Bantuan · YPU

Skim Bantuan Kod Bar

Skim Bantuan Peningkatan Kualiti Produk (SBPKP) diperkenalkan kepada usahawan tempatan dalam usaha membantu dalam pembangunan produk usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan usahawan IKS Terengganu dalam konteks peningkatan daya maju usahawan.

Disemak · Sumber rasmi: YPU

Had Maksima Permohonan20 Nombor Kod Bar untuk seorang usahawan.
Tempoh Siap Diproses3 hari bekerja.

Perincian

  • Diberikan secara PERCUMA.

Siapa boleh memohon

  • Usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Terengganu.
  • Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Terengganu.

Syarat permohonan

  • Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).
  • Usahawan SDSI atau Usahawan IKS beroperasi di Terengganu.
  • Keutamaan kepada anak jati Negeri Terengganu.
  • Memiliki Pendaftaran Perniagaan SSM yang masih sah.
  • Produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan memiliki potensi untuk dipasarkan ke pasaran luar Terengganu.
  • Jenis bantuan yang disediakan adalah bukan berbentuk kewangan.

Dokumen diperlukan

  • Borang permohonan yang lengkap diisi.
  • Salinan MyKad Pemohon.
  • Salinan Pendaftaran Perniagaan SSM / Borang A & D.
  • Gambar Produk.
  • Gambar Premis Perniagaan.
  • Maklumat Nutrisi.
  • Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima.)

Cara memohon

  1. Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
  2. Pegawai Pembangunan Produk YPU akan memproses dan menilai permohonan anda.
  3. Tempoh pemprosesan kod bar adalah sekurang-kurangnya 3 hari bekerja.

YPU: skim lain

Penafian: Maklumat ini untuk rujukan. Syarat dan kadar boleh berubah, jadi rujuk agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.

Muat turun borang