahaja dari satu (1) pembekal sahaja.

Cara memohon

  1. Borang permohonan boleh diambil di Pejabat YPU / Website YPU. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke YPU. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima dan akan dikembalikan.
  2. Pegawai Penilai akan membuat lawatan ke premis / ruang perniagaan bagi memproses dan menilai permohonan pemohon.
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pengurusan Kredit akan dilaksanakan bagi mendapatkan keputusan kelulusan atau penolakan permohonan.
  4. Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan

Pengeluaran dan bayaran balik

  • Penyaluran dana pembiayaan akan dimasukkan terus ke akaun peminjam.
  • Peminjam perlu menghantar: Muka hadapan akaun Bank Islam atau Muka hadapan akaun bank lain (Tidak Digalakkan) Dan salinan Kad Pengenalan bagi proses kemasukan duit dan bayaran balik pembiayaan.
  • Bayaran balik pembiayaan adalah secara Auto Debit menggunakan akaun yang diberikan.

Syarat permohonan

  • Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
  • Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu / bermastautin di Terengganu (>10 tahun berserta bukti) dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
  • Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
  • Pemohon mestilah mengemukan dua (2) orang penjamin.
  • Mempunyai tempat / ruang perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.
  • Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Mempunyai penyata bank pemohon / syarikat yang aktif 1 tahun.
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
  • Tidak mempunyai rekod bayaran / kewangan yang tidak memuaskan dengan mana-mana agensi kewangan yang lain.
  • Pemohon mestilah berdaftar sebagai Ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).

YPU: skim lain

Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.

Muat turun borang