Objektif
- Melahirkan usahawan yang berilmu dan berpengetahuan dalam aspek pengurusan serta mempunyai ciri-ciri usahawan yang berdaya saing melalui latihan dan kursus yang dianjurkan.
- Membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan di kalangan rakyat Negeri Terengganu.
- Memperkukuhkan komuniti usahawan di dalam dan di luar Negeri Terengganu melalui Rakan Strategik dengan Usahawan dan NGO Keusahawanan.
Manfaat keahlian
- Berpeluang untuk menambah jalinan hubungan (networking) sesama ahli SUT serta lain-lain usahawan dalam dan luar negeri.
- Hebahan berkait kursus atau program YPU akan dihebahkan melalui emel, facebook dan chanel telegram.
- Berpeluang mendapatkan manfaat perkhidmatan yang ditawarkan oleh YPU seperti Pembiayaan, Sewaan Premis & Kilang, Pembangunan Produk, Penyertaan Event serta Kursus & Seminar anjuran YPU.
Syarat kelayakan
- WARGANEGARA MALAYSIA berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan mestilah BUMIPUTERA.
- Operasi perniagaan mestilah DIJALANKAN DI NEGERI TERENGGANU dan perniagaan yang sah disisi undang-undang Malaysia.
- Bagi RAKYAT NEGERI TERENGGANU terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di luar Negeri Terengganu (Perantau).
- Bagi BUKAN RAKYAT NEGERI TERENGGANU tetapi menetap di Negeri Terengganu melebihi 10 tahun, boleh memohon SURAT BERMASTAUTIN di PEJABAT DAERAH masing-masing dahulu sebelum memohon keahlian Sahabat Usahawan Terengganu.
- Sekiranya permohonan oleh pemohon tidak lengkap sepenuhnya, pihak YPU berhak untuk tidak memproses permohonan tersebut.
YPU: skim lain
Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.