Siapa boleh memohon
- Usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Terengganu.
- Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Terengganu.
Syarat permohonan
- Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).
- Usahawan SDSI atau Usahawan IKS beroperasi di Terengganu.
- Keutamaan kepada anak jati Negeri Terengganu.
- Memiliki Pendaftaran Perniagaan SSM yang masih sah.
- Produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan memiliki potensi untuk dipasarkan ke pasaran luar Terengganu.
- Pemohon akan mendapat bantuan satu (1) kali sahaja dalam tempoh 3 tahun.
- Jenis bantuan yang disediakan adalah bukan berbentuk kewangan.
Dokumen diperlukan
- Borang permohonan yang lengkap diisi.
- Salinan MyKad Pemohon.
- Salinan Pendaftaran Perniagaan SSM / Borang A & D.
- Gambar Produk.
- Gambar Premis Perniagaan.
- Maklumat Nutrisi.
- Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima.)
Cara memohon
- Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
- Pegawai Pembangunan Produk YPU akan memproses dan menilai permohonan anda.
- Pengeluaran bantuan akan dibuat setelah permohonan diluluskan.
YPU: skim lain
Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.